Friday, December 31, 2004

2004

\(SAYONARA 2004)/

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
I'm Back...
Salam sayang buat semua... \(^o^)/
Apa kabo?Korang sumer sihat ka? Uish udah lama tak balik umah... dah ada sarang spiderman nampaknya...(sambil bergerak perlahan2 mencari penyapu dan menyapu sumer sampah sarap yang ada)
Jutaan kemaafan di pinta pada tetamu-tetamu blog Sakuraku nih,bukannya sombong atau tak mo layan,cuma kesibukan dunia mengatasi segalanya..ish ish ish dahsyat..Sudah lama tidak meng"update"kan blog..Bagi pihak Sakuraku saya sangat menghargai kunjungan saudara saudari sekalian. Kesibukan "bertapa" di suatu tempat tu menyebabkan saya tidak dapat menulis di sini..
Chewah..ayat skema..

Trime kasih pada jiran-jiran sebelah (Acik Ju ngan Acik Pa'ah) yang sudi menengok-nengokkan umah saya nih.. Lupa plak..time kasih pada Pak cik Epol yang aku lantik jadik "jaga kontrek" sepanjang ketiadaan aku di alam blog nih..ehehehehe..
Time kasih pada Zikri sbb buat link Sakuraku nih kat blog Zikri dia. Dan pihak Sakuraku dah buatkan link Zikri kat blog Sakuraku nih. Dan pada tetamu-tetamu Sakuraku yang nak berkawan dan berkenalan tuh... sila,sila masuk..mari berkenal-kenalan.. dan temanya ialah "BERKENAL-KENALAN BAIK UNTUK KESIHATAN"..saya sangat mengalu-alukan..ish ish..malu ler plak..

Aku pun udah kehilangan idea nak tulis apa..selama ni aku banyak idea, bila time nak menulis, inilah outputnya,padahal sebelum ni memacam input aku dah rancang..last-last ini jek yg kluar. Itulah lemahnya manusia nih, yang hanya mampu merancang..tp Allah yang tentukan semuanya..Allah Maha Tahu apa yang terbaik.

Hari ni aku rasa nukilan terakhir aku dalam blog nih.
Hah??? nukilan terakhir?? nak p mana???
ehehehehe..bukan nak p memana pun,cuma nukilan terakhir dalam tahun 2004 nih.. Esok kan dah masuk 2005.

Tahun 2004 mengukir sejarah tersendiri dalam perjalanan hidup seorang aku.. Pelbagai peristiwa suka dan duka ditempuhi. Tahun 2004 juga merupakan tahun yang bermakna bagi aku sbb aku berjaya menghasilkan blog aku,yang menjadi impian aku sekian lama..dari alam kampus lagik aku bercita2 nak buat blog tapi baru tahun ni aku berjaya.. Terima kasih kepada yang menunjuk ajar.

Tahun 2004 juga menyaksikan pelbagai peristiwa yang berlaku dalam negara dan luar negara. Dan di akhir 2004 ini juga menyaksikan peristiwa sedih yang berlaku di negara kite dan juga di negara jiran.. Tak payah lah aku nak cerita lebih lanjut,
korang pun sedia maklum.. Tsunami sudah tak asing lagi bagi semua orang.. Aku tak sanggup nak tengok penderitaan mereka. Aku hanya mampu bersimpati terhadap mereka, mendoakan keselamatan mereka. Ni semua peringatan dari Allah... peringatan Allah
kepada hamba2nya yang lupa diri. So..sedar-sedarlah diri sket..

Tanda-tanda qiamat dah banyak berlaku, baik tanda-tanda kecil mahupun yang besar..
So.marilah kite merenung-renungkan hadis-hadis nih..

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
1.Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
2.Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3.Zakat dijadikan hutang
4.Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
5.Anak derhaka terhadap ibunya
6.Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
7.Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8.Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9.Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
10.Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11.Arak sudah diminum secara berleluasa.
12.Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13.Para artis-artis disanjung-sanjung.
14.Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
15.Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi” (Hadis Riwayat Bukhari)
*****************************************************************************8
Okes..mari kite sama-sama menyedarkan diri.. mana yang tak sedar lagik tu, bawak-bawaklah berjaga..bangkit lah dari lenamu...ingat pesan Pak Lah.. toksah ar nak bercount down count down lagik..kalu nak sgt bercount down tu, p kat masjid bercount down.. ni peringatan utk aku jugak. ha.. ingat tu iela.

Ukeslah..esok dah tahun baru.. masuk bulan Januari.. ramai family aku sambut "besarday"
1. 1 January --> Abang aku.. Januar. Huish patut pun nama Januar..lahir awal January kan.
2. 2 January --> Kakak aku.. Indah.
3. 7 January --> Anak sedara kesayangan aku.. Irfan.. muah muah muah..
4. 15 January --> Abang Ipar aku.. Abang Din.

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN BUAT MEREKA!! SEMOGA PANJANG UMUR DI MURAHKAN REZEKI DAN DIRAHMATI ALLAH.

Ucapan ni juge ditujukan pada sesapa yang sambut "besar day" mereka.

"SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!! SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KITA SEMUA"

Friday, December 10, 2004

\(Aku dan keyboardku)/



Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Apa khabar adik-adik,anak-anak, saudara dan saudari yang sedang membaca blog ini(aku tukar tang nih),mudah mudahan semuanya dalam keadaan ceria,sihat dan bahagia.. huh..muqaddimah yang aku amik dari rakaman ceramah Dato Hj Fadzilah Kamsah yang bertajuk Ceria.. ha..korang kena ceria macam aku gaks..
Ada orang yang begitu concern ngan entry aku kebelakangan ni,terharunya aku... beliau kata entry aku kebelakangan ni muram.. ye ke? aku tak perasan pun.. yang aku tau,aku menulis mengikut kata hati..mcm yang aku buat sekarang nih.. hati berkata-kata,jari jemari menaip.
Hidup aku ni kadangkala perlukan motivasi.. kalau aku tak memotivasikan diri aku,maka aku akan down.. mulalah aku tak betul..fikir yang bukan-bukan..mulalah pakcik Negative datang kat aku, kadang-kadang tak pasal-pasal orang lain pon terkena tempiasnya, mcm yg jadik kat Epol ari tuh, kan epol kan?kan? Sorilah pasal ari tu yek Pol ek...

Kalau korang perasan,hari tu aku dah masuk balik umah baru aku.. tp aku mcm tak puas ati jek kat umah baru aku nih, tak baper clear kan? korang nak komplen apa2 ker? Si Ju dah komplen..susah nak baca katanya, aku pun rasa gitu gaks kot. Tapi aku suka umah aku sbb banyak bunga-bungaan...banyak sakura, tu yang aku suka.

Kat sini aku nak kongsi sket pasal apa yang aku dapat dari Dato Fadzilah Kamsah..
(aku menaip sambil mendengar ceramah)
*************************************************************
Petua untuk mendapatkan keceriaan...

1.Lakukan ibadah dengan sempurna
Keceriaan yang hakiki datangnya dari rahmat Allah.
Untuk mendapat keceriaan,kebahagiaan jangan lupa,jangan abaikan ibadah.

2.Niat
Kita perlu pasang niat dan berdoa utk mendapatkan keceriaan.
Contohnya...
"Ya Allah,seandainya KAU panjangkan umurku esok,jadikanlah aku ceria,bahagia,sihat,beriman dan dapat buat apa pun dengan sebaik mungkin."

3.Memaafkan semua orang
Sebelum tidur,maafkan semua kesalahan orang lain. Tak kisahlah dia buat apa pun kat kita..ini bertujuan untuk menyucikan hati dan melapangkan hati.

4. Programkan minda untuk positif
Sebelum tidur,program minda kita,diri kita untuk bersikap positif dan cemerlang.
"Ya Allah,esok pagi aku ingin bangun pagi dalam keadaan positif,ceria,cemerlang,bahagia"
InsyaAllah bila kite bangun pagi,mudah-mudahan Allah akan rangsang minda kita untuk bersikap positf.

Persoalannya,MENGAPA KITA MESTI SEDIH,PADAHAL KITA BOLEH CERIA ALL THE TIME.

Ha..camner? dapat ilmu tak? nnt ada masa,aku sambung lagi petua seterusnya. ni baru 4,ada banyak lagik. nnt kite boleh kongsi sama-sama ek..
So,semoga ilmu yang sedikit ni dapat kite manfaatkan,dapat kita cambahkan,dapat kita amalkan dalam kehidupan seharian kite.

Sakuraku menulis:- Farah, akan ku bubuh stokinku itu dengan labuci-labuci dan manik-manik supaya tidak tersilap lagi.Pahtu jgn awak plak tersilap pakai stokin kita.Muahahahahaha....

aku yg besh

Assalamualaikum

Hai kengkawan,adik2,abang2,kakak2, achik2 sumer..pekabo? ish windunyerrr ngan blog tersayang ni.. walaupun baru beberapa hari tak melihat wajah blog aku ni mcm dah bertahun2 tak tgk...
Baru ari nih dpt mengupdate..kang kalu aku kata aku merajuk....korang tak bleh trime..so aku katalah aku busy..mmg lately ni aku kesibukan dan menyibukkan diri... kekadang kesibukan nih besh jugak kan? oleh itu sibuk-sibukkanlah diri anda.. jangan menyibuk hal orang lain udah ler...

Monday, December 06, 2004

ku serah cinta


\(Ku Serah Cinta)/

Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini


Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Pahrol Md. Juoi (Genta Rasa Publishing)
Penyusun Muzik : Belle
Penerbit : Isman Isam
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.



Ni antara lirik lagu yang menyentuh hati aku, aku suka lirik lagu ni..
Hari-hari aku dengar lagu ni...maken terasa kebeshannya....

uupps lupa nak menceritakan sesuatu...hari tu aku balik kampun...ada hal... pahtu masa aku tgh kemas-kemas brg nak balik tmpt aku mencarik rezeki nih... tiba-tiba Irfan telah mengucapkan something yang aku rasa best sangat... dulu,masa mula2 aku dpt anak sedara aku tak terasa feel tuh..tp kali ni,aku terasa sangat...
Masa tuh aku tgh kemas baju masuk beg, handphone aku ada kat atas meja..
Tiba-tiba Irfan kata Cu..nih"... dia ulang banyak kali... masa tu jugak aku peluk dan cium pipi gebu dia tuh...
Akhirnya...akhirnya dia panggil aku Usu..walaupon dalam pelat-pelat dia tuh..selama nih dia panggil aku "mak"..mama dia pun dia panggil mak..asal nmpk org pompuan jek dia panggil mak.. tp hari tu aku rasa betul2 best...
Dah puas aku ngaja panggel usu,tp dia tak bleh ..tp ari tuh,akhirnya terkeluar jugak kata-kata keramat tu dari bibir mungil dia tuh..
Thanks Irfan... Usu sayang sangat kat Irfan.

Friday, December 03, 2004

arfa kawen

\(MUSIM KAWEN KOT...)/



Lepas raya jek, berebut2 orang nak kawen..tak sabo2..

Adalah kawan aku sorang tu..raya ke 5 jek dah buat kenduri kawen. Ahahahaha..sori awak ek..uran itu ialah Arfah atau dikenali sebagai NorAfrah Nor Arfah Bt Onwi... dah jadik Puan Arfah dah..dah tak bley geng ngan kami yang masih ada title Cik..muahahahaha..
Beliau selamat diijabkabulkan pada 2/10 hari tuh, manakala majlis bersandingnya pada 18/11 ari tu.. raya ke 5 beb..mana dan nak p Aloq Staq nu..orang tgh dok pulun kuih raya gik, dia sibuk nak kawen..wahahahaha.. jgn marah Arfah, nnt cepat tua..
Ish dah kawen bekas hosmet aku tu, merangkap classmate aku.

Memandangkan aku tak dapat p Aloq Staq masa dia kawen..so aku mentak ar gambo kawen dia... yea yea dapat...itu pon lepas macam2 si Cik Pah tu mintak..pengeras lah pelembut lah... last2 dpt gaks..Cantik tau... tak cayer? tgk sendirik... http://akey118.fotopages.com...
Ha..tol tak aku cakap.

Pahtu kat kampung aku tuh..akak 2 pupu aku plak kawen..nak kata aku kamceng ngan dia, bleh ar..dulu aku ni rajin pinjam buku rujukan dia.. kira kamceng ar tu ek... tau2 jek 28hb/11 tu dia kawen.. aku tak tau pong..ish..sampainya hati dia.
Pahtu minggu depan plak Yana, best friend aku kat sekolah rendah dulu nak kawen..dia ni kira ada bau-bau perfume gaks ngan aku nih... pernah kiterang kena kejar ngan Cikgu Dali kat sekolah rendah dulu sebab main kucing2 bawah meja... last-last dah nak kawen dia.. pun dia tak ajak aku p kenduri kawen dia.. ish aku ni invisible kot kat kampung aku tuh.. depa ni sampai hati tol.. dulu masa masita kawen pon dia tak bg tau aku..tau2 jek mak aku kata dia p kenduri kawen masita..ish..apa ni.sampai hati korang!!!padahal dulu kitaorang sama2 buat baik ngan buat jahat kat sekolah rendah dulu.. at least bg tau ar kat aku nih korang nak kawen dah..huhu...mentang2 lah aku ni jadik musafir kat negeri orang..dia buat tatau jek kat aku. huhuhu...
Dahlah..aku nak membawak diri nih... huhu ..takder sapa pun sedar kewujudan seuran aku nih...

Monday, November 29, 2004

hari beraya

\(MARI BERAYA)/

Assalamualaikum..salam sejahtera,salam hormat,salam sayang buat semua.Apa kabo?
Harap sumernya sihat-sihat belaka.
Korang ada perasan apa perubahan tak kat umah aku nih? kalu korang tak perasan, memang korang ni sampai hati. Huhuhu.. penat aku mendesign umah baru aku ni sampai jadik rupa ni..tp kan aku lbh sayangkan umah lama aku tuh,beso sket..umah aku kali ni kicik sket tp byk bunga...nmpk lbh feminin sket..nampak ar kewanitaan aku sket.. ehehe
Semalam korang p mana ek? huish..kiterang smalam p beraya sakan. Seharian p beraya... Memula p umah Kak Ilah...kak Ilah serve ngan sup ekor.. huiyooo, beshner..tersangatlah beshnyer.. nasib baik aku tak bawak plastik nak menapau sup ekor itu. Pah tu ada plak desert puding buah tuh..besh lagik.. huh, besh ar Kak Ilah, len kali bleh buatkan kami lagik ek.Nanti kami datang serbu lagik.
Pahtu p umah Shol kat Kota Damansara.. fuh, sampai sesat kami mencarik.. p kenduri kawen Shol, upsss, kakak dia kawen..fuyoo..semuanya serba purple,siap ngan kuih dia kaler purple,pahtu ada persembahan kumpulan Bale-Bale, ala yang masa raya depa masuk tibi jd pengiring Ning Baizura tu, besh..huii.. beso umah Shol rupanya.
Pah p umah Shol p plak umah Jiha kat Port Klang.. makan lagik ..besh oo makan, rupanya Jiha ada kucin yang hensem lagik macho.. nama dia AngauAnyau.. sangat macho oo...tp bila aku nak berkenalan ngan dia, dia melarikan diri.. ooo..sumbun ek.. takper, itulah ciri2 kucin soleh..
Pahtu agak2 makanan kat umah Jiha dah abis, kami pon berangkat balik..p umah abangnya si Ju plak amik brg dia..pahtu br lah kami balik dlm keadaan yg sgt penat.. huh..seharian kami berjalan..walaupon cuma 4 buah umah jek tp perjalanan tu yg jauh..penat ooo tp serunuks..
Huh..ari ni aku suran2 gik,depa tu p otstesen gik.. Korang..Good Luck tau, semoga misi korang berjaya.

Sakuraku : Mintak maaf bebanyak pada Kak Sue tersayang sbb tak dpt p umah Shah Alam, sbb nak p umah Shol ngan Jiha.. len kali kite jumpe ek Kak Sue ek..jangan marah tau

Thursday, November 25, 2004

busan ar

\(BOSAN,SEPI,SAYU,SENDU,KESEORANGAN)/

Macam apa jek tajuk entry aku kali ni.. udahlah kondisi pemikiran aku sejak 2 3
hari ni tak berapa stabil...tetiba plak aku kena tinggal.. hoh??? kena tinggal???

Nampaknya dalam 2 3 hari nih aku kena p kijer suran2,makan suran2,balik kijer suran2,nyanyik suran2,tido suran2..nmpknya aku terpaksa mengembalikan semula nostalgia aku masa kat UUM dulu. (Macam tak biasa..)

Bebudak kanak-kanak riang 2 orang tu udah diberangkatkan ke Kuantan pagi tadik.Embun jantan tak sempat kering lagik depa berdua udah mengusung beg kluar dari umah..maka tinggallah aku keseurangan. Huhu..
Pada Ju n Farah..selamat menjalankan misi yang tersurat dan tersirat korang tuh.Misi tersurat?..atas urusan kerja.Misi tersirat??..ehehehe..rahsia kami bertiga..Selamat lah yek..semoga bertemu ngan yang di carik kat Hospital tuh... jgn jumpa yang lain udahler.Ibarat kata Ju, inilah harapan terakhir dia...ehehhehe...

Aku masuk2 opis nih gelap gulita,pahtu aku pon membukak ar si lampu2 ngan si ekon2 tuh... Yes!! bagus..buleh aku buat apa aku suka..takder uran..bulehlah nyanyik kuat2..huiyooo!!!! macam opis ni moyang aku yang punyer..pahtu selang 2 jam masuk ar lelaki2 itu. "Suran jek Iela?" maka dgn machonye aku menjawab.."tak ar ,ramai ni ha" Ish udah tau awek dia p Kuantan,tinggal aku suran..lagik mau tanya(cakap dlm hati)..Pahtu lelaki2 itu tergelak macho ala2 semut gitu.
Sesambil buat kijer aku menghilangkan kebusanan dan kesayuan aku ngan putaran lagu aku sendirik..besh oo lagu.. lagu dr album Inteam04.. download beb..semua ada plak tuh.. besh ar lagu Az-Ziarah tu.. baik korang beli Album diaorang..tp sebelum beli tu..ingatlah slogan ni "Pastikan ORI baru Beli"..(aku tetiba jadik promoter yang tak bergaji)..
Sesambil membuat kerje ngan dengar lagu tuh aku makan ar kuih raya yang aku tapau dr umah..lor..tetiba sedap plak aku rasa kuih aku ni..di ulangi kuih aku..kuih yang aku buat dengan tangan aku sendrik tau..bukan tangna Siti Nurhaliza ker, Erra ke, and aku tak beli tau. Erm..sedapnya!! kalu tak sedap takkanlah lelaki2 itu berulang alik datang kat meja aku nih.. sanggup dia merentasi lautan api semata2 sbb kuih aku nih..Ahaks..ish..heh..tu dah mulalah tu nak riak tuh.. takder ar, kalu bukan diri sendrik yg puji sapa lg nak puji. So baik aku puji diri aku sendrik.Ikikiki.
Erm... at least kan aku tulis entry yg macam nih, kurang sket gelora dlm hati aku nih.. entry ni berbeza ngan entry aku semalam.. aku pon tatau kenapa aku bleh terkeluar entry cam tuh semalam... kesayuan melanda diri. Arghhh..persetan itu semua(chewah).. yang penting aku adalah aku..
Weh..lagu besh ar..
Jom dengar... lalalala

Halimatus Saadiah, kau ibu barakah
Engkau pemula muqaddimah yang indah
Episod awal sirah Nabi junjungan mulia
Kau ibu susu yang bertuah

Pada sejarahmu terukir kenyataan
Tidak kan miskin jika membela Islam
Tidak hina meriba kebenaran yang mulia
Jangan takut jika kau beriman

Wednesday, November 24, 2004

hati

\(SEKADAR CORETAN HATI)/
IZINKAN AKU MELAFAZKAN KATA
BICARA HATI YANG SUKAR DITAFSIR

Wahai hati
Sabarlah..
usahlah kau hiasi dirimu dengan kesuraman
usahlah sebegini rupa
Sudah banyak halangan kau tempuhi
Kau begitu tabah
Tetapi mengapa kini kau mula mengalah
Mengalah dengan masa dan keadaan..
Wahai hati
Usah mudah tewas
Bentengilah dirimu dengan perisai-perisai yang kukuh

Wahai air mata
Usahlah kau menitis lagi
Sudah acap kali kau mengalir laju
Cukuplah...
Usahlah kau menitis demi sesuatu yang tidak pasti
Titisan airmata itu hanya layak di hadapan Tuhan
Untuk menyesali dosa-dosa lalu

Wahai wajah
Usahlah kau hiasi dirimu dengan titisan air mata
Usahlah kau lakarkan dirimu dengan kemurungan
Hiasilah dirimu dengan warna-warna keindahan
Sinarilah dirimu dengan cahaya kebahagiaan

Wahai diri
Usahlah mengharapkan sesuatu yang tidak pasti
Usahlah kau selubungi dirimu dengan masa depan yang tiada kepastian
Sesungguhnya masa hadapanmu hanya Tuhan yang Maha Mengetahuinya
Bersabarlah
Akan ada bahagia sesudah derita


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Apabila hati mula berbicara
mengungkap rahsia hati
sesungguhnya rahsia hati tak siapa yang tahu...

Tuesday, November 23, 2004

open house

\(WELCOME BACK)/

Assalamualaikum..salam Aidilfitri semua..
Hish, bersepah sket umah(blog) aku ni..maklumler balik kampung 10 hari..So, mcm mana ngan hari raya korang?
Aku biasa jek.. boring..maklumler dah beso ni... betullah orang kata, raya ni untuk bebudak jek,uran tua just raikan diorang jek...
Hari raya aku tak ke mana, dok umah jek.. masa mlm raya pertama ngan kedua paling memboringkan..aku dok umah berdua jek ngan mak aku..kakak aku balik umah mak mentua dia, abang aku pon sama.. so tinggallah aku ngan mak aku ngan kucin2 aku ngan ikan aku si Nemo tuh (aku tak citer aku ada sekor ikan guan (haruan) nama dia Nemo).Boringnyer Tuhan je tau..tgk tv pon bukan ada citer best.. citer mengarut banyak ler. Kucin2 aku plak time tulah dia nak tido..sumer tido..aku nak kaco pun tak sampai hati. Eh..korang..aku lupa nak cakap..kucing aku si Jempang baru melahirkan anak ..4 ekor lagik..cumel -cumel... so kucing aku ada 9 ekor sumernye..ehehe..
Hari raya ke tiga barulah member aku si Ani datang umah aku ngan anak2 dia, pastu barulah aku ngekot dia p beraya umah Siah ngan Mala.. Hari raya ke 4 baru aku p beraya umah makcik2 aku..tu pon yg kat sebelah umah..dahsyat tol sebelah umah pon raya ke4 baru p..mana taknya nak nunggu kakak aku balik dr beraya, kiterang yg tak beraya. Pakcik2 makcik2 ngan sepupu sepapat aku pun pas tu baru dtg umah aku..
Pastu kan yang aku tak puas ati kat diorang nih,time aku nak berangkat balik baru ar memasing nak buat open house.. geram btul.Every year mcm tu..time aku dah siap bungkus kain baju sumer br ar call ngajak p open house diorang..kalau aku tatau
takper..ni aku plak yg jadik tukang inform kat sedara mara aku sumer..mana aci camnih.. hesh.. marah tolll. huh..
Ukes ar malas nak citer pasal open house.Nak ucap tahniah pada Mala sbb dah jadik tunang orang hari Sabtu ari tuh.. Tahniah Mala.. dah sampai seru ko ek..so tinggal Nisah,Siah ngan aku jek.Tp depa berdua tu tak lama lagik sampai seru..aku?

Emm..tatau nak citer apa lagik, sbb sumernyer bende yang membusankan. Takyah tulis ar ,sat gik sapa baca dia jadik busan.
Errr..takder sapa buat open house ker? ngajak ar aku sama..

SELAMAT BER OPEN HOUSE SEMUA!!!

Tuesday, November 09, 2004

sayoonara

\(SAYOONARA)/

Assalamualaikum..
Huhu ..smalam merupakan hari terakhir kelas projek. Maknanya kami semua dah habis kelas..tinggal nak hantar report jek.. aiyak, nak kena buat report plak..malasnyeeee..
Semalam juga merupakan hari terakhir kami semua kat kelas.. tak tau lagik bile boleh berkumpul balik dengan classmate ..
Takkan kedengaran lagi suara merdu OBK mengganggu setiap orang dalam kelas tuh, takkan kedengaran lagik suara Tan buat lawak,takkan kedengaran lagik kata-kata jujur dari OBK yang mengutuk aku. Walau pun kiterang ni asyik bergaduh jek, tp tak simpan dalam hati..sebab tu semua gurauan semata-mata.. kalau tak bergurau tak bestlah kelas tu,sunyi sepi.. lagi pun si OBK tu suka sangat mengganggu hidup aku dgn kata2 jujur "maafkan saya kerana berterus terang".. ayat ni dia akan lafazkan lepas mengutuk aku,ngutuk kaw-kaw punyer.. biarlah nak kutuk,aku pun tak kisah.. lagik pun "budak kecik"ni nak kacao sapa lagik kalau bukan aku dan sasaran utama dia ialah seuran aku ni...kalau aku tak layan, mulalah dia kacau budak2 lain..Farah, Ju, Jiha, Kat... pas tu ayat2 yang dia gunakan untuk mengganggu orang lain ni kadang2 benda yang kiterang tak pernah terfikir tp logik..tp mamat cina sorang ni memang lawak.. walau pon dia ni merupakan pelawak dalam kelas SE3 tu,tp kerja smart.. tu yang bagusnyer dia nih..
Huwaaa ...aku tak tau dah bila lagik kiterang nak mcm dulu,jumpa ramai2..bergelak ketawa bersama2,berpening-peningan bersama2 dengan projek...
Aku rasa kat sinilah aku terasa aku ada classmate, sbb dulu2 aku tak rasa aku ada classmate.. masa kat UUM dulu tu aku rasa walaupon dlm kelas yang besar dan ramai student tp aku rasa aku suran suran jek dlm kelas tuh...sedey ooo..aku bawak diri sendirik jek..bukan takder kawan tp kawan gitu2 jek..sekadar ckp hai hai jek..pastuh kalau ada projek group brlah join..pas abis projek tu mmg masing2 dah tak kenal dah.. aku tatau ar dulu masa alam kampus aku nih lone ranger... aku takder kawan rapat yang sama course.. kalau ada pun Nora jek ngan geng2 PALAPES dia tuh..itu pun aku kenal diaorang masa dah last2 sem..masa awal2 sem, mmg aku tak berkawan ngan course mate aku.. kalau ada kawan pon dgn kengkawan dan roomate aku yang dah ke mana menghilang skrang nih.. Yati,Ieda,Kak Ly,Kak Isza,Kak Has,Linie,Miza,Kak Cik,Kak Long,Kak Mie..
Hmmm..hidup aku tak mencabar masa alam kampus..lebih2 lagik masa aku jadik Felo dulu.. p sekolah suran2,p Alor Star suran2, makan kat kafe suran2,makan kat LEGO suran2, p library suran2, p Mall suran2, p kedai buku suran2, p masjid suran2, p HEP, HEA suran2, p exam siang malam pun suran2...p tasik pun kekadang suran2..tido pun suran2...
Gitu ler idup aku dulu..kekawan aku kekadang ada gak menjenguk tp kekadang jek ar.. korang rasa busan tak bila aku criter nih? aku yang menceritakan ni pun busan..
Tp bila aku ikut kelas SE3 ni, masuk2 jek aku dah terkena cultural shock..mana taknyer dlm kelas tu ada 20 orang ..5 orang jek pompuan..aiyak..aku tak pernah alami cenggini punyer dasat..dr skolah tadika sampai masuk U pelajar perempuan memonopoli kelas..tp bila masuk training centre nih terbalik jadiknya..memula dulu aku mmg tak selesa... dah lah tu masyarakat majmuk plak tu..melayu,cina,india dan bumiputera. Tp makin lama dok kat kelas tu makin best plak sbb kami dalam kelas tu "dipaksa" saling berkenal-kenalan dan tolong menolong..ehehehe..tu yg aku tiba2 bertukar watak tu..tp pergaulan kami tetap dibatasi nilai2 agama. Huwaaa ... rindu kat kelas SE3!!! tp nak buat mcm mana..hidup musti di teruskan...

Sakuraku---
Thanks to Fiena...Selamat Datang Fiena.
Buat JK dan Bala (my classmate)..sorry..kami semua tak dpt datang 11/11 ni..saya dah balik kampung..terima kasih atas jemputan tu.

Sunday, November 07, 2004

version 2

\(Persiapan Raya version 2.0)/

Assalamualaikum...
Erm.. persiapan raya? kalau ikut aku udah lah kot..baju2 sumer udah cukup,so takder apa lagik dah.. aku raye2 cam ni aku simple jek,mcm hari biasa..bukan aku p beraya pong,aku dok umah jek tunggu uran datang..pahtu tempat aku kat dapo jek..uran sudah balik aku stat kijer aku ...apalagik..basuh pingganlah...takkan basuh pinggan pakai baju lawo-lawo... lagik pun sapa lagik nak diharap basuh pinggan,kemas umah sumer kalu bukan anak mak aku yang bongsu nih... takkan aku nak soh mak aku kot..aku udah kata, kalu aku ada kat umah, tempat mak aku bukan di dapur... mak kena relaks jek.. budak2 bertiga tu pon biar aku gak yang uruskan (ehehehehe..naik tanduk)..
Aiyak..tinggal barang2 kuih lom beli.. erm balik kampung ar baru beli.. beshnyer...
Er..selalunya kalu musim2 raya ni sinonim ngan mercun atau bunga api.. aku tak ketinggalan..tu bende wajib tuh.. ehehehe..
dulu masa arwah abang aku ada, dialah pembekal bunga api ngan mercun kat kiterang.. aku biasalah bunga api pilihan aku ialah
bunga api cap kucing..ala yang cantik tuh.. biasalah pada aku kalau ada gambo atau nama berasaskan kucing ni musti cantik punyer.Termasuk ar Alleycats..ikikiki
Pastu dulu aku ingat gik masa abang aku tgh terlantar sakit lumpuh dulu tu.. kiterang stay kat umah nenek kitaorang masa tuh, so sambut raya kat rumah nenek ar.. arwah abang aku ni dah memang peel dia kalu raya musti beli mercun ngan bunga api.. aku
mercun mercun ni aku takut sket.Walaupon aku ni manusia dalam kategori ganas lagik macho tp maintain ayu,tp aku tak suka pada keganasan ni...main mercun tuh pon kire ganas..masa tu arwah abang aku nak main mercun roket tuh tp susah,sbb dia terbaring jek atas katil..mana bleh main..so dia suruh aku main mercun tuh.. aku mmg tak mo...takut...tp mak aku suruh gak (sporting gile mak aku nih)..
Aku ni mmg dr kecik2 dulu takut ngan mercun tuh.. pas tu arwah abang aku ngajo.. boh kat dlm botol bg gempak sket pahtu aku buat ar..tu dia masa nak cucuh api tuh, sket punye panjang surat kabo yang di bako tuh..berdiri pon jauh gile..abang aku gelak
jek dr jauh.. pahtu apa lagik..bergemalah alam maya ngan bunyi letupan mercun aku tuh... fuhhh..takut nyer..takut jek urang2
kat kubur tu bangun sbb terperanjat..kehkehkeh (gurau jek), sbb blakang umah nenek aku tuh kubur.
Pastu abang aku ajo lagi teknik lain main mercun..dia soh pacakkan mercun roket tu kat tanah..aku pon,sebagai adik yang
baik,aku turut jek cakap dia... aku pun pacakkan le..pahtu cucuh api.. pastu terjadi lah insiden di mana mercun tak naik atas
macam roket.. mercun tu p kejor aku... mercun tu terbang kat aku... kelam kabut aku lari menyelamatkan diri sambil menjerit..mercun tu meletup dekat ngan aku pulak tuh.. fuh nasib baik tak apa-apa... dah lah masa tu aku cukup ayu berbaju kurung bertudung litup... huwaaa.... takutnyer..arwah abang aku
gelakkan jek...
Nasib baik masa kejadian tu takder orang-orang kampung yang lalu depan rumah...huh..itulah insiden ngeri seuran aku ngan mercun di pagi raya.
Tapi kan best apa main mercun..kalau sepupu sepapat aku datang lagik ler meriah..kalau sepupu2 ngan anak2 sedara aku yang lelaki datang umah, memang meriah ler.. meletup sana meletup sini.. kiterang yang pompuan ayu ni pon ngikut skali..tp main bunga api jek lah..main bunga api cap kucing.. jom pegi beli.

Thursday, November 04, 2004

version1.0

\(MENJELANG AIDILFITRI version 1.0)/

Assalamualaikum..
Pekabo? poser tak? sapa tak poser tu memang nak kena tarik telinga (ehehehe..mcm ckp ngan anak2 sedara aku).Semalam aku dapat kad raya yang pertama untuk taun ni.. tp budaknya aku tak kenal sgt,yg aku tau budak GRS gak. Budak kelas AE. Sebenarnya dia nak bg Farah jek kad raya,pah tu takut hosmet Farah yang 2 uran nih kicik ati,so dia bg gak ar..lawak jek...dia tak pernah wat salah kat aku tetiba mintak mahap..wakakaka..tp takper..ada gak kad raya..tp yg beshnyer smalam budak tu bg Farah Kad Deepavali..hensem lg gambo hero tuh..aduh!! nak pecah perut aku ketawa..siap ada subtitle lagik tuh kat bawah tulisan tamil tuh..
Eheh.. kad raya br je tulis..tp blom pos gik..rasanya taun nih aku tak eksaitet
sangat mengirim kad raya..pakcik,makcik ngan sepupu kembar aku kat Sabah tu aku tak bg pun,slalunya tetiap taun wajib bagik,taun nih aku malas lah plak lagik pun hujung taun ni dia dah balik menetap kat Pontian dah. So tak yah ar ek... Memandangkan aku nih tak ramai kawan..so kad tu tak banyak, sket jek..maklumler uran cam aku ni sapa nak kawan..kat UUM dulu pon
hidup sebatang kara, takder kawan.Tp Alhamdulillah ada juga makcik Sarah nak amik
aku jd anak angkat dia,walaupon badan aku nih cumel tp ada juga uran sanggup nak
mengangkat aku..keh keh keh..
Persiapan raya
Persiapan raya aku taun ni sama jek ngan taun2 lepas. Takder apa yg besh,cuma taun
ni budget aku lebih pada anak sedara aku yang baru tuh..Nur Insyirah Alwani Binti Januar,
ehehehe..maklumler anak sedara pompuan yang first,so kalu p shopping tu aku pantang
tgk aksesori bebudak pompuan.. sampaikan sepit rambut si Shirah tu dah berapa banyak dah,ari tuh jek aku belikan dia sepit rambut berbulu riang kat dia.Anak2 sedara aku
yang hero2 tuh,aku tatau nak belikan apa..takkan nak beli pistol kot..mmg nak kena tarik tlinger..udah tu aku nak beli apa? dulu aku slalu gak belikan depa baju
..tp baju depa udah berlambak, pahtu udah tak bleh bli baju aku belikan depa buku
plak.."apa lah..tak pandai baca lg udah belikan buku"--ni ayat kakak aku.. dah tu
aku tatau nk belikan depa apa..lainlah kalu budak pompuan,byk bende bleh beli..erm..nak belikan diorang ni apa ar?
Kuih plak,aku rasa taun ni aku tak beli kuih kot, nak buat senirik,sambil2 blajo kan.. kakak aku tu lain ar, kuih tunjuk jek tetiap taun. Taun ni aku nak try buat beskut plak,selalu tu aku buat kek jek.. hmm tu pon masuk budget tuh. Mak aku mmg bersara dah buat kuih,nak soh anak2 dia plak buat kuih raya.
Shahdunya baca blog Epol.. tp nak wat cemana, tanggungjawab kena laksanakan.. takpa Pol aku paham kijer ko tuh.... yang penting buat kerja hati kena iklas..(nasihat
untuk aku gaks)
Buat Ariep..sabar.. Allah dah tentukan rezeki masing2.. yang penting kena usaha,
tawakal dan bersabar..tak rugi jadik uran sabo nih.

Sakuraku---
sedihnya dengar lagu Dendang Perantau..ak utak sanggup nak boh lagu tu kat blog aku ni

mlm lailatul qadar

\(PETUA CARI MALAM LAILATUL QADAR)/

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA)
ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR
(HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA> '> UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

> JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I) AHAD ATAU RABU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN
II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;
III) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;
IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;
V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.
Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 27 ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 9 hb November 2004.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadar ialah :
1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

Wednesday, November 03, 2004

2/11

\(2/11/1973-13/12/2001)/

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu

(lirik lagu Kau Sahabat Kau Teman--Hijjaz)

Assalamualaikum.. lm aku tak menulis kan?..
hari ni 2/11..erm.. apa yg aku nak tulis kali ni maybe criter sedih lagik..
Hari ni kalau nak diikutkan hari ulangtahun kelahiran arwah abang aku...
aku tak nak tulis panjang sbb nnt aku sedih lagik... aku tak mo nangis lagik..tp ni pun aku tgh nangis..harap2 takder orang perasan..
Aku terima ketentuan Allah... Segala2nya Allah yang tentukan..
Aku sayangkan dia,family aku sayangkan dia,tp Allah lbh sayangkan dia...
Semoga Allah tempatkan dia dikalangan hambanya yang beriman...Amin..

Al-Fatihah buat Allahyarham Zaizul B. A.Hamid.

Thursday, October 28, 2004

kucing kiut

\(RINTIHAN BOHSIA SUCI)/

Assalamualaikum...ada masa bacalah..rugi tak baca ..best..
Aku dpt criter ni melalui email yang di forwardkan pada aku..selamat membaca..

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Hari panas terik. Suasana Section 2 mula lengang semenjak semalam. Memang begitulah selalunya. Mana-mana student ITM yang tiada kelas pada hari sabtu, selalunya akan balik kekampung pada hari semalam. Cuma mereka yang ada kelas saja akan tinggal terus di sini. Itupun tak banyak bilangannya. Dalam pada manusia lain sibuk menguruskan daki-daki dunia, kelihatan dua kujur tubuh sedang cuba menyelesaikan persengketaan yang membelenggui mereka. Terjahan sang mentari seolah-olah tidak dirasakan
oleh mereka. Bagi mereka persengketaan ini harus diselesaikan dengan segera demi masa depan perhubungan mereka....

"Kau suka hidup macam ni barangkali. Berpeleseran dengan budak takde masa depan. Bergaul dengan mamat yang tak pernah kau kenal. Keluar dengan semua jantan yang kau sendiri tak tahu asal-usulnya. Aku dah mati akal mengenangkan kau ni, kau tahu tak?!! Hei Katy! Apa lagi yang kau nak ha?!! Apa lagi yang kau tak dapat daripada aku?!!!" Black menggeleng-gelengkan kepalanya beberapakali sambil tangan depannya menyapu muka. Hampa sungguh rasanya dengan apa yang telah Katy lakukan.

"Kau silap Black. Tak semua orang yang kau nampak tu jahat perangainya. Kau belum pernah kuar ngan diorang macamana kau nak tahu. Aku yang lepak ngan diorang hari-hari, aku tahulah parangai diorang macamana. Kau jangan buruk sangka ngan semua orang Black. tak baik tahu?" Giliran Katy pula bersuara. Baginya dia harus menegakkan apa yang dirasakan benar.
Dikiri kanan jalan orang ramai lalu-lalang tanpa sedikitpun menghiraukan apa yang mereka perdebatkan. Mungkin suasana begini sudah tidak asing lagi kepada mereka. Heh! Section 2. apalah yang nak dihairankan..?

"But*h kau!!! Kau biarkan jantan-jantan s*ndal tu peluk kau, raba seluruh badan kau, usik itu, usik ini, cium sampai tak mau-mau,macam tu kau kata baik?!! Aku saja tak cukup ker?!" Jerit Black sedikit kuat. Serba-salah Katy dibuatnya. Kepalanya memerhatikan sekeliling. Mujur orang tak perasan. Memang melampau kau Black!

"Dah memang macam tu cara diorang luahkan kasih-sayang diorang pada aku. aku nak buat macamana? Takkan aku nak 'bite' sekor-sekor pulak? Kau faham la sikit keadaan aku Black." Muka Katy dah mula berubah. Sedih mengenangkan nasibnya yang hidup merempat sejak ibunya menghilangkan diri.Tunduk saja mukanya. Dia tahu kata-katanya itu hanya membangkitkan lagi kemarahan Black. Ternyata apa yang diduganya itu benar. Kalau bukan
kerana tempat awam, mungkin dah lama dia meraung sekuat-kuat hatinya.

"Kasih-sayang.. Kasih sayang kepala hotak bapak kau!! Senangnya kau cakap? Betina apa kau ni ha?! Sundal!! Lepas ni aku nak kau berambus dan jangan jenguk-jenguk dalam kawasan aku lagi. Tak kuasa aku nak support kau lagi. Pegi la kau menagih kat jantan-jantan yang kau kata baik tu.Kau paham?!!" Black memusingkan badannya lantas mengatur langkah tanpa sedikitpun menoleh kebelakang. Langkah laksana seorang laksamana rimba yang tak pernah kenal erti gentar.

Dibelakang kelihatan Katy tersedu-sedu menahan tangisan. Tak pernah seumur hidupnya dia dicemuh sampai sebegini rupa. Sejak ibunya tiada,hidupnya memang merempat . Benar-benar mengharapkan perhatian jantan-jantan tu semua untuk berlindung. Mujurlah dia ada pakej paras rupa.Kalau tidak, dah lama dia mati kebulur. Buruk sangatkah apa yang telah dia lakukan? Jahat sangat ker apa yang dah dia buat? Kenapa Black tak pernah nak terima hakikat ini? Katy cuba mengesat airmatanya dari terus keluar. Dia tak mahu ada orang tahu kesedihan yang menimpanya ketika itu. Biarlah segalanya di tanggung sendiri. Mungkin inilah dugaan
yang harus ditempuhinya. Hidupnya kini sebatang kara. Dalam masa yang sama kelihatan kanak-kanak berlari keluar dari pengkarangan sekolah menengah section 2 menuju kearah bus stand dimana Katy duduk.
Budak dah habis sekolah. Mesti dah dekat pukul satu ni. kejap lagi bebudak ITM balik. Bisik hati Katy. Dia memang hilang arah betul kini. Dalam hatinya dia berdoa agar ada orang yang masih sudi memberikan perhatian kepadanya dan mengajaknya pulang kerumah. Dapatlah dia mengorat demi mendapatkan sedikit makanan dan tempat untuk berlindung dari panahan terik mentari. Kata-kata Back sebentar tadi masih terngiang-ngiang di cuping telinganya. Sampai hati kau buat aku macam ni Black. selama ni aku serahkan segala jiwa raga aku pada kau. dan akhirnya ini balasan kau pada aku. Barangkali kau dah pun menjumpai betina yang jauh lebih 'raa' dari aku. Hati Katy terus merintis.
Sekali-sekala kepalanya tunduk menyembunyikan tangisan.

"Eh! Gebunya minah ni..cute lak tu." Katy menahan senyuman. Orang yang ditunggu-tunggunya sudahpun menunjukkan batang hidung. Student part 04 Fine Metal ini memang sudah lama dia kenali. Tapi selama ini dia hanya mampu memerhatikan dari jauh. Ah! Siapa yang tak kenal Zaki. Cerita tentang kemachoan hati Zaki sudah lama tersebar di section dua. Sudah lama menjadi buat mulut kawan-kawannya. Barangkali juga lelaki separti inilah yang paling dibenci oleh Black!
Zaki mula merapati Kathy. Hati Kathy berdebar-debar menunggu reaksi Zaki selanjutnya. Tangan Zaki mula merayap-rayap ke dagu Kathy. Kathy sengaja tunduk-tunduk malu. Zaki mula mengusik -ngusik rambut Kathy sambil mulutnya tak berhenti-henti memuji ke'cun'an Kathy. Melihatkan respon Kathy yang lampu hijau tu.Selamba Zaki merangkul Katy tanpa menghiraukan pelajar sekolah menengah yang lepak di bus stand itu. Selamba juga Katy
membiarkan dirinya dipeluk oleh Zaki dan kononnya malu-malu kucing.
Seolah-olah perlakuan sedemikian memang tidak asing lagi pada manusia hari ini. "Ikut aku balik rumah, nak? Rumah aku line clear..Aku tinggal dua orang je. Tak de sape akan ganggu kau. Kau selamat dengan aku. Boleh? " tanya Zaki seakan merayu. Namun pertanyaan itu tidak terus di jawab oleh Katy.
Dia hanya tersipu-sipu malu sambil mengerling manja kearah Zaki. Walhal itulah yang diidam-idamkan olehnya. Lepas ni mesti dapat 'makan sedap' . Bisik hati Katy..Zaki mengatur langkahnya menuju kerumah yang tidak sampai sepuntung rokok itu. Tatkala kakinya cuba melangkah masuk kedengaran suara abang Rosli menyapa dari belakang.

"Anak kucing mana pulak yang kau kutip tu Zaki?!!"

Tuesday, October 26, 2004

sabarlah

\(SABARLAH)/


Ila,ayah bert br jer meninggal.Hadiahkan fatihah.
Sender:
Kak Sue
Sent:
25-Oct-2004
01:03:06


Innalillahi wainna ilaihi raajiuunn...
Aku terbaca mesej ni masa aku terbangun subuh tadik. Ya Allah.. sabarlah Bert menempuh dugaan demi dugaan di bulan mulia ini.. banyak kejadian dah menimpa dia.. bermula dengan kakak dia yang sakit selepas melahirkan, diikuti kehilangan AEK 561 nya sewaktu awal Ramadhan, dan yang lebih menyedihkan pemergian
ayah yang dikasihinya di Bulan Ramadhan juga.. sabarlah Bert..ini dugaan Allah.. tabahlah menghadapinya.
Titisan airmata membasahi pipi ini di subuh hari. Bila
mengenangkan peristiwa yang berlaku pada kawan aku merangkap housemate aku.
Aku pernah alami benda ni semuanya. Aku kehilangan abah sewaktu aku masih kecik lagik..di waktu2 aku masih memerlukan kasih sayang seorang abah. Abah aku meninggal pada 09021991. Masa tu aku br darjah 5. Lepas abah meninggal jek hidup kami sekeluarga mula berubah.. untuk teruskan kehidupan emak terpaksa keluar bekerja. Bayangkan emak aku yang selama ni jadi surirumah sepenuh masa, tiba2 kena keluar bekerja. Mula2 tu emak ambik upah jek buat kerja2 kampung, yelah masa tu emak mana tau nak kerja kilang..emak dulu mana lah sekolah, so dia takut nak cuba. Kadang2 aku pon akan ikut mak p kerja. Kehidupan aku masa kecik2 tak macam budak2 lain yang sama umur ngan aku masa dulu.
Masa cuti skolah kawan2 aku dok umah main, yelah budak2kan, mustilah main jek kerjanya, tapi zaman kanak2 aku, aku habiskan masa tolong mak aku. Kekadang aku tolong nenek aku, dapatlah upah sket.At least aku bleh ringankan beban mak aku.
Walaupon lepas pemergian abah hidup kami tak mcm dulu, tp mak tetap tabah.Aku tak pernah tengok mak nangis. Dia wanita hebat. Dia selalu nasihatkan aku supaya jadik orang yang bersyukur dan bersabar dengan dugaan Tuhan. Mak slalu cakap walaupon kite hidup susah tp ada lagik uran lain yang lebih susah.
Adus... aku tak bleh terus criterkan riwayat hidup aku yang lalu, air mata ni asyik mengalir jek.. malu ar uran kat opis tgk...mata bengkak..
Bulan Ramadhan ni jugak mengingatkan aku pemergian Abang kesayangan aku kembali ke pangkuan Ilahi. Masa tu 13122001. Bersamaan 28 Ramadhan. Masa tu kebetulan kiterang sumer nak balik kampung. Aku trime panggilan dr kakak aku. Akak aku kata Abang aku meninggal masa azan maghrib malam jumaat. Aku tatau nak buat apa masa tu.Perasaan aku masa tu Allah je yang tau.Sepanjang perjalanan tu aku hanya mampu berdoa semoga aku sempat jumpa jasad dia buat kali terakhir.. Sepanjang 12 jam
dalam perjalanan tu aku tak tentu arah.. kawan2 aku, Kak Izzah,Kak Has yang tenangkan aku (kat sini lah bermulanya detik perkenalan aku ngan seseorang, yang aku tak nak ingat dah).Macam2 halangan yang aku hadapi sepanjang nak balik ke Johor dari UUM tu yang aku tak mampu nak criterkan.. (air mata ini akan menitis lagik), tp Alhamdulillah, akhirnya doa aku dimakbulkan,aku sempat jumpa dengan abang aku walaupun hanya jasad saja yang terbaring kaku.
Ya Allah, aku tak mampu lagik nak teruskan. Air mata ini makin menitis laju.. sorry.

Saturday, October 23, 2004

kiciknye ati

\(KECIK ATI)/

Assalamualaikum...
huwaaa... tgk entry aku tuh.. kekecilan hati sedang berlaku dalam organ tubuh aku nih.., takper lah aku kecik ati pon sapa peduli..takder sapa kesah pon,paling2 aku yang tanggung sensorang... ala iela, macamlah tak biasa kecik ati..
Bagaimana bisa ku coretkan dan kugambarkan perasaan aku. waduh waduh.. sukar sekali sih.. ..
hmm..takper lah nak buat cemana..sabo jeklah.. m(_ _)m

Friday, October 22, 2004

bulan puasa

\(Bulan puasa,bulan biasa)/
Assalamualaikum...
21 October 2004, 7 Ramadhan 1425... 7 hari di bulan ramadhan (lbh glemer sebagai bulan puasa)...
Selalunya selain bulan puasa ni,waktu makan kite berbeza... tp bila tiba bulan puasa ni waktu makan semua org islam sama jek... bila dgr jek azan masing2 mula makan... berbanding dengan bulan-bulan biasa.. ikut suka jek nak mengunyah... sambil kerje pon buleh mengunyah...lps tu tengahari jek sumer orang dlm ofis menghilangkan diri pergi carik makanan... berbanding bulan puasa nih..sumernye stay kat ofis..tak pon ada yang rajin p surau... p tidor lah tuh....
Waktu bangun pagi pon dah lain...jd baek sikit..bangun awal,sediakan makanan untuk bersahur.Kalau bulan2 biasa.. dgr azan masih boleh tarik selimut... tp aku rasa aku semakin baek plak bila bulan puasa..yek ar..bangun pukul 4 lebih.. prepare sahur...pahtu kalau dtg baek aku mmg aku tak tido dah pahtu.
Sembahyang subuh pon di awal waktu..lepas orang azan jek terus solat subuh... pahtu buatler apa yang patut untuk bekalan di "sana". Yek ar bulan2 biasa mana ada waktu selama bulan puasa nih..itulah hikmah di datangkan bulan ramadhan nih ek...rasa mcm banyak masa untuk diri sendirik.


Erm.. selalu kalau bulan puasa nih.. mak aku tak masak tengahari kat umah..yek ar bulan puasa,sapa nak makan... sian kucing2 aku tuh..aktiviti kucing2 aku pon turut berbeza.Kucing2 aku tuh pon turut berpuasa... macam tau2 jek dia bila tiba bulan ramadhan nih org tak masak..dan mereka anak-beranak tak banyak kerenah.Selalunya kalau bulan biasa pantang jek, sikit-sikit mintak makan, sabo jeklah. Sampai tak larat nak bg makan dah kucing2 aku tuh,selagi tak dapat makan selagi tu lah dia akan kejar kiteorang, bergesel2 kat kiteorang nih.. nak tak nak terpaksalah bg makan kan..
Kucing2 aku ni bulan puasa dia paham..masa sahur tu lah Onggek dan anak2 berserta cucu2nya akan bangun jugak.. nak bersahur..selalu tuh..huh..selagi tak kejut bangun pagi selagi tulah dia tak bangun dr katil aku tuh (katil aku sekarang dah jadik hak milik onggek anak beranak)..pastu siang2 dia melepak lah..baring jek.. kurang dah aktiviti luar, selalunya mereka ni jarang berada di rumah..asyik outstation jek.. bila lapo br balik..tp bulan puasa ni depa tido jek.. puasalah katakan.. pahtu bila time berbuka jek semua dah tertongok kat tepi tudung saji... time tulah mak aku bg depa mkn.. bijak bijak... tengok sedangkan kucing pon puasa, buat malu jek kat orang yang berakal tp tak puasa tuh.. baek korang insaf sebelom terlambat.
Atas tuh gambo kucing2 aku masa puasa (kenkonon gambo kucing aku lah,pinjam sat gambo,gambo kucing2 aku takder )

Thursday, October 21, 2004

diari ramadhan


\(DIARI RAMADHAN)/

4.00 pagi - Bangun
Berdoalah kepada ALLAH dengan doa :
"Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan".
Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak mungkin kebaikan pada hari itu.
Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi - Solat Sunat
Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku solatsunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun.
Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah dan menyesali segala dosa.
- Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku solatsunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.Selepas sembahyang, berdoalah kepada ALLAH.

- Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku solatsunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.
Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali.Ketika sujud terakhir baca 11 kali, "Laillahailla anta subhanakainni
kuntuminaz zolimin" dan sertakan di dalam hati segala hajat kita.
- Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku solatsunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan solatwitir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, mohon agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita dan amalan
kita, serta memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi - Bersahur

5.30 pagi - Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau
berselawat. Solatsunat Subuh, solatSubuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar
solatatau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi - Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh
bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan
yang kita buat.
10.00 pagi - SolatSunat Dhuha
Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : "Sahaja aku solatsunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala".
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg
sia-sia.
Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang,
bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim
mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.
12.45 tgh. - Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersolatdengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai
solatsunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg. memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg. - Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.Bersujud syukurlah setelah selesai solatsunat dan wirid sebagai berterima
kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg. - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur. Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg - Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa.Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka
dapat hanya lapar dan dahaga", mohonlah kepada ALLAH agar amalan kita diterima.
Apabila masuk watu Magrib, Bacalah doa dan berbuka :
"Ya ALLAH , Ya Tuhanku , kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah
aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka".
Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air,
terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan
berat.

8.00 mlm. - Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana
fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk,seelok-eloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang
baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm. - Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : "Sahaja aku berpuasa hari esok
untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku, tahun ini kerana ALLAH Taala". (JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :
"Dengan namaMU Ya ALLAH, aku hidup dan mati".
Ingatlah tidur adalah mati yg. sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH
ketika tidur.

Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga segala amalan kita diterima dan
diberkhati ALLAH. InsyaALLAH
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Kalau aku dah copy paste artikel ,tu maknanya aku dah kekeringan idea...tp artikel ni best jugak... ada sesetengah tu jek yang aku boleh ikut... yang lain tu kalau boleh diusahakan... diusahakanlah.. semoga aku akan mendapat petunjuk yang benar..Amin..
Tata.. \(^*^)/


Wednesday, October 20, 2004

aiman

\(Aiman Oh Aiman)/

Assalamualaikum..
Apa kabo? sihat? salam ceria salam sayang dari sakuraku untuk sumer pengunjung setia blog ni.. puasa tak ari ni? jgn ponteng puasa..nanti tokleh raya...
Aku nak mulakan dengan laporan pemantauan jarak jauh aku ngan anak-anak sedara aku yang tersayang tuh... semalam petang aku call umah, Daniel yang angkat phone.. suara ceria jek..aku dah mula pelik..

Usu nyer: Abang puasa tak nih?
Daniel : puasa lah usu, dah 4 hari dah (huiyoo, menghitung hari betul dia), Adek tak puasa usu..dia makan kat sekolah tadika tadik.(Ayat berbaur tak puas hati)
Usu nyer : haik? tak puasa ke? takperlah adek kan dah puasa 1 hari semalam....lagipon adek kecik lagik, tak apa..Abang penat tak puasa nih?
Daniel : taklah usu... biasa je...
Usu nyer: ok..good.. panggil emak..


Pahtu aku pon berbual ngan mak aku..mak kata Aiman makan kat sekolah dia tadik,pahtu mak tanya kenapa makan kat sekolah..dia boleh kata "ala, kat sekolah makanlah dulu,nanti balik umah baru puasa"..Ya Allah, tergelak aku mak citer camtuh..Aiman Oh Aiman... mengapa jadik begitu..siaplah,musti kena lecture ngan mama dia bila mama dia balik.. aku nak cakap ngan dia, dia plak takmo..takut kena lecture ngan aku lah tu...
Ehehe..merekalah penghibur hati kami sekeluarga... tgk perangai sorang-sorang..kekadang tergelak,kekadang geram.. itulah ragam budak-budak..
Ish..korang udah beli baju raya ka? aku baru beli subuh tadik..huiyoo..beli baju raya subuh2 tuh,takpa..sejuk sket bila pakainya.. ala..tuan umah aku br balik dr kelantan pagi tadik, so kami bertiga pon beli ler kain tuh,nak buat baju raya ler kenkononnya.. cantik gak..aku pilih kain kaler gold..huiyyooo..bergemerlapan ler aku raya nih... Farah beli
kain sutera kaler purple, ju plak beli 2 helai kain sutera tuh,kaler purple ngan peach...
tp kain jeklah.. nak jahitnya satuhal.. takperlah bawak balik kampung mintak tolong mak jahitkan lah.. actually..mak aku kata kakak aku dah belikan kain utk aku.. merah lagi ha... erm..takper ar... rezeki jgn ditolak..kasut raya pon awal2 lagik kakak aku dah belikan,aku dah pakai pon.. tu jeklah kot yang kakak aku sponsorkan..yang lain2 plak aku yang kena sponsor sendirik..
Ish aku ni udah beso pun nak suruh orang sponsor lagik..takpa..ala kakak aku tuh kalau dia tak sponsor aku sapa lagik yang dia nak sponsor..dia mana ada adik lain selain aku nih.. adik tersayang lah katakan.. itulah untung nya jadik puteri bongsu nih..hehehe..

Sayoonara... \(^o^)/

Tuesday, October 19, 2004

daniel

\(WAHAI ANAK SAUDARAKU)/

Assalamualaikum...
Alhamdulillah,dah masuk 4 hari kita berpuasa kan...maksudnya masuk hari ni InsyaAllah, kalau iman anak sedara aku kuat,4 hari jugak anak sedara aku si Daniel tu berpuasa. Semalam call emak, aku seperti biasa akan memantau anak sedara aku tuh..ehehehe...
Sebab sebelum masuk bulan puasa ari tuh aku cakap kat mak suruh Daniel puasa..kalau puasa sehari seringgit..huiyyooo... bukan apa... sbb aku tau dia ni liat sket nak puasa,taun lepas puas disuruh puasa tp tokleh gak sbb dia tak bleh tgk adek2 dia makan atau minum. Pukul 10 pagi dah nak makan.. so,sebagai langkah untuk melatih dia berpuasa aku cuba ar buat cenggitu...kiranya termotivasi sket dia nak puasa.. Tapi harap2 dia tak salah tafsir dengan apa yang aku buat nih.. harap2 dia tak berpuasa untuk dapat ganjaran jek...harap2 dia sedar kewajipan sebagai umat Islam.
Masa malam Ahad tuh si Daniel call aku.
Daniel :Usu, abang puasa su..
Usu nyer: ehehe..bagus bagus..good boy, berapa hari dah abang puasa nih
Daniel : Dah 2 hari lah su,tp Adek tak puasa su..
Usu nyer :takper lah Adek kecik lagik,Abang dah besar kena puasa
Daniel :Ye lah usu,Abang paham

Itulah lebih kurang perbualan aku ngan Daniel,Alhamdulillah tahan gak dia berpuasa.. Semalam sebelum waktu berbuka tuh aku call mak lagik, mak kata Daniel puasa, Aiman pun puasa,Alhamdulillah..adek pon puasa..tp mak kata biasalah puasa budak kecik.. asyik merengek jek.. nasib baek semalam mama diaorang ada.. so takder peluang ler si Aiman tu bukak puasa,sbb mama diorang ni garang..kalau mak aku, rasanya dah lama Aiman tuh bukak puasa,maklumler mak aku ni berjiwa lembut,tokleh dengar budak merengek sket.. macam aku dulu2 ar.. ehehehe..teringat plak kenangan berpuasa masa kecik2 dulu... balik sekolah terus buat muka letih... tp memang letih pun, yelah balik sekolah jalan kaki, jauh ooo... pahtu nak p sekolah agama lagik... pahtu manja2 sket kat mak,terus buleh bukak puasa..ekeke... tak kuat iman betul aku masa kecik2 dulu kan.. ish ish ish.. sbb tulah aku tamau anak2 sedara aku ikut jejak langkah aku masa kecik2 dulu...ahaks
Orang kata melentur buluh biar dari rebung..kang kalu rebung tuh dah jd buluh baru nak lentur, nanti patah...kan dah susah..
Apa-apa pun ALL THE BEST buat anak-anak sedara aku yang tersayang tuh.. ptg ni kena buat pemantauan jarak jauh lagi..nak bagi motivasi sket kat diaorang tu..

ops lupa...ari nih 18/10/2004..
Happy Besarday to Puan Arfah...yang ke 24..Semoga panjang umur murah rezeki... mmuuuaaahhhhh..

Saturday, October 16, 2004

\(SELAMAT BERPUASA)/

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA,BERSAMA-SAMA KITA MENGGANDAKAN AMALAN DI BULAN MULIA INI..INSYALLAH..
Hai, salam ceria salam sayang dariku untuk semua..ehehehe,
korang poser tak? sapa tak pose mmg nak kena rotan..muahahaha

Time kasih pada kengkawan yang anto sms semalam, termasuk ler
Epol dan kakak kesayangan aku.
Semalam first day terawikh kan? best ar Kak Sue dapat terawikh
kat masjid baru..aku gak yang semayang suran-suran..huhu

Sempena bulan pose ni aku nasihatkan pada diri aku dan korang
gak, buatler kebaikan banyak2 sementara ada kesempatan. Kita
tatau penghujung usia kita bila, sementara ada masa nih gandakan la
amal kebajikan.. chewah..mcm baek jek aku nih..takder,aku
sekadar mengingatkan diri aku nih,aku nih kekadang leka gak.So
mari ler kite bersama-sama mengingatkan antara satu sama laen.

Erm..itu sajelah entry untuk kali ni yek.. sebelum tu renung2kanlah ayat ini...

RASULULLAH saw bersabda maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu, tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.

Salam ceria salam sayang..SELAMAT BERBUKA PUASA...
Wassalam

Thursday, October 14, 2004

Ramadhan

\(RAMADHAN MENJELANG TIBA)/
In The Name of Allah......

Alhamdulillah, tak lama lagik nak pose...Alhamdulillah..InsyaAllah dapat lagik aku sambut Ramadhan nih..persiapan bulan Ramadhan ni aku dah beli dah.. persiapan untuk sahur pon dah ada... aku ni wajib sahur, kalau idak...mulalah aku ni jadik mamai, tak tentu hala...memandangkan rasanya kiterang takkan masak kat umah nih.. so aku kena buat juadah sahur yg sangat simple..just masak air panas dan tuang dlm mug campur ngan instant oat yang aku beli sebungkus tuh... harap2 buleh bertahan..Almaklumler.. perut aku nih mudah sgt mintak di isi..aku harap sempena bulan mulia ni, perut aku tak meragam.

"Adakah aku semakin jauh dari MU?
Adakah aku semakin alpa dengan duniawi?
Kenapa saban hari aku rasakan aku semakin jauh dari MU?
Aku rasa semakin hari aku semakin mementingkan dunia..
Semoga dengan kehadiran Ramadhan ini aku akan lebih hampir denganMU
Berilah petunjuk pada ku Ya Allah.."

Wednesday, October 13, 2004

tips

\(TIPS MENARIK)/
Anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau
sering rasa mengantuk.
Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah
tersebut...

HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
WARNA: MERAH


kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu
untuk mengurangkan rasa
sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya ,
letakkan tuala lembab
berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan
peredaran dan
melonjakkan adrenalin

MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
WARNA: BIRU


Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada
sesuatu yang berwarna
biru.Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya
dapat mengurangkan
tekanan
darah. Cuba ubah "screen saver" computer anda kepada
warna-warna yang dapat
membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa
tegang

ELAKKAN INSOMNIA
WARNA: MERAH JAMBU


Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang
selesa diwaktu malam, apa
kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda
dengan warna tersebut.
Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan
suasana santai dan
selesa. Suasana yang romantik... !

CERIAKAN MOOD ANDA
WARNA: JINGGA

Apabila anda merasa murung atau cuba untuk
mengembalikan tenaga anda,cuba
sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood
anda akan berubah.

LENYAPKAN KELETIHAN
WARNA: HIJAU


Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai
kesan positif dalam
sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana
harmoni di dalam badan
Selamat mencuba!

Tuesday, October 12, 2004

sibuk

\(Panass..naseb ada kipas)/

In the name of Allah...

Sangat busy nampaknya seurang aku hari ini.. belajo bende baru...pahtu tak paham... pah tu tempat kiterang tak der aircond..sangat panas oo..pahtu berbahang lagik tu...
Nasib baek lah ada kipas tmnet ni... kiranya kipas ni penyelamat aku ler kat sini... ehehehehe thanks kipas.. tanpamu panas ler diri seurang aku nih...
Thanks pada pemberi tu... huiyooo..dapat kipas aku... besh besh

Ish aku tak paham betoi bende alah nih... naik tensyen di buatnyer... takpa..slow slow... jgn kelam kabut...

Erk..Mr Ariep..aku hampir terlopa besarday ko... Hepi Belated Besarday ek..udah tuo ko ek..sama umor ngan aku dah...
Aku kebuntuan idea..pagi tadik idea berasap-asap... udah tengah ari nih... terus kering idea aku....
Ukes ar gtg now..
Sayoonara..MMMUUUUAAAHHHHH

Monday, October 11, 2004

musim demam

\(MUSIM DEMAM KOT)/

In the name of Allah...

Erm..sekarang ni musim demam dan selesema kot? Aku memang dah kena dah... walau pun aku ni selesema,di selangi ngan batuk-batuk kecil,dan diselangi juga ngan demam-demam ringan tp aku tetap menum air batu..ahahahha...teruknye perangai seuran aku... ari tuh balik Shah Alam, malam tu aku demam, batuk teruk ar gak..Kak Sue soh makan obat, soh sapu minyak..tapi aku dengan degilnya menolak..eheheheh...bukan apa..aku ni bab ubat-ubat aku tak brapa suka sket... tu yang Kak Sue kata "hambuih, kalu orang lain sakit, dia yang sebok2 sapukan ubatlah , itulah inilah.." ehehehe..ilek ar Kak Sue..tak macho ar makan obat... ehehehe..melawak ja...
Pagi tadik call emak.. Abang ipar aku yang ngangkat talipon..haik? uran tua nih tak kije ka... pahtu terus cakap nak cakap ngan mak.. dia pass telipon kat mak... dengar sore mak...aik??? aku ingat talian telipon yang tak elok, rupenya sore mak aku yang tak clear... "naper sore mak cam tuh?", "mak demam".. hoh???? mak aku demam??? siannyer mak... pahtu bual-bual ngan mak sat..mak kata,abang Din tak kije sebab demam, malam tadik abang ipar aku tuh tokleh tido sbb demam panas... mak juga yang jaga... anak-anak sedara aku.. Daniel,Aiman ngan Irfan pon demam gak ari tuh... mak kata semenggu Danial tak p sekolah... Irfan plak demamnya blom baek gik, rasanya Aiman jek yagn dah baek sket... kesian mak kena jaga sume orang kat umah, padahal dia demam gak... kena sakit tekak plak tuh... rasanya kalu aku punya sayap ingin sajer aku menerbangkan diri balik ke kampung aku menjengok femli aku, apakan daya aku takdek sayap...huhu...erm..memang udah musim demam kot...aku hanya mampu mendoakan keselamatan dan semoga diberi kesihatan pada diaorang sumer...
Takperlah.. sumernya dari Allah... itu maknanya Allah masih beri perhatian pada kite... jgn mengeluh kalau terkena musibah...

Ukes ar..Sayoonara

great friends

\(True Friend)/