Saturday, December 24, 2005

lamanya

(lama tak update...)

Assalamualaikum.. ish dh lama no tak hapdet... pada yang masih sudi berkunjung tu terima kasih..walaupun tuan umah tak der kesempatan nak update umah sendrik... maklumler, tempat nak meluah perasaan dah takder.. dah pulang balik dah... selalunye pantang aku ada idea, mulalah aku nak menulis atas laptop aku tuh,tak kire tgh malam ker, pagi ker,subuh ker.... ehehhe, tp la ni susah sket ar nampaknya..sejak bertukar arah ni...
Lately, busy sket, maklumler nak exam... pahtu kene study lagik sebelum masuk kelas... seronot rasanya kembali ke alam akademik, cuma berbeza sket jek keadaannya.. kalau dulu aku hanya duduk dan menjadi pendengar, tapi sekarang sebaliknya.. ehehehe.. Alhamdulillahh.. tercapai gak hasrat.. kengkawan,doakan aku berjaya ek..

Friday, December 16, 2005

keje baru

(GOOD BYE , WELCOME)

Assalamualaikum…
Dah lama aku tak menulis… ada hal sikit.
First, aku ucapkan “Good Bye” atau “Selamat Tinggal” pada laptop aku yg banyak berjasa pada aku sepanjagn perjuangan membangunkan PUTERA… dan “Selamat tinggal juga pada jawatan aku sebagai Software Developer.. ” banyak rintangan yang aku hadapi sepanjang menyandang jawatan ni… mmg cukup mencabar………

Dan skang aku dah memasuki alam baru..alam baru??? saspennyerrr bunyik!!!..ehehe.. aku dh beralih bidang daaa!!! aku dh tak ngadap dh coding2 yg mcm cacing tu.. insyaAllah..hopefully ar..

Semoga dengan memasuki alam/bidang baru ini hidup aku akan cerah,secerah mentari. InsyaAllah. Doakan aku sentiasa tabah dan sentiasa berbahagia dan doakan juga semoga kejayaan sentiasa mengiringi langkahku di bumi Allah ini.

Dan dengan sepeninggalan aku dari dunia cyber ini, aku takut aku akan berjauhan dengan kawan2 cyber aku… alam baru aku ni susah sket nak masuk ke alam cyber, melainkan kalau masuk lab. Dan aku takut gak susah nak update blog ni.. tapi aku akan cuba sedaya upaya aku…

Buat kawan2 aku, doakan kejayaan aku dunia dan akhirat ye?
Thanks..
Wassalam.

Wednesday, December 07, 2005

warna

(WARNA)

Menurut para pengkaji, kaum aku yakni kaum wanita bleh di nilai perwatakannyer melalui warna kegemaran mereka. Entry kali ni, ada sedikit maklumat yg aku nk kongsi ngan korg tentang kaum wanita n tafsiran perwatakannyer...tp maklumat ni tak disahkan kesahihannya oleh SIRIM atau badan2 yg boleh dipercayai..so jangan jujur sangat p percaya benda ni ek...ada yang betul dan ada yang tersasar.. maklumler si pengkaji ni pun manusia gaks… ok check it out…

Merah
berani, emosional, tegas, tamak(hoh????), sanggup idop susah (ish baguih no) n suka bersenang2 (ie ie takot ner)...

Biru
setia kat pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan (ni aku tk tau..kemahuan apa), suka berterus terang, jujur, mudah memberi maaf n tegas(bagus2)...

Hijau
Sukakan kebahagian, tk suka bergaduh, patuh pd pasangan, suka berhias, teguh pendirian hingga kdg2 perangai tu ditafsir sbgai kolot..

hitam
suka menyendiri (ni sm cam KESEDIHAN!!!), prihatin, tabah dlm menghadapi dugaan idop, tk mudah d pengaruhi, kuat berfikir, setia pd pasagan, baik ati tp mudah tersinggung..

coklat
kaya ngan sifat keibuan, suka merendah diri , sopan santun(anak sapo ni), halus budi pekerti, ati mudah berasa was2 n takut berbuat slah..

ungu
pemurah atinyer, tk suka di perintah, berinisiatif, bijak tp agak beremosi n keinginannyer tak meluap2..

kelabu
suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka berkorban, cerdas n bijak...

kuning
menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas n tabah menghadapi cabaran..

putih
bersih pkrannyer (tk byk prasangka), berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram atinyer, suka menolong n idop bertawakal...

jangan percaya sgt ngan kajian ni tau. Bagi diri aku warna kegemaran aku banyak, tapi kaler cerah-cerah jek ar, aku tak suka kaler kelam2 ni,nmpak mendung jek..tapi aku paling suka kaler maroon…tp takder plak kat list tu ek.. tapikan apa2 pun sifat2 dlm diri seseorang tu menjadi satu rahsia, kekadang tuan punye badan pun tak tau dia tu cemana…

Monday, December 05, 2005

br baik

(NIJAR.. (sila eja dengan betul))

Assalamualaikum,aku kembali setelah lama tak on air...ihihihi..ekceli laptop aku sakit..mcm tuan dia jugak.. dan skang Alhamdulillah,boleh ar...aku pulak br lega dari kunjungan cik ulser.. mereka buat penginapan yang tak sah kat mulut ngan tekak aku..ada ke patut kat tekak aku pun dia nak menginap?

Sebelum ni ada seorang orang yang dah terkena kunjungan cik ulser kat tekak bliau, aku tak dapat bayang cemana.. sebab tu kot kawan tu demam.. dan supaya aku dapat merasa sama cemanakah perasaannya ada ulser kat tekak,maka aku pun diberikan peluang
keemasan tersebut..dan kawan tu telah memberi petua cara hendak menghalau cik ulser itu..aku cuba petua tersebut dan berjaya ar sket walaupun tak sepenuhnya.. skang ni pun masih terasa-rasa lagik sakitnye.. kerana cik ulser ini membuat penginapan kat
tekak ngan mulut aku telah menyebabkan aku demam 2 malam.. 2 malam gak selera makan aku tertutup.. lapo tapi tokleh makan.. aku ni dh lah tak bleh kalu tak makan..huhuhu

Dan hari ini(Ahad) aku rasa sehat sket,aku telah ke kl..ada date ngan ieda,dah lama tak date ngan beliau ..hehehe..jenjalan kat kl,shopping2 sket.. dah lama tak shopping..ratus2an gak ar menerbangkan diri dr purse aku ni..

Semalam (sabtu) aku dok umah jek..kemas umah,bilik,bilik air,dapur.. rajinnyer aku semalam,ayat ni tak bermakna selama ni aku tak rajin,tapi semalam aku rajin tahap luar biasa.. satu umah aku kemas kecuali 2 bilik aku tak kemas sbb bilik tu bertuan..

Pahtu ari ni plak, balik dari bershopping tu, terus ke dapur..jeng jeng jeng... teringin makan menu raya ar...di samping tu aku nak qada' balik 2 hari yg aku tak dapat makan tu..

Menu tersebut ialah rendang daging,sayur lodeh,kuah kacang ngan nasik impit.. nyam3.. besh besh besh...err.. raya puasa dah abeh kan?

Tuesday, November 29, 2005

cerite

(CERITA)

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.

Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.

Kadang-kadang di bawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya. jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.



Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?" Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan. Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.

Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.

Sekian adanya.

APA PENGAJARAN CERITA INI.

Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

Harben ialah HARTA-BENDA,
Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
Amsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ni jangan lah lupa dgn akhirat dan rukun Islam yang lima.

Sama-samalah kita mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.

Monday, November 28, 2005

balik kg..

(kembali)

Kini ku kembali semula, setelah menghilangkan kerinduan pada kampung halaman dan keluarga tercinta... kat sini aku lebih suka bercerita tentang kampung halaman yg dh bertambah maju sikit, tentang anak2 saudara aku yg sdg bercuti sekolah...anak2 kucen aku yg dah makin bertambah... kucen2 aku yg dh kembali ke pangkal jalan...makcik2 aku yg besh banget... hihihi..nilah sebabnya kenapa aku suka berada di kampung..aku sentiasa dikelilingi dengan kasih sayang yg tidak bertepi... tak mcm kat bandar ni..asyek saket hatiii jek...

Aku tenang berada dalam suasana kampung yg aman damai..

*takde idea nak nulis..hatiku masih di kampung

Friday, November 25, 2005

mala kawen

(musim cuti skolah...musim hujan..musim kawen)

Ujung2 taun ni, bermulalah era bermusim2.. musim cuti skulah..dan bila sebut musim cuti skulah ni sinonim ngan musim org sibuk nk kawen,musim berkhatanlah,musim ujanlah..macam2 musim lagiklah... ish ish...

Time gini ar ramai org tersengih2, bukan tersengih sebab apa,sbb bahagia, bahagia sebab dapat ahli baru, yg dulu solo kini dh berdua,yg mak2 ngan pak2 ni dapat menantu,yg budak2 lelaki ni happy sbb dah jd remaja dah bukan budak2 gik...
kalau dh musim pengantin nih musti ar peniaga2 tersenyum lebar... mak2 ngan pak2 andam pun sama, time macam nih ar bisnes maju.. tok2 kadi pun cukup sibuk menjalankan tanggungjawab bliau membantu mendirikan masjid... hihihi...
yg org2 lain plak ni yg selalunye menjadi tetamu ni sibuk nak beli baju baru..buat nk pakai p jemputan..yek ar,takkan ar nk pakai baju yg sama jeekk...

Sbb tu jgn pelik kalau org pompuan akan kata..."ish nak pakai baju apa ni,tak der baju ni" padahal depan mata dia tu bersusun baju2 dia..adalah dlh dlm 2999 helai,tp masih kata tak der baju. bukan apa,segan ar pakai bj yg sama p kenduri kendara.. segan sat gi kenkawan perasan dia pakai baju yg sama masa kendurinya si anu tu... ha gitulah lbh kurang... kang tak pasal2 kata kedekut pulak.. ye tak? kihkihkihkih...

Pengalaman berdasarkan pemerhatian sekeliling,terutama mak ngan kakak aku, asal ada org nk kawen sibuk beli kain nk buat baju.. ish ish ish.. nasib ar aku blm terjerumus ke lembah tu lagik...

Sabtu ni kawan aku yg sama2 dalam perut dulu tu.. err..(aku dlm perut mak aku,dia dlm perut mak dia).. akan mendirikan masjid... ish ish ish tak sangka yek,dah nak kawen ko yek mala.. masih ku teringat saat kite berlari-larian menyembunyikan diri sbb kene kejar ngan cikgu Dali.. tu lah sapa suruh main permainan budak2 pra sekolah.. pahtu di saat kite kene dende beramai2 kene pusing satu sekolah sambel buat bunyik kucing ..ish tu sapa punyer idea ngajak main kucing2 tuh ar.. kan dah kene denda..buat malu jekk budak tahun 6 kene pusing satu sekolah buat bunyik kucing,masa tu Ya Allah, aku dh nak nangis dh,nasib baik aku bijak,aku lari semunyik dlm toilet..yg ko ngan Siah buat muka selamba jek..buat bunyik kucing.. kihkihkih..
Ko mmg besh ar Mala.. tp tu cerita ms zaman muda remaja.. skang ni masing2 dh bawak diri.. dan si Mala ni pun bakal jadik isteri org.. so skang antara kami berempat ni.. tinggal 2 jeklah yg blm lagik..aku ngan Siah.. Ani awal2 lg dah selamat..masa org sibuk nk SPM tuh ar dia sibuk nk kawen.. hmm aku rs antara aku ngan Siah ni aku rs siah akan mendahului aku..yek ar , dia dah ada calon.. Aku??? Wallahua'lam.. isk isk isk ..sedih ar plak mengenangkan nasib diri. takper ar kalau ada jodoh aku kat dunia ni..insyaallah Allah akan pertemukan aku ngan "dia", kalu takder, redha..sbb maybe kami akan dipertemukan "di sana".. ketentuan Allah.. kite hanya sebagai hamba.

Sabtu ni kalau tak kene kerahan tenaga buleh ar p kenduri Mala.alahai..aku bukannyer biasa p kenduri org2 kawen ni.. aku ni kan spesis pemalussss tahap gabanzzz.. takper ar akan ku jadikan Siah sebagai perisai aku.. Siah tu tak ler berapa malu sgt..akakakaka..buleh ar juin dia..

Ok ar buat sesapa yg dh sampai seru tu,sahut ar seruan itu.. selamat mendirikan masjid,selamat segalanya..
Selamat Pengantin Baru khas buat Norkumala bt Kassim,semoga berbahagia ke akhir hayat..
Adios amigos...

Wednesday, November 23, 2005

tazkirah

(Duduk Nabi Muhammad S.A.W)

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Ali Imran 3:31]

Ada beberapa hadis dalam bab ini, antaranya:


[1] Duduk bersila:

Jabir bin Samurah radiallahu-anhu berkata:

Adalah Nabi sallallahu alaihi wassalam setelah bersembahyang Fajar (Subuh), baginda duduk bersila di tempatnya sehinggalah terbitnya matahari yang indah (keputihan sinarnya).

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan lain-lain, dinukil dan dinilai sahih oleh Imam Nawawi dalam Riyadus Salihin (tahqiq & takhrij Shaikh Syuaib al-Arnuth; Maktabah al-Ma'mun, Jeddah 1996) no: 821.

[2] Duduk di atas sebelah kaki manakala sebelah lagi diangkat dan dipaut dengan tangan.

Abdullah ibnu Umar radiallahu anhuma berkata:

Saya melihat Rasulullah sallallahu alaihi wassalam di halaman Ka'bah, beliau duduk dengan menegakkan kedua lututnya, (iaitu) dengan melingkar kedua tangannya ke sekeliling lututnya, dan ini cara duduk al-Qurfusaa.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan dinukil oleh Imam Nawawi dalam Riyadus Salihin no: 822.

Duduk al-Qurfusaa adalah duduk mencangkung di atas sebelah lutut manakala lutut yang lain dilipat dan diangkat ke atas dan dipautnya dengan tangan sehingga bahagian peha mendekati badan atau perutnya. [Lihat Al-Alamah Muhammad bin Allan: Daliil al-Falihin li Thariq Riyadus Salihin (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut 1995), 3/272].

[3] Duduk bertinggung.

Anas bin Malik radiallahu anhu berkata:

Aku melihat Rasulullah sallallahu alaihi wassalam duduk bertinggung sambil makan kurma.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitabnya Sahih Muslim no: 2044.

Duduk bertinggung ialah duduk di atas kedua tapak kaki dengan kedua-dua kaki berlipat dan punggung tidak menjejak tanah.

[4] Jangan duduk bersandar dengan sebelah tangan.

Syirrid bin Suwaid radiallahu anhu berkata:

Rasulullah melintas di hadapan aku sedang aku duduk seperti ini, iaitu saya bersandar kepada tangan kiri saya yang saya letakkan di belakang. Lalu baginda bersabda: Adakah engkau duduk sebagaimana duduknya orang-orang yang dimurkai ?

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, dinukil dan dinilai sahih oleh Imam Nawawi dalam Riyadus Salihin no: 824.

[5] Jangan duduk bersandar.

Abu Juhaifah radiallahu anhu berkata, Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda:

[6]Jangan makan sambil bersandar.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan dinukil oleh Imam Nawawi dalam Riyadus Salihin no: 746.

Yang dimaksudkan bersandar adalah seperti orang yang duduk miring ke lambungnya yang sebelah, sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang angkuh dan sombong. Cara duduk seperti ini ditegah oleh Rasulullah. Selain itu cara duduk sedemikian mengganggu kelancaran perjalanan makanan dalam badan, dari mulut ke perut. [Lihat Al-Alamah Ibnu Allan: op. cit., 3/209].

Demikian beberapa petunjuk sunnah Nabawiyah dalam cara duduk. Selain itu dibolehkan duduk sepertimana kita duduk dalam solat, iaitu duduk di antara dua sujud dan duduk Tasyahud akhir.

Monday, November 21, 2005

tabah

(T.A.B.A.H == TABAH)

Pernah ko rasa situasi ni...ko ada kerje, dateline dah dekat sangat2 lagik sehari jek lagik, ko cuba buat kerje ko tuh tapi ko tak tau nak buat, ko dah cuba, cuba dan cuba..tapi useless.. error memanjang.. pahtu ko dpt tekanan plak dr orang lain.... mesti rasa tensyen, geram, tertekankan? ko rasa nak bunuh orang pun ada kan.. nak lompat kijang,nk panjat tiang pun ada kan? pahtu ko nak ngadu kat seseorang,tp seseorang tu tak ada.... ko nak ngadu kat family ko pun ko tak tau nk ckp mcm mana kang karang masalah lain plak timbul.... ko tak tau nk ngadu kat sapa, ko akan tertekan yg sangat2 kan? apa yg boleh ko buat?? ko nangis jek kan? tu jek yg mampu ko buat untuk melegakan stress yg ko alami... di samping doa yang tak putus2...

Masa ni lah kan ko rasa ko kene sabar... err bukan rasa,tp mmg kene sabar.. kene sabar sangat2.. takde bende paling berharga kat dunia ni melainkan sabar jek.. ko kene tabah... huhuhhuuuwaaaaaaa!!!!! tertekannyerrr!!!!!
tapi sapa yg tau.. ko jek yg tau... nak ngadu takder org tempat mengadu!!!!!!!

err... itulah situasi yang aku alami sekarang... kekadang bila tgk org2 yg tertekan buat kerje, tp kerje dia tak seteruk mana, pahtu ngadu2 kat "seseorang" dia.. kadang2 aku rasa, bahagianya orang2 itukan? ada masalah sket, kongsi ngan "seseorang" dia... hmm... mesti sedikit sebanyak hilang tensen kan? tapi bg org2 yg macam aku ni... sendirian menghadapi suka duka hidup ni... apa yg aku boleh buat? aku hanya mampu bersabar,kuatkan hati sedaya mampu... kadang2 aku ckp kat diri aku sendrik, aku kene tabah,aku kene kuat menghadapi semua ni,kuat dan kuat,sabar selagi mampu... semua ni adalah pengalaman hidup... coretan2 di atas kanvas kehidupan.. Allah tak akan beri kite sesuatu dugaan kalau kite tak mampu nak hadapinyakan?

Ya..aku kene kuat.. kalau tak aku sendrik yg menguatkan semangat aku sapa lagik? huhuhu...

Tapi aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang ISLAM... Alhamdulillah, aku ada Allah sebagai tempat aku mengadu.... pernah gak dah tensyen sgt aku cuba critekan pd kawan2..mujur ada yg sudi mendengar, hilang lah gak sikit2... walaupun mereka tak dapat tolong aku, tapi dengan mendengar masalah aku,tu pun aku dh cukup berterima kasih.. tapi susah gak nk carik kawan yg "good listener" kan? yek ar, bukan aku sorang yg ada masalah, diorang pun ada masalah gak.. mmg dlm dunia ni kite saling memerlukan antara satu sama lain.. kite tak boleh hidup sorang2 dlm dunia ni...

"LA TAHZAN. Sy x tau dari mana dtgnya ketabahan awk. Tp hidup mesti diteruskan.Pejam mata seminit.Pastu hembus napas kuat2 ikut mulut. Pastu sengih.ok!"

aku masih simpan sms ni..sms dr seorang kawan..masa ni aku tension sgt2.. aku tak tau nk ngadu kat sapa.masa ni aku perlukan seseorang, aku sgt berterima kasih ngan dia.. walaupun hanya dgn sms ni,sekurang2nya aku dapat kekuatan sket.terima kasih..

huhuhu.. lemah sgt ke aku ni??? Ya Allah tabahkan hati hambaMU ini utk meneruskan kehidupan di dunia ini, tambahkan keimanan ku..Amiinn.

Wednesday, November 16, 2005

doa wanita

(DOA WANITA)

(Di copy paste dari blog bradermacho(http://hello-bebeh.blogspot.com) dengan keizinan beliau)

YA RABBI...
Aku berdoa untuk seorang lelaki, yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku.
Seorang lelaki yang sungguh mencintai-MU lebih dari segala sesuatu.
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau.

Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-MU.
Seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati yang sungguh mencintai dan dahaga akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agung-Mu.

Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.
Seorang lelaki yang memiliki hati yang bijak bukan hanya sekadar otak yang cerdas.
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku.
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah.
Seorang lelaki yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku.
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi.
Seorang lelaki yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya.
Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya.
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.
Seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya.
Seorang lelaki yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.

Dan aku juga meminta...
Buatlah aku menjadi seorang perempuan yang dapat membuat lelaki itu bangga.
Berikan aku sekeping hati yang sungguh mencintai-MU, sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-MU, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku.
Berikanlah sifat-MU yang lembut sehingga kecantikanku datang dari-MU bukan dari luar diriku.
Berilah aku tangan-MU sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya.
Berikanlah aku penglihatan-MU sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja.
Berikan aku mulut-MU yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaan-MU dan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari, dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi.

Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakaan, ''Betapa besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.''

Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan.

Friday, November 11, 2005

gambo rayer

(Gambo)

Hehehe.. buat sesapa yg rindu kat aku tu..ni gambo aku yg terkini (di amek masa raye ari tu).... Maklumle aku ni pemalusss... susah nk tgk aku secara real... hohoho...



Waa.. ni ada gaya ibu mithali ni... yang dipangkuan aku tu.. baby Aleeya..yg tepi tu of course Ipang, yg macho tu Adek aka Aiman..




Ni adalah gambo aku berlatar belakangkan sebuah pokok yg sungguh macho...
Yang kicik dan cumel tu.. Irfan, yang tetengah tu 2 pupu aku..Ain.. yang hensem dan bakal hensem tuh..Daniel.. ehehe..yang tetengah tu sapo lagik kalu bukan aku yg sopan ni...



Ni sapa amek gambo tak clear nih.. haa.. ni lah baby baru.. Aleeya Maisarah Sofea..bakal menjadi wanita solehah..insyaAllah.. br berusia 2 bulan ... tgk baju dia..baju Pingu tuu..

gambo kat sini tak baper clear sbb ada template banckground..kalu nak bg clear double click kat gambo...kalu nak tgk lagik sila ke myfotoges... tu pun kalu nk tgk ar..kalu tak mo tgk ..sudahh..

daahhhh.....

Thursday, November 10, 2005

dilema

(DiLEm4)

Huwaa.... nak tau apa harapan aku??
aku harap sabtu ahad ni cuuuttiiii... aku nak cutiii...

Kak Ilah ajak p open house umah dia ahad ni.. pahtu ingatkan hari sabtu ni nak buat reunion together2 ngan Ieda,Musliha ngan Yaty.. huwaaa!!!! dalam kiterang ber4 ni aku jek yg bermasalah... bermasalah ngan cuti... dah lah pertemuan kali ni sangat penting.. di mana pertemuan kali ni melibatkan pertemuan semula kiterang ngan Yaty.. yaty yg dah lama menghilangkan diri... ingatkan dah sampai Indon dah... yek ar handset kene curik ngan org indon.. hihihi... Yaty oh Yaty.. lepas abeh blajo ko menghilangkan diri ek... akhirnye atas usaha internet internet bergerak yang tak dilantik, akhirnya kau berjaya di temui... so kali ni kalu nak berjumpe.. cukup ar ber4 semula.. dulu ber3 jek... kalau dulu 3 dara ni jek ar.. kali ni ahli jawatankuasa dah masuk balik .. egeeggee... besh besh.. hubungan kembali bertaut..

Tapi.. huwaa!!!!!!! tak nak ar keje sabtu ahad ni!! dah lah tak puas beraya lagik ni.. kan Cik Pa'ah kan?kan?kan? org nak makan nasik impit,tak puas makan ketupat lagik ni..kuih raya pun tak puas jamah lagik.. huhu... nak cuti!!!!!!!!!!!!

Wednesday, November 09, 2005

tah

(EnT4hLeR)

Pagi tadik seperti hari2 biasa, usai solat subuh aku akan bukak buku doa aku.. tengah dok baca2 tu tetiba ternampak satu tajuk yang menarik perhatian aku,tah kenapa tah selama aku dok baca ari2 buku tu tak perasan plak..

Mengubati Demam...
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Janganlah kamu mencaci maki penyakit demam, kerana sesungguhnya demam itu akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana api menghilangkan kotoran besi"
(H.R Muslim 4/1993 no.2575)

Rasulullah S.A.W juga bersabda:
"Demam itu merupakan bagian dari panas Jahannam,karena itu dinginkanlah dengan air"
(H.R Al-Bukhari dalam al-Fath (10/174) dan Muslim (4/1733))..

Sesapa yg demam tu, bersyukurlah sbb terpilih utk dihapuskan dosanya..

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa..

ni apa kes tah tetiba jek nak menyelitkan kata-kata ni....

Monday, November 07, 2005

raya

(R4ya PuNyER cRiTer baahhh.. aD4 sEliT P4saL M4wI.)

Assalamualaikum... hari ni aku dh masuk opis balik..maka bermulalah era pressure aku..ahahha..tp semangat raya tetap ada..
Raya taun ni walaupun aku dh semakin dewasa tp ada kebeshannyer yg tersendrik... raya ni semua persiapan raya buleh dikatakan aku yang memonopoli..mak just bg arahan jek.. ehehee..kuih muih pun hasil tangan aku gak.. burasak ngan lepat loi(ni makanan kaum kiterang) pun ada sentuhan jari2 cumel aku.. sate semua adalah hasil pembakaran jari2 cumel aku ni..siap melecur lg ha.. uhuhu..sakett...hilang keserian jari2 cumel aku ni...
Tapi masa mlm raya tu..aku tinggal berdua jek ngan mak.. raya pun berdua jek.. nasib onggek dan anak2nya ada.. ikan aku si Nemo,burung-burung peliharaan ank2 sedara aku pun ada..merekalah peneman kiterang..penat wooo ...tak cukup tangan nak buat kerja... kakak aku tahun ni lah dia balik beraya umah mak mentua dia kat kota nun... sejak abang aku meninggal, raya pertama jek musti beraya kat umah.. buat peneman kiterang... taun ni biolah dia beraya umah mak mentua dia nun...aku pun dh cukup dewasa utk buat semua kerje2 rumah tu.. ehehehe
Ha..bagi peminat MAWI.. ni ada kisah sket... dia kan ada buat open house... korang pegi ker? kalau nk rasa bersesak kat Taib Andak tu p ar... raya ni mmg nama Mawi tak lekang dr bibir cumel family aku.. asal beraya jek musti ada nama dia... ish ish tak der nama lain ker... memandangkan family abg ipar aku tu ramai dok kat Felda Taib Andak nun maka mereka pun tak melepaskan peluang nk jumpa si Mawi tu..anak sedara aku si Daniel tu siap dapat duit raya lagik, tapi singgit jek ar.. ahahaha.. apa daa.. yg peminat2 dia ni pun sanggup bersesak2 nk ke sinun,siap accident tuu... ish ish.. menurut makcik2 ngan sepupus2 aku org punyer le ramai... ha tulah sapa soh p.. siap ada org yg tak dpt bergambo ngan si Mawi tu dapat bergambo ngan ayahnya si Mawi pun jadik ar..ish ish ..dasat korang ek.. err.. ketua kampung si mawi tu tak dek sapa nk bergambo ker? ehehhee.. lasernyer entry aku niii...
Pahtu si sepupu aku plak pak mentua dia org FTA tu..maka diorang pun sama p jugak... ish ish ish ... masa nk raya kat umah pakcik aku pun siap kiterang kene tunggu lagik diorang balik dr rumah Mawi..ish ish ..apahall niii....
Kalau nk tau aura si Mawi ni dh berjaya mempengaruhi family aku..nasib aku tak terjebak sama... pakcik aku tu lagik ar fanatik giler..tak buleh org kutuk sket.. mulalah nak pertahankan... tp yg sll kutuk tu mamat tu aku arr..ahahaha.... apa daa... tp aku sokong kata mak.. "bukannya si Mawi tu kenal korang pun" ahahaa..terkedu semua... hai Mawi Mawi...
Aku teringat kat kucing pakcik aku... nama dia Andak...sbb kucing tu diimport khas dr Felda Taib Andak.. tp dh jd arwah dh kuceng tu.. apa2 pun si Onggek gak yang besh.. Onggek walaupun dh takder gigi..dah tua tp telah berjaya melahirkan Ona dan Oni.. ahahaha.. hidup Onggek!!!

Friday, October 28, 2005

sampaikan aidilfitri


(SALAM AIDILFITRI)

Sempena menjelangnya AidilFitri ni ku pohonkan kemaafan dari kalian, saudara saudaraku sekalian.. walau pun kite bukan bersaudara dr segi keturunan tp hakikatnya kita bersaudara seIslam..
Hakikat kehidupan manusia tak lekang dari kesalahan mau pun kesilapan..sempena bulan keberkatan ni kususun 10 jari yang cumel ini memohon kemaafan dar semua...kuharap sambutlah huluran tangan yg cumel ini dengan penuh keikhlasan, tetapi ngan laki bukan mahram tak yah hulur.. cakap jek...

Bagi yang akan balik ke desa tercinta (mcm aku) selamat balik ke desa tercinta..berhati-hati memandu dan berhati2 ketika menaiki pengangkutan awam..beg tu tgk2 sket..bg yg terpaksa berkhidmat utk negara..jgn sedih.. itulah satu pengorbanan yg suci murni..
Di sini ku rakamkan salam kemaafan kepada sahabat2 ku antaranya:
Cik Paah,Tinie,Dilla,Siti Fairuz,Kak Sue,Kak As,Berd,Jue,Kak Ilah,Najah,Jiha,Zilah,Kak isza,Kad,Sepol,Atok,Nenek,Yaty,Mas,Siah,Ani,Mala,Shukri,Shol,Ariep,Ijud,Tomei,Akhi Amal,Ustaz Hilmy dan..lagik sape ar? ala..sapo2 lah yg kenal diri ini...

Buat team PUTERA:
Cik Paah, Sinbad,Nani,Mok.. Mintak maaf kalau termarah,tersergah,terkutuk depan2..ehehe..semoga naik raya nnt lbh bersemangat ..cayok cayok..ganbatte!!!!!

Buat Adik2 sepupuku:
Ariey,Topek,Dayah,Shafiq,Nurul,Farhan,Iena,Iebah,Abby,
Sherin,Zetty,Iffa,Udin,Izzat, Afiiq ..
tunggu kak Iela balik..kite main mercun sesama..ehehehe..

Buat Pakcik2 Makcik2... buat abang tersayang,kakak tersayang dan juga yang teramat di sayangi, mak.. kite mintak maaf zahir batin..doakan kite berjaya dalam hidup dan menemui apa yang belum ditemui.. doakan kite berjaya dunia akhirat..

Buat anak2 saudaraku :
Daniel,Aiman,Irfan,Aleeya,Insyirah..Selamat hari raya..jgn nakal2..
Manja,Nini,Aidil,Pessan,Mimi,Mirul .. Selamat Hari Raya.. dah beso tak yah bg duit raye taun ni ek..
dan pada semua ar yg nmnya tak tertera di skrin komputer ni...
And special to Siah..tunggu aku balik,kite main mercun sama2 ok?

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,MAAF ZAHIR BATIN

Wednesday, October 26, 2005

kek

\(KEK COKLAT SAKURAKU)/

--->> memandangkannak raye ni dan Kak Sue pun mintak resepi ni dr aku maka aku pastekan lg sekali lah ek resepi ni kat sini..sila salin dan selamat membuatnye..

Image hosted by Photobucket.com


Bahan-bahan Kek

3 cawan Tepung Naik Sendiri (Blue Key)
2 cawan gula putih(bukan gula melaka atau gula perang tau)* make sure blend dulu
6 biji telur ayam (telur itik tak bleh)
1 ketul butter (apa2 jenama lah)
1 cawan tepung coklat (sebarang jenama)
1 sudu soda bikarbonat
1 1/2 cawan air (air biasa bukan air sirap tau)

Bahan-bahan Coklat Cair (untuk mekap kek ceklet tu)

1/2 cawan tepung coklat
1 tin susu pekat manis
3 sudu minyak masak
1 sudu tepung jagung
air panas (bergantung nak pekat mana coklat tu)


Cara-caranya
KEK

- masukkan gula yang dah kisar ngan butter dalam bekas, lepas tu pukul... guna mixer tau, kalau tak der mixer, dah darurat sangat pakai blender pun takper..sbb aku pernah pakai blender ;)
- agak-agak dah mesra.. masukkan plak telur ayam 1 per 1
- lepas tu agak2 dah kembang.... masukkan tepung coklat tu (ayak sikit supaya tak berketul)
- masukkan tepung naik sendirik tu dengan soda bikarbonat.. (ayak jugak) lepas tu selang selikan dengan air..
- Agak2 dah ok.. masukkan dalam bekas..
-bakar..
Aku tak tau kena bakar pada suhu berapa.. aku main taram jek, sbb kat umah sewa aku ni takder oven atau microwave..so aku guna bekas yang buleh masak atas dapur gas... maklum ler, rumah bujang mana ada oven atau microwave tu...
- Bakar dalam lebih kurang 40 minit... kalau dah sampai lbh kurang 40 minit tu kena berjaga2 lah, kena tgk slalu..
- kalau nak tau kek tu dah masak lom, try cucuk kek tu dengan pisau kecik ker.. lidi ker(yang bersih), kalau masa tarik, ada melekat lagi bahan kek tu, maknanya tak masak lagik, kalau tak der dah maknanya dah masak ar tu..
- boleh lah angkat kek tu..

Lepas tu boleh lah buat coklat cair tu..
Cara dia senang jek, campur jek sumer bende alah tu...

Lepas tu bolehlah mekapkan kek tu ngan coklat cair tu..
Ok , dah siap!!!

Senang jek.... nak hias kek tu pun bleh, boh jek choc rice ker apa2 ker.. janji cantik..

ERmm... begitulah puan-puan cara membuat KEK COKLAT SAKURAKU ni, senang jek, tak susah.. ehhehehehe.. dah lama sebenarnya tak buat kek coklat ni. Kalau nak tau aku sebenarnya dah lama berkecimpung dalam bidang membuat kek cekelet ni, dari sem berapa tah kat UUM dulu tu..ehehhehe..takderlah pandai sangat , tapi yang tu jek aku tau...

Ok.. kalau ada sesapa nak resepi aku ni, kat sini aku dah paste kan... tinggal buat jek...

Ok ..Selamat Mencuba \(^o^)/

Tuesday, October 25, 2005

kondisi

(Angin Bayu)

hembusan bayu berpuput lembut..
menyentuh wajahku..
terasa damai seketika...
ku menarik nafas.. lepass....
Alhamdulillahhh ..dapat lg ku menghirup udara ini...
Dapat lagi ku teruskan perjuangan ini...
namun tiba-tiba...
ohok ohok.. arrgghhhh... peritnya terasa tekak ini...
ku sentuh dahi ku... panass...
demamkah aku?
hembusan bayu tadi bertukar menjadi angin kencang..
dingin... menggeletar tubuh ini..
demam...
namun, argghhh aku tak boleh demam..
aku harus melawannya..
tugasanku masih bersisa..
entah bilakan ku tamatkan riwayatnya...
argghhh.....
aku kena kuat..
aku tak boleh demam..
aku kena lawan..
aku harus bertahan..
selagi aku mampu aku mesti bertahan.
Ya Allah berikan ku kekuatan...

Monday, October 24, 2005

baju raya

(Entry apa ek..)

Assalamualaikum ku kembali dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan... ehehehe... walaupun entry aku yg lepas tu ada unsur2 kehanginan...kehanginan yg dicipta oleh orang yg tak puas hati ngan kiterang... arrggghhhh persetan itu semua... biolah depa nak buat apa...

Hari Sabtu hari tu aku cuti..bestnyer cuti.. ada gak masa utk diri sendrik.. p umah Kak As amek baju raya yg dia buatkan tu.. eheheh.. akulah 1st customer kak as yg baru nk berjinak2 ngan dunia jahit menjahit ni... waa... pandai ar Kak As..pahni buleh berguru ngan kak As lah ek..tp yuran jgn mahhal sgt ek... lepas jek amek baju kat umah Kak As aku pun menunggu seuran kawan utk diajak membeli belah kat jalan bertar.. ahahaha siannyer bliau... kene kerahan tenaga mencarikkan aku tudung yg match ngan baju aku... satu jalan bertar tu kiterang pusing,susah worr nak carikk,ingat senang ke..lagik2 nk carik tudung kaler yg macam tu berbidang 60,kaler apa ek? ader arrr,mn bleh ckp.. tp ada ar gak idea2 bernas bliau..ehehehe..
"awak mmg besh..." dan memandangkan tudung tersebut takde intan berlian,maka balik kampung nnt aku kene beli ar sedikit intan berlian utk menghias tudung tersebut.. waaa..meriahnya!!!!

Pahtu hari Ahad plak ptgnya p jenjalan gik ngan hosmet.. serunuknyer.. jenjalan ngan Cik Paah,Tinie dan Dila.. aku rs ms ni ar menambahkan lg eratnyer perhubungan kiterang.. pegi jalan sama2..selalunya tu kiterang mana ada masa nk layan diorang..kesiannyer diorang kekurangan kasih sayang...

Haa..semalam jugak buat pertama kalinya dalam hidup aku.. aku membayar zakat.. waa terasa mcm dh besar plak aku ni (errkkk skang ni tak besa lagik ker?).. yek ar selalunya mak yg bayokan.. tp taun ni mak suh aku bayo sendrik..dh keje katanya, bayar sendrik... ehehehe..beshnyer.."mak, kite dah bayo dah"..ehehehe..

Persiapan raya aku? taun ni biasa jek kot, tu baju raya aku tu aku pakai ke tak masa raya nnt..yek ar kalau dh asek dok umah jek,bila masanya nk pakai, cuti pun kejap jek... dan mcm biasa tender basuh membasuh,kemas mengemas tu semestinya aku ar yg kene... nak harapkan siapa lagik.. nak harapkan kucing aku si Onggek tuh? huh tido jek retinyer... kuih raya buat sendrik jek kot..kakak aku pun skang stay umah sbb masih dlm pantang lg, so kuih muih ni pass kat dia ar soh buat,dan proses membuat kek cekelet pass kat aku.. dan semustinya.. kuih kegemaran aku .. kuih makmur inti kurma.. seperti biasa mak akan buatkan..ehehe.. thank u mak... mmmuaahhhh...,dan lagik yg jd tukang kipas sate semustinye aku ar..aku lagik,huhuhu,siannyer aku...

Ehehehe ceria tak entry aku kali ni? takder hangin2 kan? malah kebahagiaan dan keceriaan yang mewarnai duniaku..ehehhee.. ok..challoo...

P/S aku dh beli Majalah Ujang, dpt cd Usop Sontorian ehehe..besh giler... lagik beli Majalah Blues Selamanya.. sapa nk cd usop sontorian tu silalah beli Ujang...

Friday, October 21, 2005

hangin

(Entry Hangin)

Sabarr... bulan pose kene banyak sabar...
Hari ni 17 Ramadhan.. Nuzul Quran... sepatutnya aku dok umah.. buat apa yg patut sempena Nuzul Quran ni... tapi.. pagi2 dh dpt call dr org yang suka menyibukkan hal org lain...org yg tak suka tgk org rest... kalau cuti mcm ni sibuk nk pertikaikan..abeh tu kiterang keje sabtu ahad..balik malam2..hidup tak macam manusia tu dia buat tak nampak plak... dia buat tak tau jek..tp time kiterang punye rest, masa yg sepatutnya kiterang rest...di jd penyibuk... sibuk call suruh dtg keje..tak blh cuti... boss marah katanya..padahal boss ok jek... dia yg lebih sudu dr kuah.. baik2 aku dlm mood yg baik... terus jd hanginn... nak jek aku suruh tukar jek post kiterang jadik "KULI BATAK".. tukar dlm bisnes kad tu skali..bio org lain tgk kiterang ni jd kuli batak jek... kalau gaji tu setimpal ngan usaha kiterang takpe gak.. huh.... hangin toll!!!!!!!!!!!

Ya Allah.. menguji kesabaran btl hidup aku ni...bulan poser plak tu... ni antara kes2 yg menguji keimanan aku ni... aku geram..aku kene lepaskan gak... tak blh nk lepaskan kat org..nnt mengumpat plak... so aku lepaskan kat sini...aku lega then settle...

ARRRRRGGGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!! aku gerammmmmm!!!!!!!!!!!!!!

thanks to Ijud... dlm aku kegeraman dan sakit hati.. bila bukak peti surat ada plak kad raya... ehehehe sejuk balik hati akak, Ijud... thanks Ijud.. cantik kad raya tu.. ni lah first kad raya akak dpt tahun ni.. nnt akak balas ek... thanks a lot...

Tuesday, October 18, 2005

pantun

(Pantun Gurauan jer!)

anak pak abu tu naik tractor ler bukan naik lori
sebab boleh tengok makwe dia angkat baja
selamat hari raya aidilfitri
saya ucapkan pada yg puasa jerr

amelia tu tak pandai dayung sampan
gi kedai beli gula melaka
bulan syawal jer ker boleh bermaafan
bulan yg lain tak leh ker

anak pak mail sampai klinik gigi awal-awal
sebab dia gi kerja naik kereta
syawal tu...tetap ler syawal
tapi maner bole lupa semua sengketa

aper ker jadah mencari pelangi
ooo...anak pak sahak tu namer dia asfan
kalo kesilapan tak diulangi
camner kita nak bermaafan

anak pak jusuh masa tu tengah melantak ketupat
masa pengsan tu..dia pun tercekik gigi
jap tadi nangis...pas tu start mengumpat
raya tahun depan...mintak ler maaf lagi

bukan ker mak senah sendiri yg tembak gagak
dia tembak ngan boyfriendnyer
maaf tu..maaf ler jugak
duit raya?...sudahhhhh!!! taaaakk der makner nyerrrr!!

anak sedara mak kiah jual cendol
kelessss...anak mak kiah ader kuasa sakti
aper kelas makan dodol
lebih baik makan spagetthi

anak mak esah tu namanyer siti
sebab gemuk...namer glamour dia fetty
pandu kereta berhati-hati
nanti boleh mengorat cetty

anak mak leha tu kerjanyer buat jalan
menantu dia pulak jual sekaya
kalo dah silap tengok bulan
camner ler plaks nak beraya

anak mak itam si fitri tu main polis sentri
menantunyer si fatin tu main plak buai
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir sahaja....batin tu....issshhh...tak sesuwaiiii!!

Sunday, October 16, 2005

ahad

(Ahad Punye Cerite)

Hari ni hari Ahad.. di ulangi..hari Ahad.. hari Ahad ni kalau kat KL dan negeri yg sewaktu dengannye merupakan hari cuti... cuti?? ehehehe..sudah lama aku tidak merasa arti cuti... yg aku tau walaupun sepatutnya hari cuti..aku kene kerje,kerje,kerje..berkhidmat untuk negara.. huhuhu...

di saat org lain berbuka puasa di rumah masing2 tp aku berbuka di ofis... membeli juadah yg ala kadar di bazar ramadhan then berbuka then solat maghrib then terkejar2 lagik buat kerje .. pahtu bila boss kata "jum balik.." barulah buleh balik..
Sampai rumah, adik2 kat rumah semua dh tido.. aku baru nak mandi,solat Isyak dan terawikh... huhuhu... then esoknye pun masih jadual yang sama.. dalam istilah programming..di panggil "looping"...inikah hidup aku? ni semua dateline punye pasallah... huwaa!!!
Tension??? hmm aku dah lali dah... kalau tension pun aku buat2 tak nmpk jek..buat biasa dahlah... buat2 lawak sket, ilanglah tension tuu... betol tak? senyum sket... ehehehe..

Maybe next week kene p JB.. berhadapan dengan user yang banyak kerenah... huhuhu..inilah alam kerjaya... part aku lagik sikit,tp sikit2 pun pening wehhh... nasib ar boss aku sll beri motivate sket.. "iela..trust urself, u can do it" huhuhu..thank u... org yg byk experience ni dah biasa mende2 ni... kalau nmpk org lain nk jatuh dia usaha nk bangunkan balik... camnilah kalau kerje dlm team.. yek lah kalau dah satu team tu kene ar tolon menolon..kalau takder istilah tolon menolon ni maka sampai bila pun kerja tak siap..terutamanya yang melibatkan dateline atau dgn kata lain deadline... huhuhu...

**** hmm..bila nak berbuka dengan masakan sendrik ni..hari2 masakan org lain jek... huwaaa!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, October 13, 2005

zikir

(Empat zikir harus dilakukan sepanjang Ramadan)

--->copy paste from berita harian

DOA dan Ramadan saling berkaitan antara satu sama lain. Banyak riwayat yang menjelaskan bahawa Nabi Muhammad SAW sentiasa berdoa sepanjang Ramadan. Malah, dalam riwayat lain, dinyatakan bentuk doa yang diamalkan Rasulullah.

Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda sebaik tiba Ramadan. Sabda Baginda yang bermaksud: "Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah." (Riwayat al-Baihaqi).

Bentuk doa yang dibacakan Rasulullah juga berbeza pada awal, pertengahan dan akhir Ramadan.

Diriwayatkan, pada awal Ramadan, Rasulullah memohon rahmat daripada Allah. Pada pertengahan Ramadan pula, Baginda memohon keampunan. Pada akhir Ramadan, Rasulullah meminta dijauhkan daripada seksaan neraka.

Kaitan doa dengan Ramadan amat dekat kerana ayat mengenai galakan berdoa iaitu ayat 186, surah al-Baqarah, disebut selepas ayat kewajipan berpuasa.

Dalam ayat berkenaan, Allah berfirman bermaksud: "Dan apabila hambaku bertanyamu mengenai Aku, maka jawablah bahawa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan doa apabila dia memohon kepada-Nya."

Tuesday, October 11, 2005

sibuk

(B.U.S.Y bunyiknye bizi)

Assalamualaikum...
Hari ni topiknya busy ya pak, buk... huhuuhu... my status now is BUSY...
Busynyer seuran Usu... kerje byk lagik pending..huwaaa!!!!!!!!!!tolon!!!!
so memandangkan busy nyer seuran aku, maka entry kali ni adalah entry ala-ala janji tulis jek...
ukes..selamat bersahur,berpuasa,berbuka puasa,berterawikh... doakan aku di sini...

Thursday, October 06, 2005

merapu

(MERAPU)

Ye tuan2 dan puan2 kali ni entry bertajuk merapu.. aku suka merapu... terutama time tensyen2 ni... sapa yg cet ngan aku akan menerima kemerapuan aku tu... ahaha..

hmm hari ke2 berpuasa.. puasa tak ari ni murid2? aku rasa ni lah soklan yg anak2 sedara aku akan terima.. ehehehe.. abang ngan adik puasa kan? Usu dah bg motivasi semalam kan? so abang ngan adik kene kuatkan semangat dan ikhlaskan hati... kite nak jalankan ibadat...jgn abang ngan adik puasa sebab takut Mama marah..takut Usu marah... ok? abang ngan adik kene puasa sebab Allah... ehehe.. ayat2 ni ditujukan khas buat anak2 sedara aku... walaupun diorang takkan baca entry ni.. korang nak tumpang sekaki pun tak per.. ok nextt...

Ada kawan aku tegur tadik..masa kepala aku tgh biol2 ngadap coding nih... sempat lah gak cet ngan bliau..bliau dah ditamatkan kontrak mengajar rupenya..siannyer..tu lah nasib GSTT... sabar lah...rezeki ada kat mana2.. setiap orang ada rezeki masing2..cume kene usaha jek... aku dulu pernah gak give up utk teruskan keje2 aku skang ni.. ngadu kat mak dah penat nak buat coding2 ni... abang ipar aku tau.. then dia kata "baru sikit dah nak give up"... huish ayat yg penuh cabaran tu...

Pernah gak aku nak quit bidang IT ni..nak jadik cekgu... cekgu sandaran pun tak per... tapi lepas tgk nasib GSTT ni, hmm terus tak jadik... tp aku suka jd cekgu... aku pernah merasa nikmat jd cekgu ni.. atau dengan kata lain.. Ustazah..di ulangi ye murid2.. USTAZAH..aku pernah pegang title tu..walau pun aku tak layak utk dpt title tu..

Tp kan,masa aku form 4 ngan form 5 dulu..bebudak ni panggil aku USTAZAH.. ahahaha..dah berlalu kenangan tuu... aku dpt title tu sbb aku pakai tudung labuh.. jln pun tunduk jek.. tak pernah cakap ngan lelaki..siap depa kata aku anti lelaki, pahtu asek dok surau jek... ahahaha... baeknyee aku suatu ketika dulu..tp skang? ehehehe wallahua'lam.. "aku adalah aku yang sekarang,biar terbuang tetap berjuang"... bg yg pernah kawan ngan aku..tau lah aku mcm mana... kan?kan?..kawan2 adalah cermin diri...

Hm..tapi seronok masa zaman mengajar.. best sesangat... tapi masa takkan dapat kuulang kembali..yg tinggal hanya kenangan manis.. (tgh senyum suran2)..hmm...ngadap jeklah coding2 yang bersimpang siur ni... sampai bila pun aku tak tau.. err... dgr2 grapevine... pahni nak kene anto p JB... yey yey balik negeri.. aku happy lah, tp sian cik paah.. berjauhan ngan XXXXXX.. ahahaha dugaang tuu... aku happy sbb dekat ngan Pontian..kalau sempat buleh balik Pontian berbuka ngan my family... bulan2 pose ni buleh buka puasa ngan Pak Usu ngan familynye.. mesti Pak Usu aku gumbira bila anak sedara kesayangan dia ni keje kat JB walaupun sat jek.. hohoho... ye ker? tanya Pak Usu nnt ek..

Ukes ar.. dah puas merapu..mari membuat coding... yeyy!!!

Wednesday, October 05, 2005

ramadhan

(SALAM RAMADHAN)

ASSALAMUALAIKUM... SALAM RAMADHAN dari SAKURAKU... puasa hari ni? ehehe..puasa jangan tak puasa..kecuali yang diizinkan syara'... dan ingat.. bulan Ramadhan ni bulan ibadat bukan bulan rehat..ok? masa ni lah kite kene gunakan sepenuh2nya keberkatan bulan ni... setahun ada sebulan jek bulan yg penuh berkat.. so amik kesempatan ni utk tambahkan amalan kite... tutup segala yang lompang2 tu.. ehehe.. masa ni lah kalau kite nak ubah apa yg patut di ubah.. dari kurang baik ke arah yang lbh baik.. ayat di tujukan khas utk diri aku.. korang nak tumpang sekaki buleh ar.. hohoho...

Seperti tahun lepas..sehari sblm menjelangnya Ramadhan, aku akan bg kata2 semangat buat anak2 sedara aku.. Daniel dan Aiman termasuk Irfan.. kata2 semangat utk mereka menunaikan ibadat puasa ni... walaupun mereka kecik lagi..tapi latihan dari kecik tu penting... terutama yang melibatkan ibadat.. melentur buluh biar dari rebung... Alhamdulillah tahun lepas mereka dah berjaya membuktikan kebolehan diorang..di harap tahun ni lebih baik lagi.. InsyaAllah...

Ok lah..kerje banyak.. nmpknya hari ni berbuka di opis jeklah... minum air masak jek lah nmpknya... apa nak buat... ok..SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA DAN IBADAT2 LAIN.. DOAKAN DIRIKU DISINI...
Wassalam...

Saturday, October 01, 2005

laptop

(WAKARIMASEN)

"Selagi belum tutup mata..kerja! kerja! kerja!"
korang pernah dengar dialog ni?? ala ni dialog dari citer dolu2... tak silap aku yang melontarkan kata2 ini ialah Allahyarham S.Kadarisman..fuhyoo!! ehehee aku ni peminat citer dolu2....
so selagik ada daya, ada hayat... kene kerja... so due date dah terlalu hampir... dah kaler merah dah... so sabtu ahad kerjaa!!! no more relax2.. no more katun2... huhuhu....
terima jeklah... dah ni sumber rezeki aku... tanggungjawab kene jalankan jugak..kalau tak nanti kat "sana" kene soal siasat... aku dahlah banyak dosa... nanti makin bertambah bebanan aku..huhuhu... kerje kerje jugak .. tanggungjawab pada Allah jgn lupa.. dan aku harap dgn bertambahnya kerje2 aku ni, maka bertambah gak iman aku... Aamiinnn....
Laptop aku masuk ICU hari tu.. aku tak tau bila buleh sembuh..la ni aku dapat "laptop angkat".. PM punyer... ehehehe... ala dia pun bukan ada kerje sgt.. so laptop IBM ni aku yg punyaa!! hahahaha... tapi tak besh... ada ke patut dia bg aku screen putih jek.. siap bagi amaran tuuu... "no more PINGU picture,white screen only" huhuhu..kedekut toll...
aku harap laptop aku tu tak di format.. kalau format abeh ar segala khazanah2 dlm tu.. gambo makcik aku kawen, gambo anak2 sedara aku... semua document2 aku... semua dlm tu.. setakat ni yg aku tau laptop aku tu keyboard ngan RAM yg rosak... huiiyyoo!! keyboard rosak tuh.. ganazz nye aku.. pahtu si PM tu plak kata aku hentak keyboard tu... mana ada..aku belai2 ada ar.. tak cayer tanya cik keyboard tu.. aku belai beliau dengan penuh kasih sayang tau...
huhuhu...
hhmm..tak lama nk puasa.. yea!! yea!! tinggal baper hari jek ni..beshnyer.. tak sabo nak merasa nikmat Ramadhan... Selamat Datang Ramadhan...

Thursday, September 29, 2005

baca

(SUDUT MARI MEMBACA DENGAN INSAFNYA)

satu cerita untuk dikongsi bersama...

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah
kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalandan terus memarahi Anak kecil tadi :
" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ;
" Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada
orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak
perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Renung-renungkan lah...

Tuesday, September 27, 2005

bersamamu

(BERSAMAMU)

Assalamualaikum.. bertemu kembali.. dah lama tak meluah perasaan. Hari ni hari isnin… selalunya hari isnin ni lah TV3 ada siarkan rancangan reality kehidupan BERSAMAMU. Rancangan ni memaparkan reality kehidupan orang-orang yang kurang bernasib baik meneruskan kehidupan di bumi Allah ni.. Ada bermacam-macam cerita yang semuanya sedih-sedih belaka. Kekadang aku tak sanggup tengok tapi mata aku ni degil gak nak tengok, pahtu kalau dah tengok tu mulalah air terjun keluar dari mata aku ni… ish ish tang ni yang aku tak larat … abih basah towel aku… kekadang aku cuba gak ngelak dari tengok rancangan ni… kekadang aku buleh dan kekadang tak.. kalau tak dapat elak tu yang tak tahan… huwaaaa!!!!!!!! Yang paling aku sedih bila budak-budak kecik yang baru nak memulakan hidup dah merasa hidup susah.. ada yang sampai terpaksa berenti sekolah. Ada yang baru darjah 6,3 dah kene kerja semata-mata nak menyara hidup dan pelajaran terabai. Yang paling sedih tu ada yang sampai makan siput b*** untuk teruskan hidup… huwaaa!!!!!!!! Tak sanggup rasanya…..kekadang bila ingat balik, aku antara insan2 yang bertuah jugak, walaupun hidup sederhana tapi Alhamdulillah…. Tapi aku pernah gak merasa hidup susah,berdikari sendrik, buat kerja yang mendatangkan pendapatan walaupun tak seberapa semata-mata sebab tak nak bebankan mak..di usia muda aku dah belajar buat kerja-kerja kampong, cuti sekolah aku kerja kilang.. walaupun masa tu aku masih under age.. biarlah orang nak kata aku apa pun..yang penting niat aku, aku tak nak susahkan family aku.. .masa form 4 pun aku pernah kerja kilang gak.. walaupun kawan-kawan aku selalu ejek aku minah kilang… hm… sabarr…tapi aku terima…bukannya jadi minah kilang tu hina… kami tak mencuri… kami tak buat kerja yang salah dr segi undang-undang apalagi agama… dan aku pernah cerita kat kawan aku, aku pernah kerja kilang… dan aku tau dia beranggapan negative bila aku kata aku kerja kilang… rendah sangat ke taraf orang yang kerja kilang ni.. padahal merekalah pemangkin industri…
Takper lah , biarlah apa jua tanggapan orang..yang penting aku tau apa yang aku buat… pengalaman mengajar aku erti kedewasaan…
Dan nasihat aku pada kawan-kawan aku atau sesapa jek yang baca ni.. jgn lah hina orang2 yang susah.. mereka tak minta dilahirkan dalam dunia utk hidup susah… yang penting, kalau ada kesedaran, bantulah mereka sedaya mampu… dan lagi janganlah hina minah-minah atau mat-mat kilang.. sebab mereka buat kerja yang halal… ok?

ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN

Wednesday, September 21, 2005

wanita itu cantik

(WANITA ITU CANTIK...)

Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan
seorang
wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang
istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk
memberikan kenyamanan."


"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali
datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya
dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya
dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap
sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya
dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang
rusuk
suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti
isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan
ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa
ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan
bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang
dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau
bagaimana
ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,
tempat dimana cinta itu ada."

... kerana, Setiap Wanita itu Cantik...

Monday, September 19, 2005

pengisian

(Aku hanya seorang hamba)

Assalamu'alaikum wrh.

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')

'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."

Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."

"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nati, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."


Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita... adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari sepertimana yang didedahkan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah.

Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun di dalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Monday, September 12, 2005

balik lg

(EnTry Edi$i BaLik KamPunG LagIk :D)

Assalamualaikum... hohoho, tetiba jek rasa nak balik kampung, so aku pun dengan selambanya membalikkan diri.. yek ar bila lagik nak jumpe ngan baby baru tu.. sementara ada kelapangan ni baik balik awal2 kalu tak, taklah menyesal...

Fuuhh kecut perut gak naik bas kali nih..sangat adventure, incik pemandu bas tuh bawak bas mcm dia sorang jek dalam bas tu...tak dapat tido aku... perjalanan yang selalunya mengambil masa 4 jam lebih menjadik 3 jam..huiyyooo..bawak bas macam bawak ferrari jek... kecut perut wooo... tp Alhamdulillah,selamat gak aku sampai kampung tercinte..

Bertemu ngan family tersayang dan ditambah pula dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga, membuatkan aku dah cukup bahagia..syukur Alhamdulillah.. semoga kebahagiaan ini berkekalan...

Balik kampung rasanya tak sah tak pi umah pakcik aku.. pepagi lagik mak dah ajak bertandang ke rumah pakcik aku... biasalah kalu mak aku dah jumpe adik kesayangan tu,mcm2 hal cerita,padahal hari2 mereka jumpa,tak jumpe sehari tak sah.. mcm2 topik yg keluar,dari hal kucing,ayam serama,buah duku, bunga..semua keluar..aku cuma jadik pendengar dan tukang sengih jek.. bila tiba part bunga tuh pakcik aku pun masukkan unsur2 nasihat..huhuhu..biasalah pakcik aku nih pantang tgk aku, musti ada jek nasihat nak bagi... "bunga ni kene jaga.. letak dalam pasu, kalau nak lagik cantik bubuh kat cermin..org tgk pun cantik jek,sejuk mata memandang..kalau yg tak dijaga tu selalunye menyemakkan pandangan jek..mcm tu juge perempuan.. banyak yang perlu dijaga,pelihara...bila dah terjaga nampak cantik jek..orang tgk pun sejuk jek hati.." hmm..dalam maksudnya tuu...yelah pakcik..nanti kite masuklah dlm cermin..hohoho.. akan ku cuba menjadi seorang wanita yang terbaik dunia akhirat.

Pagi sebelum berangkat semula ke KL, seperti biasa pusara ayahanda dan kakanda pasti ku singgahi dulu... hmm... tiada lagi air mata yang mampu ku titiskan sewaktu berada di pusara mereka... tapi sewaktu menulis entry ni air mata aku biasalah..mcm air terjun... mereka telah menjadi insan pilihan yang dijemput terlebih dahulu.. semoga mereka berbahagia di "sana"..
Aku???selagi ada hayat aku akan teruskan perjuangan ini... berikan aku kekuatan Ya Allah... banyak lagi dugaan hidup yang perlu ku lalui... aku perlu mengejar cintaMu.. itu matlamat aku...

Friday, September 09, 2005

balqis

(Balqis, Ratu Saba’ )

Aku tertarik dengan lagu Balqis yang di nyanyikan oleh UNIC... lirik yang mengimbau sejarah Nabi Sulaiman A.S dan Ratu Balqis... memang best.. kat sini ada sepintas lalu kisah Nabi Sulaiman A.S ngan Ratu Balqis... selamat membaca.

Kisah Balqis iaitu seorang ratu yang memerintah kerajaan Saba’ disebut dalam Surah al-Naml 27, ayat 27-44. Ibu kota Saba’ ialah Ma`arib yang terletak berhampiran kota San’a, ibu kota Yaman sekarang. Ratu Balqis dianugerahi Allah segala kekuasaaan dan kehebatan. Segalanya itu ialah dugaan dan ujian terhadap baginda serta kaumnya. Walau bagaimanapun, Ratu Balqis dan kaumnya masih tidak beriman dengan Allah s.w.t. Mereka yang diperdaya oleh syaitan menganggap bahawa perbuatan menyembah matahari adalah suci dan mereka terhalang daripada mendapat petunjuk Allah s.w.t. Kehebatan kerajaan Ratu Balqis diceritakan oleh burung hud-hud kepada Nabi Sulaiman a.s. Di sinilah bermulanya perundingan dan penawaran Nabi Sulaiman a.s. supaya Ratu Balqis menerima risalah Allah.

Dalam Surah al-Naml ayat 28, disebut:
Terjemahan : “Pergilah dengan (membawa) suratku ini lalu jatuhkan kepada mereka, kemudian berpalinglah dari mereka lalu perhatikanlah apa yang mereka bicarakan”.
Kewibawaan Ratu Balqis sebagai pemimpin terserlah apabila beliau mengamalkan prinsip syura dengan pembesar-pembesarnya iaitu setelah menerima surat daripada Nabi Sulaiman a.s. Ini dinyatakan oleh al-Qur’an:
Terjemahan : “Berkata dia (Balqis), `Wahai para pembesar, berilah aku pertimbangan dalam urusanku (ini), aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan sebelum kamu berada dalam majlis(ku).’
Mereka menjawab, `Kita ialah orang yang memiliki kekuatan dan (juga) memiliki keberanian yang tinggi (dalam peperangan) dan keputusan berada di tanganmu, maka pertimbangkanlah apa yang kamu perintahkan.’
(Surah al-Naml 27:32-33)
Ratu Balqis seterusnya menyatakan pandangannya bahawa setiap pemerintah (raja) yang mahu menakluki sesebuah negeri akan membinasakannya dan menjadikan penduduknya hina. Pada fikirannya itulah yang akan menimpa kerajaan Saba’. Oleh itu baginda membuat keputusan supaya dikirimkan urusan yang membawa hadiah kepada Nabi Sulaiman a.s.
Apabila utusan tersebut sampai kepada Nabi Sulaiman a.s., baginda berkata, “Adakah (wajar) kamu menolong aku dengan harta? Apa yang diberikan Allah kepadaku adalah lebih baik daripada apa yang diberikanNya kepadamu; tetapi kamu berasa bangga dengan hadiah kamu. Kembalilah kepada mereka, sungguh kami akan mendatangi mereka dengan pasukan tentera yang mereka tidak berkuasa melawannya dan kami pasti akan mengusir mereka dari negeri itu (Saba’) dengan terhina dan mereka menjadi (tawanan) yang hina dina.” (Surah al-Naml 27:36-37)
Lantas Nabi Sulaiman menanyakan kesanggupan pembesar-pembesarnya untuk membawa singgahsana Ratu Balqis kepada baginda. Setelah dibawa sebelum sempat matanya berkedip, baginda memerintahkan supaya singgahsana tersebut dirobohkan untuk menguji sama ada Ratu Balqis masih mengenali singgahsananya itu atau tidak.
Kecenderungan tulus ikhlas Ratu Balqis untuk menyahut kebenaran dan seruan suci Nabi Sulaiman juga disebutkan oleh Al-Qur’an:
Terjemahan : “Seakan-akan singgahsana ini singgahsanaku. Kami telah diberikan pengetahuan sebelumnya* dan kami ialah orang yang berserah diri”.
(Surah al-Naml 27:42)
(*Maksudnya tentang kenabian Sulaiman a.s. Ratu Balqis telah mengetahui kenabian Sulaiman a.s. sebelum singgahsananya dipindahkan dari Saba’ ke Palestin dalam sekelip mata.)
Ratu Balqis turut mengakui kesilapan dirinya sebagai hamba Allah yang menzalimi diri sendiri kerana tidak beriman dengan-Nya. Dengan penuh keinsafan dan kerendahan hati, Balqis pun menyatakan keimanannya kepada Allah Yang Maha Berkuasa, Tuhan semesta alam.
Terjemahan : “Dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam istana.’ Maka apabila dia melihat lantai istana itu, dianggapnya ia kolam air yang besar dan disingkapkannya kedua-dua betisnya. Berkatalah Sulaiman, `Sesungguhnya ia merupakan istana yang licin yang diperbuat daripada kaca.’ Berkatalah Balqis, `Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam.’
(Surah al-Naml 27:44)

Thursday, September 08, 2005

carta hits

(EntRY Edi$i M4Ri BerHibUR)

Assalamualaikum..time tensyen2 buat kerje nih aku suka dengar muzik. Dan muzik pilihan aku ialah NASYID.. sejak lahir aku dah di dodoikan dengan lagu berunsur nasihat dan nasyid..dan muzik nasyid dah sebati dalam diri aku... hmm... so kita cek carta nasyid hits Sakuraku..hohoho..ada ker carta hits nih..hehehe.aku jek yang buat..sesaja..dan carta hitz ni mengikut susunan lagu yg kerap sgt aku dengar..

1. Balqis - UNIC
2. Aku Hanya Umar- Hijjaz
3. Antara Dua Cinta - Raihan
4. Aku Tanpa CintaMU- Mirwana & JJ
5. CAhaya Cinta - UNIC
6. Al Muallim - Sami Yusuf
7. Belaian Ibu - Hijjaz
8. Maulay - Husayyan
9. Bisikan Malam - UNIC
10. Epilog Silam- Haikal


BALQIS-UNIC
Engkaulah ratu dimahligai permata
Istana bayangan syurga
Harta dan takhta mengaburi mata
Tersesat dikau di terang cahaya
Langsung tidak kau endah kata bicara
Utusan hud-hud yang benar
Seruan mengajakmu taat Yang Esa
Tinggalkan menyembah Tuhan sang suria
Balqis,kau bijak dalam menilai dan membuat pemilihan
Diantara yang sementara dan yang kekal buat selamanya
Keindahan dunia yang hanya pinjaman untuk seketika
Atau kebahagiaan hidup diakhirat yang dijanjikan-Nya
Tak perlu kau singkapi labuhan kainmu
Ketika kau melangkah ke istana Sulaiman
Bukannya air yang kau pijak tapi kaca
Terpedaya dikau dek kemilauan sinarnya
Hanya sekelip mata mahligaimu pun beralih
Ifti memindahkannya tanpa kau sedari
Kebijaksanaan Sulaiman telah merubahi sekeping hati
Akhirnya Balqis akur jua akan kelemahan pada diri
Kau kutip iktibar dari apa yang telah engkau lalui
Menjadikan kau isteri yang taat kepada seorang nabi
Pangkat dan jua harta tak menjamin bahagia
Cantik dan keayuan wajahkan pudar akhirnya
Kemiskinan didunia tak bererti kau terhina
Itu hanya di pandangan mata
Kemewahan tak bermakna hidupmu akan sentosa
Kesempurnaan,Tuhan menilainya............

Monday, September 05, 2005

bumper

Entry Edisi Dateline

Assalamualaikum bersua kembali dengan isu Dateline...
aku terjenguk ke blog abg roden aka Brad.. ala, yg bg shout kat sblh tu... bliau adalah editor majalah BS... hohoho...
bliau bekerje ngan dateline...aku pun sama..aku dpt rasakan ketensenan yg mereka alami... memegang moto "opisku rumahku...rumahku opisku"... dan aku pun hampir2 jadik mcm tuh jugak... tp nasib baik masih boleh di kawal..
Aku ingat kiterang jek yg tensen.. rupanya ada yg lagi teruk... bertungkus lumus utk buat majalah.. yang sebulan ada 2 keluaran..huhu..sapa yang beli dan baca? aku jugak... heheheh... hantu majalah katun aku nihh..jgn tak tau...

Tapi mana2 kerja pun sama.dan tak dpt lari dari dateline... atau kau akan jadi dieline... pilih mana satu.. kerje2 aku ni pun melibatkan dateline... tp aku tak puah ati.. projek yg macam ni punye besar..yg melibatkan kerajaan negeri johor...kami berdua jek yg buat... pahtu dalam masa 3 minggu nak kene siap..pahtu guna software baru..yg takder reference dlm internet... how come? mana tak biul kepala otak kami berdua..kalu dua org ni terer takper.. ni .. aku tanya Cik Paah, Cik Paah tanya aku.. bila 2 2 tak tau..ternganga.. nk tanya si Mok tuh pun dia asyek bz jek..pahtu kata.."haiyaaa... cannot spoonfeed maaa..." huwaaa!!! mau tak meraungnya kami berdua ni..pahtu PM tuh plak asek push push... mcm kiterang nih tak buat keje.. meh cuba hang buat keje kami meh... nak tgk.. huh...
Tapi apa2 pun aku anggap ni satu cabaran yg cukup mencabar dalam dunia kerjaya nih... terutama dalam bidang IT nih...
huhuhu... semoga aku semakin tabah menghadapi liku2 hidup yang penuh dengan cabaran dan dateline...

Thursday, September 01, 2005

merdeka

(EntRy eDi$i AnaK MeRdeK4)

Assalamualaikum... Salam Merdeka!!! dah 48 tahun negara kite yang tercinta merdeka kan.. Alhamdulillah.. puji dan syukur pd Allah... dengan izinnye kite dapat lagi merasai keamanan ni.. kebebasan dari belenggu,dari penjajahan.. dan dapat mengembalikan semula hak kite... tapii... dari segi kebebasan rakyat..mmg kite dah merdeka..bebas sebebas2nye... tp dari segi akhlak.. sosial.. moral adakah kite sudah betul2 merdeka?? aku rasa tak lagik.. malah makin meruncing.. dalam kebebasan yang kite nikmati tapi dalam keadaan yang tidak kite sedari, anak2 malaysia kite sebenarnya semakin di jajah.. dijajah dengan budaya2 yang tidak bermoral... budaya2 yang di bawa dari barat.. mmg dr segi yang tersurat kite sudah merdeka , tetapi.. yang tersiratnya??? lihat saje anak2 bangsa kite.. berakhlak,berpakaian,bergaul tidak mencerminkan budaya timur,apalagi mengikut agama kite.. dan yang lebih menyedihkan kebanyakan yang sudah melupakan cara2 berpakaian, bergaul mengikut yang telah ditetapkan ialah kebanyakannya orang2 Melayu/Islam... wahai bangsaku.. bilakah kite akan merdeka sepenuhnya??

Sewaktu balik dari office masa mlm kemerdekaan, kami balik agak lewat, dan balik menaiki komuter di Serdang ... dan di sinilah kami lihat keruntuhan akhlak yang terlalu2 sangat..itu baru di komuter Serdang..belum lagi di tempat2 lain... Ya Allah.. buat pertama kalinya aku malu bergelar anak Malaysia.. di malam kemerdekaan, sepatutnya disambut penuh kesyukuran kerana dikurniakan lagi nikmat kemerdekaan... ini tidak..mereka meraikan dengan keadaan yang tidak sepatutnya.. terasa malu pula dengan rakyat malaysia yang berada di luar negara.. mereka sambut kemerdekaan dengan cara yang baik.. dengan melakukan aktiviti yang sepatutnya.. mengadakan bacaan kesyukuran.. tapi kite di negara sendiri??? menyambut kemerdekaan dengan cara yang tidak bermoral... menjerit2,terkinja2,bergaduh sesama sendiri...berpakaian seperti orang2 zmn jahiliah,bergaul bebas mengikut budaya2 barat... merdekakah itu??? inikah generasi pendukung wawasan 2020,generasi pewaris masyarakat?? inikah??? Ya Allah .. berilah mereka hidayah..

huh..semangat sungguh...

Hmm... dan sempena hari kemerdekaan nih.. Alhamdulillah.. bertambah ahli keluarga aku.. kakak aku telah selamat melahirkan Aleeya Maisara.. lagi 20 minit nak merdeka dia pun lahir.. dah tak sabar nak tgk dunia yek.. takperlah yang penting selamat..
pagi 31 Ogos ...aku terima sms dr abg ipar aku.. "A'kum iela, inda dah selamat bersalin dpt ank perempuan, 5 kg jam 1140 mlm tadi".. Alhamdulillah..syukur pada Allah.. 5 kg tuu... besar tuuu..aku tak dpt bayang mcm mana rupanya anak sedara aku tuh... Alhamdulillah, makbul jugak doa mak aku nak cucu perempuan dari kakak aku... kire ni cucu perempuan kedua mak aku.. dan paginya kakak aku call... suara ceria jek.. dia kata 5 kg.. besar.. rambut lebat, mata sepet... hohhh??? apa2 pun Alhamdulillaahhh...syukur.. jd makcik lagik aku... Alhamdulillahh... aku akan berusaha menjadik mak usu yang terbaik... dan nama yang di beri.. Aleeya Maisara.. rasa tak sabo nak balik kampung tgk baby baru.. balik kampung???? huwaaa!!!!!!!!! cemana nak balik!!! dateline dah dekat.. keje tak siap lagikkk!!!!!!!

Apa2 pun aku bersyukur.. hari tu 27 Ogos aku balik kampung mak cik aku kawen.. kali ni selang beberapa hari lepas dapat pakcik baru, aku dapat anak sedara baru plak.. untung pak cik Zam yek.. masuk2 jek dah jadik atok...Tok Zam.. kikikikik, nanti InsyaAllah giliran pakcik Zam plak..

Ya Allah, kami bersyukur sangat2.. bertambah ahli keluarga Haji Cheng... semoga dengan kedatangan mereka, semakin ceria keluarga kami.. Ya Allah, kami bersyukur atas nikmat yang diberikan..

Pakcik Zamri and Aleeya Maisara.. welcome to our family...

Thursday, August 25, 2005

balik umah

\(EnTry Edi$i BenGaNg)/

Bengang!! Tension!!! so kalau tension buat ar bende berpaedah sikit.. ahahha... tak lawa btl rumah aku nih kan.... tahapa2 .. bio ah... aku kembali guna template lama aku.. template di mana aku mula menceburkan diri dlm dunia blogger nih... hohoho serabut jek nmpk....
nnt ada masa aku create baru ah.. la ni aku tension sesangatttt.... tak tau nk ckp kat sapa.....

Tuesday, August 23, 2005

cerpen

\(EnTry Edi$i CeRpeN)/

Sila baca cerita yg sgt menyentuh perasaan ini.. (cerpen ini disalin dari sebuah forum)
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
"Maafkan abang, sayang." Remuk hati seorang isteri dikala suami yang
selama
10 tahun menjadi cinta agung dalam hidupnya akhirnya mengakui akan hubungan
terlarang yang kini menjadi alunan hidupnya. Sungguh tidak kuduga...
inikah balasan yang kuterima atas setiap bibit cintaku padamu suami?
Perlahan-lahan kuusap airmata yang mengalir. Kehangatan air mataku meneyelinap kedalam
diri. Sayang kasihmu abang sudah tidak sehangat ini. Perlahan suamiku
melangkah keluar dari kamar yang menjadi saksi cinta kami selama
sepuluh tahun ini. Kurenung langkahnya yang perlahan. Tidak sedikit pun abang
menoleh kembali. Seolah-olah di dalam hati cinta kita sudah tidak bersisa lagi.

Malam yang sunyi ini menjadi saksi akan hancurnya hati seorang wanita
yang bergelar isteri. Kadangkala aku sendiri tidak yakin dengan dirimu abang.
Hanya kerana asmara yang singkat, abang lupa akan cinta yang sedekad waktu ini. Abang lupa di gerbang perkahwinan, susah senang kita bersama. Di
saat adik-adik abang memerlukan wang untuk perbelanjaan sekolah, kita suami isteri menguis saki baki simpanan yang ada untuk membantu adik abang.
Di saat-saat abang kemalangan yang nyaris meragut nyawa , siapa yang setia
menemanimu siang dan malam? Ingatkah abang akan janjimu ketika abang
terselamat dari maut? Ketika Abang mengenggam jari Sayang dan Abang
bisikan
betapa abang bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk bersama
sayang.
Betapa abang rasa hidup abang lebih lengkap kini kerana baru ketika ini
abang tahu nilai kasih sayang yang abang takut abang sudah tidak mampu
kecapi lagi. Selama 2 bulan, abang berulang-alik ke hospital untuk
rawatan
lanjutan. Selama itu , Sayang rasa bertuah kerana dapat berbakti
padamu,
Abang. Namun semuanya sudah tidak bermakna lagi buatmu.

Sayang ikhlas membantu mu, Abang. Selama ini sayang ikhlas menjaga
makan
minummu. Sayang jujur dalam membina jambatan kasih kita. Mungkin ada
waktunya, sayang terleka dalam melaksana tanggungjawab isteri. Sayang
sedar
ada masanya sayang sendiri melukai hatimu. Dan Sayang hargai
toleransimu.
Sesunguhnya toleransi dan kasih sayang abang adalah 2 perkaran yang
sentiasa
membuatkan hidup Sayang seunik-unik kehiudpan. Sayang bahagia. Dan
kerana
itu sayang tak meragui Abang. Tidak dalam secubit waktu pun. Tapi
Sayang
silap abang. Rupanya kasihmu layu juga.

Sekali lagi air mataku gugur. Kurenung surat permohonan abang untuk
menikah
lagi. Kutatap perlahan-lahan permohonan yang masih kemas kugengam.
Memang
dalam hidup seorang isteri seperti Sayang, poligami adalah seperkara
sayang
takuti. Sayang takut bila isteri abang dua ..kasih abang satu. Dan
Sayang
takut jika kasih yang satu itu bukan milik Sayang lagi. Abang malam ini
abang mengaku akan hubungan yang selama ini tidak sayang ragui. Sayang
ikhlas dengan bantuan abang. Sayang bangga kerana punya suami sepertimu
abang. Suami yang bukan sahaja penyayang malah seoarng lelaki yang
mudah
simpati pada orang yang memerlukan. Dan dikala Farah yang waktu itu
datang
menangis-nangis kerana sudah tidak betah hidup terseksa bersama
suaminya,
kita bantu Farah dan anak-anaknya.

Selama 3 bulan, kita suami isteri membantu Farah kenalan Sayang di
Universiti dulu. Kita sediakan keselesaan untuk Farah anak-beranak di
rumah
sewa kita. Kita bantu Farah dengan menempatkan Farah di tempat Abang
makan
gaji. Dan Anak-anak Farah Sayang jaga di waktu siang. Mungkin kerana
ketidakhadiaran cahaya mata dalam kamus hidup kita, Sayang menerima
anak-anak Farah seperti anak sendiri. Selama 3 bulan itu Sayang bahagia
kerana pertama kali dalam hidup sayang, Sayang dapat menjalani
kehidupan
seorang ibu. Di waktu Farah rasa terancam dengan ugutan suaminya,
Sayang
bangga abang berani melindungi Farah dan anak-anak. Betapa di kala itu,
Abang bagaikan wira dahulukala. Di saat Farah merasai hidupnya musnah
dirobek suaminya, Sayang beri Farah Harapan. Sayang tiupkan semangat.
Segala-galanya demi nilai satu persahabatan. Tapi cermin persahabatan
itu
remuk berderai. Malah hati seorang wanita ini lebih terluka bila wanita
yang
menjadi dalang cinta kami adalah Farah.

Sampai hatimu Farah, madu yang kami beri tapi racun yang kau balas.
Rupanya
kasih sayang yang kucurahkan pada anak-anakmu kau balas dengan belaian
manja
pada suamiku. Apa dosaku padamu Farah? Kata orang bertepuk sebelah
tangan
tak akan berbunyi. Mungkin salahnya datang dari suamiku tapi tak
bolehkah
kau fikirkan akan nilai persahabatan kita? Dan kerana persahabatan itu
tak
mampukah kau menolak suamiku jauh dari hidupmu? Tidak pernaha dalam
sekelumit aku waktu, kupinta darimu untuk melayan suamiku sebegitu
rupa.
Tidak Farah! Tidak. Tidakkah kau sedar kau masih isteri orang. Proses
ceraimu masih belum sampai jauh talak. Kau masih isteri orang Farah.

Perlahan-lahan aku bangkit dari katil. Segera diriku yang kusut itu
diperkemaskan. Tiada apa yang mampu kuucapakan lagi. Kukutip permohonan
suamiku dari atas katil. Perlahan aku melangkah keluar dari bilikku. Di
kala
itu kulihat suami sedang leka dibuai perasaan. Di atas Sofa empuk itu,
Suamiku cuba memikirkan keserabutan hidup. Kuhampiri suamiku. Di kala
itu
pandangan kami bertemu. Jika semalam, pasti ada gelora asmara cinta
bila
pandangan kita bertaut tapi malam ini.......pertama kali sayang rasakan
pandangan kita kosong. Keruh sungguh wajahmu abang. Lembut Suamiku
menarikku
kesisi.

"Abang... Sayang cuma mahu tahu seperkara darimu abang.
Berterus-teranglah
walaupun ianya paling pahit untuk diterima. Apa yang abanag cari pada
Farah?
Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?"
Sakit
hati ini bila kata-kata itu meluncur dari bibirku. Tidak dapat ku
bayangkan
kekecewaan yang melanda. Perlahan kuamati suamiku. Abang walaupun
hakikatnya
kita belum bermadu, Sayang sudah merasakan peritnya kehilanganmu.

"Abang berdosa padamu, Sayang. Dan Abang tak salahkan Sayang kerana
membenci
Abang. Cuma Abang rasa Farah perlu dilindungi. Dan Abang simpati pada
Farah
yang tak memiliki bahagia." Dalam saat-saat sebegini Farah masih
dihatimu.

"Tapi kenapa sampai ada keterlanjuran berlaku?"

"Abang lelaki punya keinginan .. punya kemahuan..." Walaupun payah,
Abang
masih memenangi dirimu. Abang.. Abang.. Aku mengeleng sendirian. Sayang
semakin tidak mengenali dirimu kini. Air mata sudah makin murah untuk
menagalir. Tapi Sayang akan kekal kuat. Sayang masih kekal kuat seperti
dahulu.

"Bagaimana halal dan Haram Abang?" Aku masih cuba berlaku tenang. Aku
kalau
boleh mahu Suamiku sedar keterlanjuran yang berlaku. Suamiku terdiam.
Dia
semakin resah.

"Abang dah bertaubat , Sayang. Dan kerana itu Abang mahu
bertanggungjawab
atas keterlanjuran kami." Mudah sungguh Abang membina alasan. Indah
sungguh
takrifan bertanggungjawab dan taubatmu. Aku tersenyum sendirian.

"Abang masih belum jawab soalan Sayang. ? Apa yang membuatkan Farah
lebih
bernilai dalam hidup Abang sekarang?" Antara dengar dengan tidak aku
cuba
mendapatkan kepastian.

"Farah.. Farah.." Suamiku resah. Kata-katanya mati. Ada nada-nada
ktidakpastian pada raut wajahnya. Lembut kugenggam tangan suamiku.

"Abang Sayang cuma mahukan kejujuranmu.." Dengan isyarat mata aku cuba
memberi keberanian pada suamiku untuk berlaku jujur denganku.

"Sayang.. Farah mampu menjadiakan Abang...AYAH.." Dan aku cuma
tersenyum
mendengar alasan suamiku. Seperti yang telah kuduga. Luruh hatiku
mendengar
alasannya. Dulu janjimu lain Abang tapi kini..

"Dulu , Sayang izinkan abang menikah lain tapi Abang menolak. Abang
kata
biar susah senang kita sehidup semati..hanya ajal memisahkan kita. Tak
akan
ada dua atau tiga dalam diri Abang.."

"Sayang... itu dulu.. Abang juga mahukan anak. Hidup abang sepi Sayang
tanpa
Anak. Abang tahu sayang tak mampu.. Tapi Abang berkebolehan mendapatkan
Anak." Aku semakin sakit mendengarnya. Abang hina kecacatan hidup ini.
Abang
ungkit kekurangan diri ini.

"Kalau anak yang abang mahu, Nikahlah Farah. Gauli farah setelah Farah
Halal
buatmu." Segera aku bangkit dari duduku. Dengan kekuatan yang masih
berbaki,
ku pandang suamiku sebagai pandangan terakhir. Hati ku sudah terluka
abang.
Sayang boleh terima kalau abang pilih Farah sebagi madu Sayang tapi..
yang
tak mampu Sayang terima ialah.. layanan haram Farah buat Abang dikala
Sayang
sedang menjaga anak-anaknya. Hancur hati ini Abang. Biarlah kisah cinta
kita
terkubur disini. Kuhulur salam terakhir buat suamiku. Kukucup suamiku
dan
kubisikkan padanya...

"tapi Abang Sayang tidak mampu membuang hubungan haram abang dari kaca
mata
Sayang. Bebaskan Sayang.." Tersentak suamiku.

"Nanti Sayang..." Suamiku menarikku hampir padanya.

"Abang perlu bertanggungjawab terhadap Farah. Berikanlah Farah
kebahagian
yang ingin Abang berikan. Jadilah Abang Ayah sepertimana yang Abang
impikan.
Cuma.. Sayang tak mampu berkongsi kasih lebih-lebih lagi bila Sayang
fikirkan hanya kerana 3 bulan perkenalan.. Abang lupakan Sayang. Hanya
kerana 3 bulan pertemuan Abang musnahkan kepercayaan sayang dan Hanya
kerana
3 bulan simpati Abang buang halal haram satu hubungan. Dan Sayang tak
mahu
anak-anak Sayang ada ayah seperti itu.. Maafkan Sayang,Abang."
Perlahan-lahan aku melangkah pergi jauh dari suamiku. Tiada tolehan
kedua
buatnya. Tiada lagi simpati buatnya. Yang ada cuma ....janin berusia 2
bulan
yang menjadi lambang kasih kita. Itulah kebesaran tuhan Abang.
Assalamualaikum suamiku.

Monday, August 22, 2005

sakit kepala

\(enTry Edi$i $aKiT kEp4La)/

Assalamualaikum...
kepala aku sakit..pening... dah berapa hari mcm nih..sejak dr hari tuh lagik... aduuuhhh... jgn ar jd penyakit pulak .. Ya Allah...

Serius.. ni bukan pening main2... ni bukan pening sbb kerje tak siap ke apa... tp yg tuh pun satu hal pulak...
Sakit btl nih..semalam seharian aku dok umah tak buat apa, baring, tido utk redakan kepeningan nih ... pening sangat nih... dan aku pun dh mula blajo2 telan panadol tuh.. huhuhu..tp tak elok mengamalkan pengambilan paracetemol nih(aku tatau betul ke aku eja nih..).. tp nak buat cemana kalau dh sakit sangat.. utk meredakan kene ar ambik gak..huhuhu tidaakkkk!!!!!!!!!!!!!

Dan di masa2 nih aku lbh ingat pd "jemputan ILAHI"..huhuhu... tp amalan aku br takat mana? huwaa!!!
Tp aku rasa ni peringatan Allah supaya aku lbh dekat ngan DIA.. biasalah manusia nih slalu lupa.. lupa diri, lupa pd segala2nya kalau dlm keadaan selesa, so supaya ingatan tuh kembali semula atau supaya lbh sedar diri, Allah bg sedikit cubaan... dan bersyukurlah kalau ada sesapa yang dpt peringatan lbh awal..itu menunjukkan kita masih dlm perhatian Allah.. di duga untuk diberi peringatan... semoga aku sentiasa di jalanMU YA Allah... Amin Yaa Rabbal Aalamiinn.

"MENCARI CINTA ILAHI"

Friday, August 19, 2005

johan tilawah

\(Pisol, Faizah johan tilawah kebangsaan)/
Oleh Shaarani Ismail (sumber berita harian 19/8/2005)


KUALA TERENGGANU: Pembantu Hal Ehwal Islam Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perlis, Pisol Yusob, 35, diumumkan sebagai johan qari Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-48 yang berakhir di Dewan Sultan Mizan, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem) di sini, malam tadi.

Faizah Husain, 30, guru al-Quran dari Selangor pula dipilih sebagai johan qariah. Kedua-duanya yang menerima wang tunai RM10,000, perbelanjaan menunaikan haji, piala pusingan, piala iringan, cenderahati dan sijil penyertaan, akan mewakili negara pada Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa, bulan depan.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh. Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin dan Exco kerajaan negeri.

Pisol, yang pernah beberapa kali menyertai tilawah peringkat kebangsaan, mengumpul 77.67 markah, manakala Faizah memperoleh 76.33 markah.

Luqman Isa, 34, dari Sarawak yang turut mendapat 77.67 markah dan Hanimzah Jalaluddin, 30, dari Pahang, juga memperoleh markah sama dengan johan qariah, masing-masing diumumkan sebagai naib johan qari dan qariah. Pemilihan johan ditentukan berdasarkan kelebihan tajwid.

Qari dan qariah dari Perak, Shamsul Ariffin Supian, 40, (77.33 markah) dan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman, 23, (75.33 markah), mendapat tempat ketiga.

Naib johan menerima RM7,000, tempat ketiga RM5,000 dan sagu hati RM2,000.

Perak diumumkan sebagai johan keseluruhan tilawah dengan mengumpul 76.33 markah dan membawa pulang piala pusingan.

Seramai 28 qari dan qariah dari seluruh negara menyertai tilawah selama lima hari bermula Ahad lalu bertemakan Islam Hadhari Menjana Kemajuan Ummah.

Sementara itu, hakim bahagian tajwid, Datuk Hassan Azahari, berkata peserta kali ini menunjukkan banyak peningkatan, terutama dari segi lagu dan tajwid yang disifatkan sebagai petanda baik terhadap perkembangan bagi memartabatkan al-Quran.

"Kebanyakan peserta mempunyai kemahiran suara yang bagus dan semakin matang bagi memastikan lagu dan tajwid diperkemaskan dalam setiap bacaan," katanya.

Beliau, yang menjadi hakim tilawah peringkat antarabangsa dan kebangsaan sejak 43 tahun lalu bagaimanapun berkata, pendedahan peserta terhadap kemahiran bahasa Arab perlu dipertingkatkan supaya dapat menjaga tajwid dengan lebih baik.

“Jika kemahiran terhadap bahasa Arab kurang, mereka membaca tanpa pemahaman dan akan menimbulkan kesalahan dalam menyambung ayat kerana ia mengakibatkan makna ayat yang dibacakan lari," katanya.

Hakim bahagian tarannum (alunan lagu), Muhammad Hasri, 58, juga mengakui tilawah kali ini menunjukkan banyak peningkatan walaupun terdapat sedikit kelemahan dari segi penguasaan tajwid peserta.

Wednesday, August 17, 2005

ogos

\(EnTry Edi$i SediH)/

huwaaaa!!!!!!!!!!!!!!

firstly... aku nak isytiharkan pada sume.. bahawasanya email aku merangkap ym aku iaitu usu_iela telah tertutup dengan misterinya... aku tak tau apasal... hilanglah sumer id kengkawan aku... huwaaa!!!!! makin ilanglah kawan aku..huhuhu..

Sila amek perhatian bahawasanya id terbaru aku ialah ielazalila80@yahoo.com.

Lepas tu aku nk crite..huhu.. aku rasa bulan nih merupakan bulan yang tak tentu arah..jadual hidup aku tersasar dr kebiasaan... huhu.. bulan nih ar bulan memeningkan dan segala2nya berlaku bulan nih.. huwaaa!!!!!!

bulan nih ar projek kene siap, tp tak nmpk lg bila nk siapnya...
bulan nih jugak kiterang kene tido opis... lepas tuh apa yg kiterang buat tu useless.. kene create baru.. (pm.. cemana nih? ni kerja project manager nih)
bulan nih gak aku hampir2 pengsan sbb sakit kepala tak cukup tido...
bulan nih gak aku kene p exam kat jb.. tp aku rasa aku terpaksa berkorban semata2 kerana projek nih..
bulan nih gak makcik aku nak kawen .. yang nih aku tak bleh tahan ... huwaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!! makcik aku kawen 27 nih... tp on that time lah aku akan kelam kabut siapkan kerje neh... aku dh bg tau mak... mak pun mcm frust jek bila dengar..mak kata "takper ar kerje lagi penting" tp aku tau mak aku tu..mulut ckp lain tp hati dia lain.. huhuhu.. mak aku ni jenis pendam perasaan.. tp aku tau lah.. mak aku frust sbb aku tak dpt balik.. dah lah tu makcik aku yg last kawen..pah ni takdek makcik dah yg nk kawen..yg ada pun pakcik aku yg umur 23 tahun tuh... pah ni tunggu turn aku ar plak! haaa??????? err..no comment.

huwaaa!!!!!!!! cemana nih.. wahai kengkawan, silalah beri semangat dan motivasi pada diriku ini!!!!!!!!

Thursday, August 11, 2005

artikle

\(EnTry eDi$i BenC4n4 4LaM)/

Sumber dari emel.. (www.e-bacaan.com)..Silakanlah membaca dengan perasaan insaf...

Bencana Alam
kemurkaan dari langit

Manusia membuat kerosakan di darat dan di laut. Mereka terima keburukan daripada usaha tangan-tangan mereka sendiri dengan terpaksa. Banjir kilat, tanah runtuh, kekurangan hasil dari sungai, laut dan pantai, dan jerebu adalah beberapa contoh yang dialami di negara ini, dan satu contoh dari luar negeri ialah kemusnahan akibat letupan bom dan tembakan daripada pelbagai senjata tentera.

Keburukan dirasakan-Nya agar manusia menyedari apa yang mereka lakukan dan supaya mereka kembali. Firman Tuhan,

"Kerosakan telah nampak di darat dan di laut kerana tangan-tangan manusia sendiri mengusahakan, supaya Dia merasakan kepada mereka sebahagian daripada apa yang mereka buat, supaya mereka kembali." (30:41)

Kerosakan yang dilakukan oleh manusia memang ketara. Seburuk itu atau lebih adalah kerosakan akibat bencana alam yang meragut ratusan ribu nyawa manusia dan kemusnahan puluhan ribu tempat tinggal dalam beberapa minit sahaja.

Manusia akan semadikan bencana seperti itu dalam sejarah dan ingatan mereka. Dan juga Allah, yang telah pun semadikan kejadian bencana-Nya di dalam al-Kitab serta memanggilnya pula kemurkaan dari langit.

Kemurkaan dibangkitkan atas beberapa sebab. Antaranya ialah sifat zalim dan fasiq, atau tidak mempedulikan perintah Tuhan, yang diamal oleh manusia. Contoh, menukar kata-kata-Nya sehingga menjadi bukan yang dikatakan-Nya. Firman Allah,

"Kemudian orang-orang yang membuat kezaliman menukar satu ucapan yang bukan dikatakan kepada mereka; maka Kami menurunkan kepada orang-orang yang membuat kezaliman kemurkaan dari langit kerana kefasiqan mereka." (2:59)

Atau, melakukan sesuatu yang sumbang yang melanggar perintah-Nya. Firman Allah,

"Kami akan menurunkan kepada penduduk bandar raya ini kemurkaan dari langit kerana mereka berbuat kefasiqan." (29:34)

Bandar raya tersebut adalah tempat Nabi Lut tinggal. Penduduknya mengamalkan homosekual dan amalan itu dilakukan dengan meluas dan terbuka. Tiada manusia sebelum mereka telah mempunyai keinginan hawa nafsu seperti itu.

Mereka berdosa, lalu diberi amaran. Setelah amaran Alalh tidak dipedulikan, maka datanglah kemurkaan dari langit yang menghapuskan mereka sama sekali, kecuali sedikit yang percaya bersama Lut.

Bandar raya diterbalikkan-Nya, untuk melenyapkan mereka, setelah Teriakan dan angin ribut yang mengandungi batu-batu yang dibakar menghujani mereka bertubi-tubi.

Bencana tersebut dirakamkan di dalam al-Qur'an seperti yang berbunyi,

"Dan Teriakan mengambil mereka pada waktu matahari terbit," (15:73).

"Dan Kami menghujani mereka dengan suatu hujan; maka perhatikanlah kamu bagaimana kesudahannya orang-orang yang berdosa." (7:84)

"adalah buruk hujan orang-orang yang diberi amaran." (26:173)

"Kami mengutuskan kepada mereka angin ribut yang mengandungi batu," (54:34) dan,

"Maka apabila perintah Kami datang, Kami menterbalikkan yang atasnya ke bawahnya, dan menghujaninya dengan batu-batu daripada tanah liat yang dibakar, bertubi-tubi," (11:82).

Teriakan atau bunyi yang keras itu mungkin datang dari sebuah gunung berapi yang meletup, serta memuntahkan batu-batu yang terbakar.

Teriakan serupa itu telah juga didengar oleh kaum Nabi Shuaib, iaitu Madyan, yang hidup sebelum zaman Nabi Lut. Tetapi bagi Madyan bunyi itu datang dari gempa bumi yang menghapuskan mereka.

Kaum Shuaib zalim, suka menipu sukatan dan timbangan, dan duduk di setiap jalan, untuk mengancam, menghalangi orang-orang yang percaya daripada jalan Allah, menginginkan jalan itu menjadi bengkok, dan mendustakannya. Peranan utama dalam penolakan terhadap seruan Shuaib telah dimainkan oleh pembesar-pembesar kaumnya yang bersifat sombong.

Lantaran itu, mereka dihina dan dihapuskan Allah dengan bencana Teriakan dan gempa bumi. Al-Qur'an menjelaskan,

"Dan apabila perintah Kami datang, Kami menyelamatkan Shuaib dan orang-orang yang percaya bersama dia dengan pengasihan daripada Kami, dan orang-orang yang membuat kezaliman diambil oleh Teriakan; pagi mendapati mereka, di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak." (11:94)

"Tetapi mereka mendustakan dia; maka gempa bumi mengambil mereka, dan pagi mendapati mereka di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak." (29:37).

Lama sebelum Madyan dihapuskan, kaum Tsamud telah dihapuskan juga. Nabinya Salleh. Tsamud adalah kaum yang makmur lagi mahir kerana mampu membina rumah-rumah mereka dengan memahat gunung.

Tsamud telah didatangkan seekor unta betina sebagai bukti yang jelas daripada Allah dan sebagai satu ujian (7:73 dan 54:27). Akan tetapi, pembesar-pembesarnya telah menyombongkan diri, dan menganggap orang-orang yang percaya sebagai hina.

Mereka mencederakan unta tersebut kerana tidak percaya kepada apa yang dibawa oleh Nabi Salleh, memandang rendah kepada perintah Tuhan, dan mereka lebih menyukai kebutaan daripada petunjuk.

Azab yang menamatkan riwayat mereka adalah Teriakan, gempa bumi, dan halilintar. Ayat-ayat di bawah menjelaskannya:

"Dan orang-orang yang membuat kezaliman diambil oleh Teriakan; pagi mendapati mereka, di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak, seolah-olah mereka tidak tinggal di dalamnya. 'Sesungguhnya Tsamud tidak percaya kepada Pemelihara mereka, maka nyahlah Tsamud!'" (11:67-68)

"Kami mengutuskan kepada mereka satu Teriakan, dan jadilah mereka seperti sasak pembuat kandang binatang ternakan." (54:31)

"Lalu gempa bumi mengambil mereka. Pagi, mendapati mereka di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak." (7:78).

"Bagi Tsamud, Kami memberi mereka petunjuk, tetapi mereka lebih menyukai kebutaan daripada petunjuk, maka halilintar daripada azab yang menghinakan mengambil mereka kerana apa yang mereka mengusahakan." (41:17) dan,

"Kemudian mereka memandang rendah pada perintah Pemelihara mereka, dan halilintar mengambil mereka, dan mereka sendiri memerhatikan, dan mereka tidak boleh berdiri, dan tidak ditolong." (51:44-45)

Nabi Hud telah memberi amaran kepada kaumnya, Ad, di tepi sebuah bukit pasir, beberapa generasi sebelum kaum Tsamud dihapuskan dari muka bumi. Kaumnya mendustakan ayat-ayat Tuhan serta menyekutukan-Nya, kerana mengikuti perintah setiap penguasa yang degil dan menyombongkan diri. Mereka menyangka mereka kuat.

Kerana dosa tersebut Ad ditimpa azab angin yang sangat bising, sangat kencang, yang meniup selama lapan hari dan tujuh malam. Mereka juga disambar oleh halilintar. Ayat berikut mengisahkan angin yang sangat bising:

"Kemudian Kami mengutus kepada mereka angin yang sangat bising pada hari-hari yang malang, supaya Kami merasakan kepada mereka azab kerendahan dalam kehidupan dunia; dan azab akhirat adalah lebih rendah lagi, dan mereka tidak ditolong." (41:16)

Angin yang sangat bising itu "meregut manusia seakan-akan mereka tunggul-tunggul batang palma yang membantun" (54:19-20).

Ketika ia datang mereka nampak seperti awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, lalu mereka berkata, "Inilah awan yang akan memberi kami hujan!" Tidak, tetapi ia adalah "angin yang di dalamnya azab yang pedih, membinasakan segala sesuatu dengan perintah Pemeliharanya. Pada waktu pagi, tiada yang dapat dilihat melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Begitulah Kami membalas kaum yang berdosa." (46:24-25)

Penjelasan mengenai pemusnahan Ad diteruskan:

"Dan pada Ad, apabila Kami mengutus kepada mereka angin yang membinasakan, yang tidak meninggalkan sesuatu apabila ia datang kepadanya, tetapi membuatnya seperti benda yang reput." (51:41-42)

"Dan bagi Ad, mereka dimusnahkan dengan angin yang sangat bising, yang sangat kencang. Dia memaksakan ke atas mereka tujuh malam dan lapan hari terus menerus, dan kamu melihat kaum ketika itu bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul batang pohon-pohon palma yang runtuh." (69:6-7) dan,

"Tetapi jika mereka berpaling, maka katakanlah, 'Aku memberi amaran kepada kamu dengan halilintar yang serupa halilintar Ad dan Tsamud.'" (41:13)

Dengan angin yang begitu dahsyat dan sambaran halilintar maka musnahlah kaum Ad.

Kaum yang tertua dicontohkan di sini ialah kaum Nabi Nuh. Seperti Nabi-Nabi lain, Nuh menyampaikan kepada kaumnya mesej-mesej Allah tetapi pembesar-pembesar mendustakannya. Mereka mengeji Nabi Nuh dan pengikut-pengikutnya. Lalu kecemasan yang besar, iaitu banjir, meliputi mereka bersama orang-orang yang tidak percaya, termasuk anak Nabi Nuh sendiri.

Ayat-ayat berikut meringkaskan kisah Nabi Nuh yang kaumnya ditenggelamkan oleh banjir:

"Dan diwahyukan kepada Nuh, 'Tiada seorang pun daripada kaum kamu akan mempercayai, kecuali orang yang telah percaya' .... Buatlah kapal di bawah mata (pengawasan) Kami, dan seperti wahyu Kami .... Dan dia membuat kapal; dan setiap kali pembesar-pembesar kaumnya melaluinya, mereka mengejeknya." (11:36-38)

"Sehingga, apabila perintah Kami datang, dan tanur mendidih, Kami berkata, 'Bawalah di dalamnya dua daripada tiap-tiap jenis, dan keluarga kamu, kecuali orang yang kepadanya perkataan telah pun diucapkan, dan sesiapa yang percaya.' Dan tidak ada yang percaya bersamanya melainkan sedikit." (11:40)

"Maka ia berlayar dengan mereka di tengah-tengah gelombang yang seperti gunung-gunung;" (11:42) dan,

"Kami menenggelamkan orang-orang yang tinggal." (26:120)

Air banjir yang mampu menimbulkan gelombang setinggi gunung itu datang dari langit dan bumi. Firman-Nya,

"Kemudian Kami membukakan pintu-pintu langit dengan air tercurah, dan membuatkan bumi memancarkan mata-mata air, dan air-air bertemu untuk satu urusan yang ditetapkan." (54:11-12)

Maka musnahlah kaum Nuh yang mendustakan ayat-ayat Allah.

Satu lagi bencana banjir disebut di dalam al-Qur'an. Ia diutus kepada orang-orang yang tidak percaya dan berpaling daripada ayat-ayat Tuhan, iaitu orang-orang Sabak, yang di kiri dan kanan mereka dipenuhi dengan kebun. Kisah banjir yang meliputi kebun mereka berbunyi,

"Tetapi mereka berpaling; maka Kami mengutuskan kepada mereka Banjir Arim, dan Kami menukarkan kedua-dua kebun mereka dengan dua kebun yang mempunyai hasilan yang pahit, dan cemara, dan di sana sini, sedikit pohon bidara." (34:16)

Dalam kisah Firaun pun disebut bencana banjir, sebagai satu daripada ujian Allah supaya dia dan keluarganya percaya kepada ayat-ayat-Nya (7:133), sebelum dia dan tenteranya ditenggelamkan di laut.

Antara contoh-contoh lain di dalam al-Qur'an mengenai kemurkaan dari langit akibat ketidakpercayaan manusia yang ingin disebut di sini ialah Karun, orang kaya yang ditelan bumi (28:81), dan orang-orang yang bersama Nabi Musa yang disambar halilintar apabila mereka berkata "Wahai Musa, kami tidak akan mempercayai kamu sehingga kami melihat Allah dengan nyata" (2:55).

Bencana-bencana alam yang menimpa orang-orang yang hidup sebelum al-Qur'an diturunkan terus berlaku. Namun, sebelum mereka berlaku Allah memberi amaran. Antara amaran-amaran yang dijelaskan-Nya di dalam al-Qur'an adalah:

"Maka berjaga-jagalah akan satu hari apabila langit mendatangkan asap yang jelas, menutupi manusia; ini adalah azab yang pedih." (44:10-11)

"Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan mengutus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu, kemudian kamu akan mengetahui bagaimanakah dengan amaran-Ku?" (67:17)

"Dan Dia menurunkan dari langit, gunung-gunung, yang di dalamnya hujan batu, supaya Dia menimpakan kepada siapa yang Dia mengkehendaki dengannya, dan memalingkannya daripada siapa yang Dia mengkehendaki;" (24:43).

"atau Kami menjatuhkan kepada mereka serpihan dari langit." (34:9)

"Adakah mereka berasa aman, orang-orang yang membuat tipu daya yang jahat, bahawa Allah tidak akan membuatkan bumi menelan mereka, atau bahawa azab tidak datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak menyedari?" (16:45)

"Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan membuat bumi menelan kamu sedang ia bergoncang?" (67:16)

"Katakanlah, 'Apa pendapat kamu, jika pada waktu pagi air kamu meresap ke dalam tanah, kemudian siapakah yang mendatangkan kepada kamu air yang mengalir?'” (67:30)

"Adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan membuat pantai menelan kamu, atau mengutus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu, kemudian kamu mendapati tiada wakil bagi kamu? Atau, adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan mengembalikan kamu ke dalamnya pada kali yang kedua, dan Dia mengutuskan kepada kamu angin taufan, dan menenggelamkan kamu kerana ketidakpercayaan kamu, kemudian kamu mendapati tiada pendakwa untuk kamu terhadap Kami?" (17:68-69)

"Tidakkah mereka melihat bagaimana Kami datang ke bumi dengan menguranginya di tepi-tepinya?" (13:4)

Dan khas bagi penduduk bandar raya:

"Adakah penduduk bandar-bandar raya berasa aman bahawa bencana Kami tidak akan datang kepada mereka pada waktu malam sedang mereka tidur? Adakah penduduk bandar-bandar raya berasa aman bahawa bencana Kami tidak akan datang kepada mereka pada waktu pagi sedang mereka bermain-main?" (7:97-98)

Amaran atau peringatan daripada Allah tidak diambil dengan sambil lewa. Apa yang dijanjikan pasti berlaku, seperti yang berlaku kepada kaum-kaum yang telah diceritakan tadi. Maka berjaga-jagalah kerana alam akan turut murka apabila manusia membuat sesuatu yang dimurkai Allah. Seperti yang berlaku apabila manusia mengatakan Allah mempunyai seorang anak:

"Hampir-hampir langit pecah kerananya, dan bumi terpecah belah, dan gunung-gunung jatuh kehancuran, bahawa mereka mendakwakan bagi Yang Pemurah seorang anak," (19:90-91).

Oleh yang demikian, pujilah Allah dan ikutlah petunjuk Kitab-Nya, supaya bencana alam atau kemurkaan dari langit tidak lagi menyentuh bumi yang indah ini. Sebagai penutup, diturunkan sebuah firman Tuhan yang berbunyi,

"Segala puji bagi Allah yang menurunkan kepada hamba-Nya Kitab, dan tidak membuatkan padanya sebarang kebengkokan, yang betul, untuk memberi amaran akan bencana yang keras daripada-Nya, dan untuk memberi berita gembira kepada orang-orang mukmin yang membuat kerja-kerja kebaikan, bahawa bagi mereka upah yang baik," (18:1-2).



Penulis Bacaan
7 Januari 2005