Wednesday, May 27, 2009

aku dan sulamanku

hihihihihi..ari ni terajin plak..macam tak percaya je rajin nak menulis...
actually nak tunjuk hasil keras tangan sulaman benang ku yang baru beberapa kali aku pergi kelas..ngeh ngeh...
diriku masih tahap beginner, tangan masih blm boleh dilentur lagi...tapi makcik2 jepun tu bersungguh2 kata sugooiiii... hamboii... biasa ler jepun..baru cakap arigatoo gozaimasu tu dah kira terer sangat dah tu..hahahahaha

masa memula p kelas tu aku terus diperkenalkan dengan teknik buat bunga...tp kecik je..maklumler beginner level 0... ni ler rupenya


actually ada 4 beradik tp yg ada frame cuma 3 beradik ni jek... ni ler rupenya hasil keras tanganku... tgk dr jauh macam cantik..macam je yer..tp bila tgk dekat..bersimpang siur benangnya..hihihihihihihii



ni plak projek yg kelas latest ari tu...buat bunga tulip...tgh nak siapkan la ni..ha..nampak tak benangnya bersimpang siur tu..hihihihihihi...
sebenarnya kat kelas ni sensei yg ajar tu sorang jek..tu pun hands on terus takde pengenalan2..takde terang2 nak guna jarum apa,benang cemana,kain cemana..masa mula2 masuk tu dia terus bg design n buat...lg pun cemana nak terang kalu masing2 macam ayam ngan itik... nak terang pun tak reti..hihihihihihi..so pandai2 la jah oiii...


selit skit gambar kat ladang tulip di kaminobetsu...cantik giler..tak puas ..banyak giler tulip..hiiii...geram..cuma masa tak cukup jek...



Tuesday, May 26, 2009

vitamin R tiada di pasaran

huii lamanya tak hapdet...vitamin R tak de jual plak kat drug store ni...hihihihihihi..
ni pun sebab sedih dah tgk blog tak berupdate..

sekarang ni kat sapporo jam menunjukkan jam 4.20 am..kat sini dah terang dah..sbb subuh jam 1 lebih...sekarang ni tgh dengar nasyid fm..ada plak dj ni tanya sorang budak mesir ni pasal ustaz akhil hayy tu...huahuahua... terkedu2 dia nak menjawab..sbb dj ni tanya apa pendapat anda tentang apa yang berlaku sekarang pada ustaz akhil hayy ni... budak mesir ni kata tak tau ar apa nak cakap..terus dj tukar topik....hahahahhaha...nak bergosip la tu... kat internet ni terutama kat forum2 ni berlambak pasal si akhil hayy ni....

aku sekarang ni tgh buat next projek yang diberi oleh sensei obaachan..projek sulam menyulam..aku kan ada masuk kelas embroidery... setiap jumaat kedua dan keempat..kalau nak ikutkan just beli buku then buat pun blh gak...tp aku saje je nak masuk dalam kelompok masyarakat jepun ni...nak tgk cemana cara diorang buat embroidery ni..lg pun pengalaman mahal tu..at least jd kenangan manis buat aku bila balik nanti...
yang kelakar tu..aku ler satu2nya manusia paling muda kat kelas tu..yang lain semua obaachan, pangkat nenek2...dan diorang baik2 belaka..cuma nak bercakap tu je la..kene bukak kamus..sensei bukak kamus bila nak cakap english...aku bukak kamus bila nak cakap jepun..hihihihihihihi... kadang2 diaorang nak berlawak dgn aku tapi kekadang aku faham kekadang aku tercengang2 ...hihihihi

so sekarang ni waktu2 mcm ni la aku boleh buat aktiviti sulam menyulam ni..sbb kalau waktu siang,susah nak menyulam ni, sebab ada budak bergayut...nak kene peluk je ... pahtu bila nak buat kerja lau je tangan dia buat kerja gak... bila aku menaip,dia pun sibuk nak menaip...aduhaaiiii...... nk tunggu dia tido,punyer ler susah...kalau tido pun kejap jek..

haaiii iman yumiko ni...bulan ni iman yumiko dah 5 bulan dah belajar nak meniarap..pahtu plak nak berdiri plak...aduiiii...sabar la dulu sayang...