Friday, June 17, 2005

fathers day

\(Happy Father's Day)/

Assalamualaikum..
Sempena sambutan Hari Bapa..aku mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa-bapa dan juga bakal bapa dan juga bekas bapa..
Tanpa bapa apalah ertinya hidup kami...

Bagi sesiapa yang masih ada bapa tuh,hargailah mereka semasa hayat mereka masih ada ..kasihilah mereka lbh dr mereka kasihi kalian... tanpa bapa,siapalah kalian.. sungguh besar pengorbanan seorang bapa.. bekerja bertungkus lumus utk keluarga..utk membesarkan anak-anak yang mereka cintai... untuk memberikan kesempurnaan hidup pada anak-anak dan keluarga ... sesungguhnya jasa insan bergelar bapa tidak dapat dinilai..terlalu tinggi nilainya...

Bagi yang telah kehilangan kasih sayang bapa tuh... iringi doa untuk mereka ... hanya doa yang dapat membantu mereka di "sana".

Aku hanya sempat merasa belaian seorang bapa selama 11 tahun sahaja..dalam tempoh tuh banyak sungguh pengorbanan Allahyarham pada kami semua..
Aahh sudahh..aku dah nak masuk bab sedih sedih nih... air mata dah nak turun nih...
ok lah... stop sini dulu..

"SELAMAT HARI BAPA"

Wednesday, June 15, 2005

minyak wangi

\(Larangan Keluar Rumah Dengan Memakai Wangi-Wangian)/
Amr bin Abdul Mun'im
--------------------------------------------------------------------------------

Dari Zainab Al-Tsaqafiyyah Radhiyallahu 'anha, dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau pernah bersabda.
"Artinya : Apabila salah seorang di antara kalian menyaksikan waktu Isya, -dalam suatu riwayat disebutkan : masjid- maka hendaklah dia tidak memakai wangi-wangian pada malam itu". [Hadits Riwayat Muslim]

Dan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, dia menceritakan, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda.
"Artinya : Setiap wanita mana saja yang terkena bau wangi maka hendaklah dia tidak mengerjakan shalat Isya bersama kami". [Hadits Riwayat Muslim]
Dan dari Abu Musa Al-Asy'ari Radhiyallahu 'anhu, dia menceritakan, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda.
"Artinya : Setiap wanita mana saja yang memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melewati suatu kaum supaya mereka mencium bau wanginya itu, berarti dia telah berzina". [Hadits ini Shahih. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad (IV/414). Juga diriwayatkan oleh Abu Daud (4173). Imam Tirmidzi (2786). Imam Nasa'i (VIII/153) melalui Ghanim bin Qais, dari Abu Musa Al-Asy'ari]

Hadits-hadits tersebut di atas menunjukkan larangan keluarnya dari rumah wanita dengan memakai wangi-wangian, karena memakai wangi-wangian di hadapan orang laki-laki dapat membangkitkan nafsu birahi dalam diri mereka.
Dalam menerangkan hadits di atas, Al-Allamah Al-Mubarakfuri Rahimahullahu mengatakan.

"Yang demikian disebut berzina karena wangi-wangian yang dikenakan wanita dapat membangkitkan syahwat laki-laki dan menarik perhatian mereka. Laki-laki yang melihatnya berarti telah berzina dengan mata, dan dengan demikian wanita itu telah melakukan perbuatan dosa".

Mengenai hal ini penulis katakan, "Selain itu, memandang wanita merupakan pendahuluan dari perbuatan zina kemaluan. Oleh karena itu setiap wanita Muslimah wajib tidak keluar dari rumahnya kecuali untuk kebutuhan yang dibolehkan syari'at. Tetapi apabila dia harus keluar, maka dia harus mengindahkan adab sopan santun yang ditetapkan syari'at, mengenakan hijab, memakai pakaian yang tidak menarik perhatian orang lain serta tidak memakai wangi-wangian. Sedangkan pada saat kembali ke rumah, dia dibolehkan memakai wangi-wangian yang dikehendakinya dengan syarat tidak tercium oleh laki-laki yang bukan muhrim".

Disalin dari buku 30 Larangan Bagi Wanita, oleh Amr Bin Abdul Mun'in, terbitan Pustaka Azzam - Jakarta.

Tuesday, June 14, 2005

tazkirah la plak..

\(Pengisian)/

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Kali ni aku nak paste tazkirah la plak.. asyik criter pasal diri aku jek..kalau besh takper gak.. sesungguhnya hidup kite ni perlu menjadi lebih baik... biarlah orang lain tgk kite tak baik.. asalkan kita baik.. daripada orang yang berselindung di sebalik wajah yang baik..tp perangai hampes,buat maksiat... tapikan biasa lah kalau dah nama manusia tuh, pandangan mereka mcm dah di set.. yang muka baik, lemah lembut tu baik... tapi yang muka garang,muka sombong tu jahat.. dan bila jadik apa-apa , org yang bermuka tak baik tu jugak yang kena tuding,di kata di umpat di keji... itulah dunia..
Apa-apa pun berusahalah untuk menjadi lebih baik.. lebih baik berbanding sebelum ini.. aku tujukan kata-kata ni utk aku.. semoga hidup kita semua bertambah baik ... InsyaAllah..Ameen Yaa RabbalAalamiin..

Monday, June 13, 2005

berita dr kampung

\(Khabar dari desa)/

Assalamualaikum..hai..apa kabo? sihat? Aku? Aku Alhamdulillah,Allah tuhan Yang Esa masih memberiku peluang untuk bernafas di bumiNya ini.. dan untuk aku meneruskan tanggungjawab aku dilahirkan ke dunia ini... Syukur padaMu.. dan ini membuatkan aku semakin sedar siapalah diriku di dunia ini... kekadang nikmat dari Allah membuatkan kita rasa semakin "kerdil" dan kekadang semakin "besar"..insaflah wahai umat...sedarlah siapa dirimu sebenarnya.. hohohoho..tu baru muqaddimah..

Malam Sabtu hari tuh aku balik kampung..yea yea .. beshnya..walaupun sempat bersama family hanya hari sabtu tuh jek, tp aku tetap puas hati.. mak cik aku siap buat bbq lagik sempena aku balik kampung..hohoho terharunya..sayangnya makcik aku kat aku..tp mmg selalu ar dia buat time aku balik..time tuh la semuanya boleh berkumpul sama-sama. Almaklumlah aku sorang jek yang dok jauh dalam femli aku tuh... so time aku balik tulah semua keluarga Haji Hassan boleh berkumpul..besh besh.. Aku bersyukur di kurniakan keluarga yang mcm ni..

Anak-anak sedara aku pulak dah semakin nakal,terutamanya Irfan..makin bising mulut dia.. sejak dah ada "emon" baru nih.. mmg tak lepas dari "emon" dia tuh, p memana bawak emon...

Anak2 kucing aku yang 7 ekor tuh dah tinggal 3 ekor..huhuhu.. semuanya dah kembali ke Rahmatullah..nak buat cemana Allah lebih sayangkan mereka.. tapi semua kucing aku ok ar..sihat dan kuat..hohoho...

Alhamdulillah, tak tau bila lagik nak balik kampung, tp bulan 8 ni makcik aku nak kawen.. makcik aku ni merangkap adek arwah abah aku, sama umur ngan kakak aku.. maksudnya lepas dia kawen... so tunggu batch aku la plak.. dan batch aku plak..aku lah ..huwaaaa!!! aku ker?? tak bleh suruh adek sepupu aku yang br lepas SPM tu dulu ker?? hoh..takpa ada jodoh maka tibalah masa aku..hohoho..
ukes ar kene brenti sini sblm melalut...
bubbyes....