Wednesday, February 16, 2005

IDC

\(IELA DONT CRY )/

IELA DONT CRY (IDC) tiru Diman. Kalau Diman dengan DDCnya..aku plak dengan IDC aku...
kenapa tetiba aku create IDC? Aku pun tak tau.
Yang pasti apa yang aku rasa sekarang takkan ada sapa boleh mentafsirkannya.
Korang pernah rasa macam apa yang aku rasa? Tetiba ko rasa sayuuuuu jek.. jiwa ko rasa kosong.. ko nak mengadu setiap apa yang tersirat dalam benak korang tapi ko tak tau nak mengadu kat sapa.. ko rasa sediihhh sangat. Ko nak bercerita apa yang ko rasa ..tapi ko takder orang yang berhampiran ngan ko yang akan mendengar setiap luahan hati ko.Ko pandang kiri kanan ko yang ada hanya pelbagai objek yang bisu.Apa yang korang akan buat kalau korang dalam situasi nih? Aku seperti biasa..insan yang pemurah air mata macam aku ni..akan mudah melampiaskan perasaan dengan air mata . Untuk apa air mata ini? andainya dengan mengalirnya air mata ini bisa mengubat semua kelukaan... andai air mata ini bisa membasuh seribu kesedihan... biarlah ianya mengalir... mengalirlah kau wahai air mata semahu-mahumu. Andai dengan mengalirnya dirimu bisa membuatkan sekeping hati kembali ceria.
Hmmm.... aku pun tak tau kenapa kesedihan tiba tiba jek bertamu dalam hati aku. Sepanjang perjalanan balik aku mengalirkan air mata .. sehinggakan masa mengadap Tuhan Yang Esa air mata aku masih mengalir... lencun telekung aku... adakah ini air mata keinsafan? kalau ya..Alhamdulillah.. tapi kalau sebaliknya?Alangkah ruginya aku.
Aku tak tau macam mana nak menggambarkan perasaan aku melalui penulisan. sedangkan aku rasa tujuan jurnal ini di cipta adalah untuk melampiaskan perasaan.
IELA DONT CRY....

Monday, February 14, 2005

balik kampung

\(TAK TAU NAK BOH TAJUK APO)/

Assalamualaikum...
Apa kabo sumer kengkawan? Kad.. Ked apa kabo?
Ehehe..atas gesaan yang berbaur ugutan dari pengunjung2 blog aku terutamanya Cikgu Tomei yang tak reti2 nak sabo tuh dan ditambah plak ngan seseorang yang sangat mendambakan pembaharuan pada blog yang merangkap rumah aku ni..maka dengan ini aku pun mengupdate lah umah aku nih.. lagi pun umah aku nih aku dah tinggalkan lebih kurang seminggu.. tu yang spiderman pun buat sarang tuh.
Sebelum tuh..rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah buat semua. Semoga tahun ini merupakan tahun yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.Amiinnn..
Musti korang tertanya-tanya (chewah..ye ker tertanya2) ke manakah menghilangnya seuran aku (Kad.. ni ayat saya.. seuran..).. macam biasa aku ditugaskan ke satu tempat yang jauh nun sekangkang kera dari opis aku nih..ehehehhe.. besh besh.
Pastuh masa malam Selasa tuh aku balik ke kampung... mak aih..ramainya manusia...yek ar mau balik beraya ma...bas aku pukul 10.30 mlm..terpaksalah aku melangok kat bus stand tuh..tunggu sampai pukul 10.30. Pahtu dah 10.30 tuh.. bayang bas pun tak nampak..ar sudah..abang ipar aku dah asyik sms dah tanya kat mana..sbb macam biasa dia ditugaskan untuk mengambik aku kat pekan kampung aku tuh.
Pastuh dalam lbh kurang 11 lbh bas pun memunculkan diri. Nasib baik perjalanan smooth jek.Alhamdulillah, takder halangan yang bisa menggemparkan jiwa. besh besh..
aku sampai kampung tercenta dalam lbh kurang pkl 3 lbh..sampai2 uran2 chinese kampung aku baru lepas main mercun..ooo..sampainya hati korang tak tunggu aku ek.. udah lama aku tak main mercun nih.. besh oo main mercun..
Balik bercuti kat kampung rasa seronok sangat (Kad, ang jangan jeles noo..)5 hari cuti..bes ooo.. tapi ada satu insiden yang buat aku rasa macam nak bom rumah seseorang. Nak tau sapa dia? dia ialah Ketua kampung aku.. huh.. kalau aku nak criter rasanya tak abis sampai esok. Lagik pun tak baik ngumpat orang kan. Tapi aku rasa hampir2 aku nak letupkan rumah dia.. nak aje aku rampas kuasa dia..tp nasib baik mak aku sabarkan aku.. nasib baik mak aku tuh baik orangnya.
Kalau tak... ada kang masuk paper, muka depan lagi ha.. "Rumah seorang Ketua Kampung Meletup!!!"..
Kalau nak pegang jawatan tuh buatlah kerja..jalankanlah tugas... ini eksen jek lebih..
huish huish.. sabo iela.. ni dah masuk bab mengumpat nih..udah udah..lupakanlah.. huh..ukes ar..aku lupakanlah... tp kalau dia buat lagik kompom aku bom umah dia.
Huh..sebelum kemarahan aku meledak dan sebelum entry aku nih menjurus ke arah mengumpat uran.. baik aku stop kat sinih.. Kad ngan Cikgu Tomei.. puah ati tak? aku dah update nih..