Friday, August 19, 2005

johan tilawah

\(Pisol, Faizah johan tilawah kebangsaan)/
Oleh Shaarani Ismail (sumber berita harian 19/8/2005)


KUALA TERENGGANU: Pembantu Hal Ehwal Islam Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perlis, Pisol Yusob, 35, diumumkan sebagai johan qari Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-48 yang berakhir di Dewan Sultan Mizan, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem) di sini, malam tadi.

Faizah Husain, 30, guru al-Quran dari Selangor pula dipilih sebagai johan qariah. Kedua-duanya yang menerima wang tunai RM10,000, perbelanjaan menunaikan haji, piala pusingan, piala iringan, cenderahati dan sijil penyertaan, akan mewakili negara pada Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa, bulan depan.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh. Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin dan Exco kerajaan negeri.

Pisol, yang pernah beberapa kali menyertai tilawah peringkat kebangsaan, mengumpul 77.67 markah, manakala Faizah memperoleh 76.33 markah.

Luqman Isa, 34, dari Sarawak yang turut mendapat 77.67 markah dan Hanimzah Jalaluddin, 30, dari Pahang, juga memperoleh markah sama dengan johan qariah, masing-masing diumumkan sebagai naib johan qari dan qariah. Pemilihan johan ditentukan berdasarkan kelebihan tajwid.

Qari dan qariah dari Perak, Shamsul Ariffin Supian, 40, (77.33 markah) dan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman, 23, (75.33 markah), mendapat tempat ketiga.

Naib johan menerima RM7,000, tempat ketiga RM5,000 dan sagu hati RM2,000.

Perak diumumkan sebagai johan keseluruhan tilawah dengan mengumpul 76.33 markah dan membawa pulang piala pusingan.

Seramai 28 qari dan qariah dari seluruh negara menyertai tilawah selama lima hari bermula Ahad lalu bertemakan Islam Hadhari Menjana Kemajuan Ummah.

Sementara itu, hakim bahagian tajwid, Datuk Hassan Azahari, berkata peserta kali ini menunjukkan banyak peningkatan, terutama dari segi lagu dan tajwid yang disifatkan sebagai petanda baik terhadap perkembangan bagi memartabatkan al-Quran.

"Kebanyakan peserta mempunyai kemahiran suara yang bagus dan semakin matang bagi memastikan lagu dan tajwid diperkemaskan dalam setiap bacaan," katanya.

Beliau, yang menjadi hakim tilawah peringkat antarabangsa dan kebangsaan sejak 43 tahun lalu bagaimanapun berkata, pendedahan peserta terhadap kemahiran bahasa Arab perlu dipertingkatkan supaya dapat menjaga tajwid dengan lebih baik.

“Jika kemahiran terhadap bahasa Arab kurang, mereka membaca tanpa pemahaman dan akan menimbulkan kesalahan dalam menyambung ayat kerana ia mengakibatkan makna ayat yang dibacakan lari," katanya.

Hakim bahagian tarannum (alunan lagu), Muhammad Hasri, 58, juga mengakui tilawah kali ini menunjukkan banyak peningkatan walaupun terdapat sedikit kelemahan dari segi penguasaan tajwid peserta.

Wednesday, August 17, 2005

ogos

\(EnTry Edi$i SediH)/

huwaaaa!!!!!!!!!!!!!!

firstly... aku nak isytiharkan pada sume.. bahawasanya email aku merangkap ym aku iaitu usu_iela telah tertutup dengan misterinya... aku tak tau apasal... hilanglah sumer id kengkawan aku... huwaaa!!!!! makin ilanglah kawan aku..huhuhu..

Sila amek perhatian bahawasanya id terbaru aku ialah ielazalila80@yahoo.com.

Lepas tu aku nk crite..huhu.. aku rasa bulan nih merupakan bulan yang tak tentu arah..jadual hidup aku tersasar dr kebiasaan... huhu.. bulan nih ar bulan memeningkan dan segala2nya berlaku bulan nih.. huwaaa!!!!!!

bulan nih ar projek kene siap, tp tak nmpk lg bila nk siapnya...
bulan nih jugak kiterang kene tido opis... lepas tuh apa yg kiterang buat tu useless.. kene create baru.. (pm.. cemana nih? ni kerja project manager nih)
bulan nih gak aku hampir2 pengsan sbb sakit kepala tak cukup tido...
bulan nih gak aku kene p exam kat jb.. tp aku rasa aku terpaksa berkorban semata2 kerana projek nih..
bulan nih gak makcik aku nak kawen .. yang nih aku tak bleh tahan ... huwaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!! makcik aku kawen 27 nih... tp on that time lah aku akan kelam kabut siapkan kerje neh... aku dh bg tau mak... mak pun mcm frust jek bila dengar..mak kata "takper ar kerje lagi penting" tp aku tau mak aku tu..mulut ckp lain tp hati dia lain.. huhuhu.. mak aku ni jenis pendam perasaan.. tp aku tau lah.. mak aku frust sbb aku tak dpt balik.. dah lah tu makcik aku yg last kawen..pah ni takdek makcik dah yg nk kawen..yg ada pun pakcik aku yg umur 23 tahun tuh... pah ni tunggu turn aku ar plak! haaa??????? err..no comment.

huwaaa!!!!!!!! cemana nih.. wahai kengkawan, silalah beri semangat dan motivasi pada diriku ini!!!!!!!!