Friday, August 13, 2004

hari jumaat

\(RENUNGAN HARI JUMAAT)/

Renungan di hari Jumaat
ASSALAMULAIKUM SEMUA...............
HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI

1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok : Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama.
Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

1. Nafas Naik
2. Nafas Turun

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:
1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT...

Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai
BOARDING PASS.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada
penerimanya...lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian. Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :-

1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.... Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada
Allah dalam keadaan jiwa yang tenang...lalu masuk kedalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Busy

(\AKU YANG MEMANG BUSY)/




Semalam insiden jatuh tu memberi effect pada aku, tapi yang peliknye bukan effect pada pinggang aku tapi pada tengkuk aku... aduhh!!! sakit ooo... ngadu ngan Kak Sue, dia offer nak nganto p opis, aku kata takper ar, larat gik,lagipun aku takmo nyusahkan dia lagik, selama ni pun dia dah asyik ngambik aku balik kijer, sian kat orang tu ooo....

Pastu sampai opis call emak.. mak aku terperanjat gak lah...
mak : teruk ker jatuhnyer tu?
aku : tak der lah sangat mak, tp sakit gak..
mak : tak der apa2 yang sakit sangat ker?
aku: tak lah mak..skit jek (takut susah ati plak sbb anak kesayangan dia jatuh)
mak : erm.. takperlah kalau sikit jek, lain kali jalan tengok2 sikit..
aku: achik dah baik mak?
mak: dah baiklah juga, tu ha, baru sampai (sbb nak buat kabinet baru rumah aku)sakit2 pun dia pegi kerje jugak..
aku: erm.. takper ar mak... kite naik dulu..papai..mmuuuaaahhhh..
klik... aku letak tepon. Gitu ar lbh kurang perbualan aku ngan mak aku...
Achik aku pun jatuh pokok rambutan kelmarin, sian dia..pastu aku plak yang jatuh...

Sejak akhir-akhir ni aku busy...laptop baru aku dapat semalam pun kena bawak balik gak, buat kerje kat umah..kire ok gak ar...sebab at least aku dapat buat kerje tu..tp still kena blajo banyak gik.. dan makin poning aku.. tp takperlah .. belajo kan...

erm.. takper lah..aku berenti dulu lah..
Kat atas tu gambo aku kat opis... gambo yang menunjukkan betapa busynyer seorang SAKURAKU (aku yang berbaju biru bertudung putih)... \(^o^)/

*Thanks a lot to Jiha, coz help me to settle my database prob... thank u very much..mmmuuuuaaaaahhhhh..

Wednesday, August 11, 2004

jatuh

\(JATUHNYE SEORANG AKU)/

Assalamualaikum..

Erm..pepagi sampai opis, biasa lah dengan kalut-kalutnyer..masuk opis ..laa..rupanya aku bersendirian... pastu tak lama tu Ju masuk, dah baik dah dia, dah sembuh lepas 4 hari tak kerje, kena demam campak , sian dia.. Welcome back Ju...

Bukak bukak laptop ni..aiyakkk!!! tokleh bukak..huwaa!!! jangan buat pasal..penat aku bawak balik umah siap bukak opis lagik kat umah tu..kerje2 aku sumer dalam laptop ni!!... panik gak tu.. tu bukan laptop aku, laptop opis, abis ar kalu rusak..
Pastu untuk menenangkan pikiran, p sign attendance dulu.. on the way nak p turun bawah tu satu insiden ngeri telah berlaku!!!

AKU JATUH TANGGA!!!!!!!!!!! huwaa!!! sakit!! ni orang kata , sudah jatuh ditimpa tangga!!, tapi kes aku ni aku yang timpa tangga tu.. kalau si tangga tu buleh menjerit, menjerit dia bila tubuh aku yang cumel ini, menggelungsur atas dia... banyak anak tangga ooo.. bayangkan dari atas sampai hampir-hampir nak sampai tangga terakhir...huwaa!!! sakitt!!!..Ju sempat tarik tudung aku... nasib baik tak tanggal jek tudung aku..kalau tanggal satu kes lagik..tp nasib baik gak dia tarik at least aku bleh terberenti dari menggelongsor tu...

Setelah siasatan di jalankan, antara sebab-sebab kejatuhannya seorang aku ialah
1. Kasut aku yang licin-- ni nak mintak baru ker?
2. Aku tengah dok sibuk berbual ngan Ju pasal bahu aku sakit--last2 ngan pinggang skali sakit..
3. Aku tak memberi perhatian pada tangga tu--dah syok sangat berbual
4. Dah memang ditakdirkan jatuh tangga-- ni memang takdir lah...

Nasib baik masa kejadian takder orang tengok..kalau tak, sepanjang hidup aku orang yang tgk tu akan ingat aku... dahsyat oo aku menggelongsor.. tak nak bayang kan lagik.. akibatnya aku dah fobia nak turun tangga, kalau turun pun pakai lif, walaupun satu tingkat jek, kalau naik takper sbb ada escalator...

InsyaAllah lain kali aku akan lebih berhati-hati supaya tidak jatuh menimpa tangga..ehehehe..
Terima kasih kepada ATOK kerana sudi melawat blog saya ni ek...

Tuesday, August 10, 2004

cake choc

\(KEK COKLAT SAKURAKU)/




Bahan-bahan Kek

3 cawan Tepung Naik Sendiri (Blue Key)
2 cawan gula putih(bukan gula melaka atau gula perang tau)* make sure blend dulu
6 biji telur ayam (telur itik tak bleh)
1 ketul butter (apa2 jenama lah)
1 cawan tepung coklat (sebarang jenama)
1 sudu soda bikarbonat
1 1/2 cawan air (air biasa bukan air sirap tau)

Bahan-bahan Coklat Cair (untuk mekap kek ceklet tu)

1/2 cawan tepung coklat
1 tin susu pekat manis
3 sudu minyak masak
1 sudu tepung jagung
air panas (bergantung nak pekat mana coklat tu)


Cara-caranya
KEK

- masukkan gula yang dah kisar ngan butter dalam bekas, lepas tu pukul... guna mixer tau, kalau tak der mixer, dah darurat sangat pakai blender pun takper..sbb aku pernah pakai blender ;)
- agak-agak dah mesra.. masukkan plak telur ayam 1 per 1
- lepas tu agak2 dah kembang.... masukkan tepung coklat tu (ayak sikit supaya tak berketul)
- masukkan tepung naik sendirik tu dengan soda bikarbonat.. (ayak jugak) lepas tu selang selikan dengan air..
- Agak2 dah ok.. masukkan dalam bekas..
-bakar..
Aku tak tau kena bakar pada suhu berapa.. aku main taram jek, sbb kat umah sewa aku ni takder oven atau microwave..so aku guna bekas yang buleh masak atas dapur gas... maklum ler, rumah bujang mana ada oven atau microwave tu...
- Bakar dalam lebih kurang 40 minit... kalau dah sampai lbh kurang 40 minit tu kena berjaga2 lah, kena tgk slalu..
- kalau nak tau kek tu dah masak lom, try cucuk kek tu dengan pisau kecik ker.. lidi ker(yang bersih), kalau masa tarik, ada melekat lagi bahan kek tu, maknanya tak masak lagik, kalau tak der dah maknanya dah masak ar tu..
- boleh lah angkat kek tu..

Lepas tu boleh lah buat coklat cair tu..
Cara dia senang jek, campur jek sumer bende alah tu...

Lepas tu bolehlah mekapkan kek tu ngan coklat cair tu..
Ok , dah siap!!!

Senang jek.... nak hias kek tu pun bleh, boh jek choc rice ker apa2 ker.. janji cantik..

ERmm... begitulah puan-puan cara membuat KEK COKLAT SAKURAKU ni, senang jek, tak susah.. ehhehehehe.. malam tadik aku ajar Bert buat kek coklat... dah lama sebenarnya tak buat kek coklat ni. Kalau nak tau aku sebenarnya dah lama berkecimpung dalam bidang membuat kek cekelet ni, dari sem berapa tah kat UUM dulu tu..ehehhehe..takderlah pandai sangat , tapi yang tu jek aku tau...

Ok.. kalau ada sesapa nak resepi aku ni, kat sini aku dah paste kan... tinggal buat jek...

Ok ..Selamat Mencuba \(^o^)/


Monday, August 09, 2004

selawat

\(SELAWAT)/


Berselawat kepada Nabi Muhammad adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah. la tidak sewajarnya dipandang ringan oleh setiap umat Islam. Ini sesuai dengan kedudukan selawat itu sendiri yang memiliki berbagai keistimewaan dan kelebihan di sisi Allah.

Makna secara umum selawat adalah jamak dari kalimat solat. Di segi bahasa pula, ia bererti doa, rahmat dari Allah, memberi berkah dan ibadat. Dalam pengertian yang lebih luas, berselawat kepada Nabi Muhammad bererti memperbesarkan, mengagungkan serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur atas perutusannya yang menjadi rahmat seluruh alam ini, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.

Sejajar dengan itu, selawat kepada Nabi Muhammad merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan mendapat pertolongan dan perlindungan yang istimewa dari Nabi Muhammad serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak.

Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. " (Surah Al-Ahzab: 56).

Antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah ialah:

1. "Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. " (Riwayat Tabrani).

2. "Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).

3. "Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya." (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).

4. Dari Ubai bin Ka 'ab: "Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyakkan selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. la berkata: kataku: "Seperempat." Sabda Nabi: "Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu." Kataku: "Apakah sepertiga? " Sabda Nabi: "Apa yang kamu sukai, jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu." la bertanya: "Apakah aku jadikan selawatku buatmu semuanya." Nabi bersabda: "Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Al Hakam).

5."Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu." (Riwayat Ibnu Murdawaih).

6. "Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. " (Riwayat Ibnu Majar dan Jabir).

7. "Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga." (Riwayat Abus Syaikh dari Anas).

8."Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.” (Riwayat Tirmizi).




Di dalam kitab Ibnu Farhun Al Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada nabi mengandungi sepuluh faedah dan mendatangkan kemuliaan, iaitu:

Memperolehi selawat dari Allah.

Memperolehi syafaat dari Nabi Muhammad.

Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik-baik.

Menghapuskan dosa.

Mendapat pertolongan

Tercapai keperluan hidup.

Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir.

Memperolehi nur zahir dan batin.

Mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga.

Memperolehi ucap selamat dari Allah.

Menurut para ulama yang didasarkan keterangan-keterangan hadis, membaca selawat kepada Nabi Muhammad akan memperolehi 30 faedah yang amat besar. Di antaranya ialah memperolehi limpah rahmat dari Allah, ditulis sepuluh kebajikan, dihapuskan sepuluh kesalahan, diangkat sepuluh darjat, memperolehi kesempurnaan iman, memperolehi syafaat Nabi Muhammad dan lain-lain lagi.

Justeru itu, marilah kita sebagai umat Islam sentiasa berselawat kepada Rasulullah. Itu tandanya kita sangat mencintai Rasulullah yang menjadi kekasih Allah.



Sunday, August 08, 2004

sabtu

\(SABTU YANG MEMBOSANKAN!!!)/

Assalamualaikum... ehehehe

Sabtu atau Saturday... adalah hari untuk aku pergi kelas.. tapi dalam perjalanan nak ke bus stop tu, dapat sms dari Jiha...yang mana sms itu mengatakan bahawa tidak ada lab kosong di SHRDC..huwaaaa!!!!!! aku dah kat tgh jalan ni... erm..tapi takper... aku nak jenjalan kat PKNS lah.. malam tadik Fahmi sms, pagi tadik pun dia call, tapi aku tokleh jawab, kt aku dah abis,sian dia..lepas tu untuk tidak membuatkan orang lain tertunggu-tunggu aku pun call dia cakap tak der lab kosong, erm..cemana aku leh tatau ek takder lab kosong.. erm..takperlah..
Lepas tu sementara tunggu nak balik dan tunggu bas datang aku lepak kat Tasik Shah Alam jap..layan blues.ehehehe...
Pastu balik, sampai rumah Arfa dah ada kat dalam rumah amik baju dia sumer.. pastuh aku kemas rumah, basuh baju... pastu tengok tv..erm..sumer bende yang memboringkanlah.. pastuh kak su balik.. tgk tv sama-sama, citer hindustan tu..pastu tiba part ganaz tu aku terus larikan diri, aku tak suka citer ganaz2 ni walaupun aku ni ganazzz... muahahahhaha..aku bantai tidoq sampai petang..
Petang p paso malam, pastu kak sue ajak p JJ Klang, maklumler Mega Sale maaa... tp dia jek ar beli barang, bli present kawen utk kawan dia, aku just suggestkan jek barangnyer..ramai orang ooo... pastu balik lepak kat Dataran... ramai gak orang kat dataran tu ek..
ERm.. membosankan betul perjalanan hidup aku ari sabtu ni kan?