Friday, April 11, 2008

April

salam..
Pejam celik dah pun masuk April..di Jepun April merupakan tahun baru mereka. Bagi pelajar2 sesi persekolahan akan bermula pada bulan April. Begitu juga bagi pelajar2 universiti. Dan sempena permulaan kuliah, 6 orang kohai dari malaysia telah datang ke Sapporo. Mereka semua melanjutkan pengajian di peringkat degree di Universiti Hokkaido. buat masa ni semuanya bujang2 je yg dtg.Family belum lagi. Dengan kedatangan mereka bermakna bertambah meriah la Sapporo ini. 3 orang sempai iaitu Nureen, Joe dan Syakir telah pun selamat pulang ke Malaysia. Syakir balik semalam.
Dan sempena kedatangan mereka ke Sapporo satu majlis telah diadakan. Majlis ni tujuannya utk memperkenalkan kohai2 kepada sempai2. Dan juga sesi perlantikan AJK MISA.
Seronok juga lah majlis mcm ni. Selalunya kami warga Sapporo cuma akan dapat berjumpa kalau ada majlis2 . Lain2 tu ikutlah kalau nk pegi rumah sapa2..tp tu pun jarang.. yek la masing2 ada tugas sendirik.
Dan nampaknya sekarang dah masuk musim Spring. Tak sabar nak tunggu bunga sakura keluar. Menurut tuan presiden insyaAllah bulan 5 nanti ada hanami. masa ni lah nak berkumpul ramai2 lagi... tak sabarnya

ok..kat sini ada gambar sekitar majlis . Welcome Party