Saturday, July 10, 2004

Background Colour bertukar lagik

Assalamualaikum..
erm.. background kaler bertukar lagik dari kaler pink ke kaler peach plak...
sesuai sket kan ngan banner tu...
Erm... buat Mr.Brad, usu dah beli Majalah Blues Selamanya....
tak tau nak criter apa lagik...
ada apa apa komen pasal background colour tu?

endzzzz..........

Background Colour bertukar lagik

Assalamualaikum..
erm.. background kaler bertukar lagik dari kaler pink ke kaler peach plak...
sesuai sket kan ngan banner tu...
Erm... buat Mr.Brad, usu dah beli Majalah Blues Selamanya....
tak tau nak criter apa lagik...
ada apa apa komen pasal background colour tu?

endzzzz..........

Friday, July 09, 2004

Background Colour

Background Colour

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmaanirrahiim...

Apa kabo semua kengkawan? Sihat? ^-^

Erm..kalau korang sumer perasan, background blog aku ni dah bertukar kaler... ada orang komplen warna background yang dulu tu... sakit mata katanya sebab terang sangat..kaler oren... dengan skrin skrin dia sekali kaler oren.. so semalam aku tuko kaler background dah... tuko kaler pink... jiwangnyer..err... Kak Su , ok tak kaler ni?
Kalau korang ada nak komen pasal blog aku ni just tulis kat comment bawah tu ek..

Erm... semalam aku keletihan sangat... tertidur masa tengah membaca.. bangun bangun dah pukul 6... terlepas aku nak bangun malam... dah lah semalam malam jumaat... letih dan mengantuk tahap maksimum... lepas semayang Isyak , baca Al-Quran terus landing atas katil lepas tu terus hanyut di bawa arus... nasib baik aku tertidur dalam bilik selalunya tu aku tertidur atas tilam depan tv... kira malam semalam terurus sket diri aku....

Erm .. nak citer apa ek? takder topik menarik, cuma semalam masa tengah tunggu Kak Su amik balik dari opis ni, aku call mak aku.. mak aku kata dalam 20++ ni nak buat kenduri untuk Shira... anak sedara aku tu dah cukup bulan kan.. so dalam adat kitorang ni ada buat kenduri sikit, orang Melayu sebut kenduri Cukur Jambul.. dalam bahasa aku pulak di sebut "mendrek tojang" kalau di alih bahasa ke Bahasa Melayu maknanya "naik buai".. cemana dah rupa anak sedara aku tu ek...first and last aku tengok dia masa dia baru lahir bulan lepas... dan aku jugak yang telah dipertanggungjawabkan oleh abang aku untuk memberi nama pada anak saudara perempuan aku yang sulung tu.. so terciptalah "Nur Insyirah Alwani Binti Januar".. dialah cucu mak aku yang nombor empat merangkap cucu sulung perempuan...mesti mak aku sayang giler kat dia..sebab dah lama mak aku nak cucu perempuan... ehehehehe..kalau nak tunggu aku dapat anak maybe lambat lagik kot..ihiihihi.. calon calon pun tak ada....

End....







Thursday, July 08, 2004

Ado Bungo Atas Kepalo..

Assalamualaikum...
ahahahahaha.... Ju dan Mat Bungo..
"ado bungo atas kepalo (baca ikut slang kelantan)" , inilah ayat yang sedang hangat di tempat kitorang sekarang ni..dan juliana lah orang yang bertanggungjawab mempopularkan ayat ini...
sapa-sapa yang tengok Malaysian Idol minggu lepas tau lah apa yang terjadi..

Kisah seorang mamat ni dari kelantan datang ke KL semata-mata nak p audition untuk Malaysian Idol, tp tak terpilih... membebel ler si mamat ni... dan ayat ini lah yang dia sebut... Dia tak terpilih dalam audition tu so dia marah lah, lagi yang menambahkan kemarahan dia ialah bila ada orang kata ada orang buat audition dua kali, mula2 tak dapat lepas tu buat lagi sekali dapat... tu yang dia marah sangat tu, siap p serang si Roslan,Gee, ngan si mat saleh tu...

Kat situlah tercetusnya ayat ni...dan kat office ni ayat tu jeklah yang bermain di bibir si Ju ni..sikit sikit "ada bungo atas kepalo".. itu jeklah...sampai tak larat nak gelak dah...

Watak-watak
1. Juliana--- tukang sebut "ada bungo atas kepalo"
2. Farahanim---- tukang tambah tambah lawak + tukang gelak+tumpang sekaki ngan si Ju
3. Aku sendirik ---- tukang gelak
4. Najiha---- tukang gelak
5. Kak Ilah---tukang gelak + tukang marah+tukang komplen
6. Burhan---- pemerhati+ kekadang gelak gak
7. Syed----kekadang ada kekadang takder dalam watak ni tapi tukang penambah perisa lah kalau dia ada...

Ahahhaha... ihihiihi..aku rasa seronok plak dok ngan depa ni...ada jek bende yang nak dijadikan cerita, rasa ceria hidup aku, walaupun hidup aku dah memang sentiasa ceria... \(^o^)/
Alhamdulillah...


Wednesday, July 07, 2004

Kalimah Cinta

KALIMAH CINTA---> INTEAM
*********************************************

Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa

Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia

Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga...
Oh indahnya cinta...

Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta
Yang merajai jiwa

Dibatasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya kasih-Mu Tuhan
Betapa agungnya kebesaran-Mu
Diri ini mengharapkan cinta-Mu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku
*********************************************

bagi sesiapa yang masih mencari lirik lagu KALIMAH CINTA dari kumpulan Inteam ni kat sini usu bagi... ehehehehe..terutamanya buat saudari Farahanim... jangan marah saya dapat lirik ni..ihihihihi.. \(^o^)/

Tuesday, July 06, 2004

Bulan Julai

****************************************************

Salju Kasih Nya

Dingin dalam jiwa KU
Disirami salju kasih MU
Ku susuri jalan MU
Walau ranjau berliku
Cinta Mu abadi untukku

Tenang saat merindu
Takafur ku dihadapan MU
Deraian airmata gugur dalam sujud ku
Betapa agungnya cinta MU

Gelora silam tak bisa terpadam
Namun harapan menggunung di hati
Gelora kasih tak mungkin terluput
Kerana hati ku merantau jauh
Ingin bertemu
Dengan MU oh... kasih...

Rindu mencengkam jiwa
Sebak dada tiada tertahan
Hanya pada MU tuhan ku serah diri ini
Pohon cinta Mu nan suci hakiki...

****************************************************

Assalamualaikum...
Aku terpaut pada lirik lagu ni... di tambah pulak dengan melodi lagu ni...dan dinyanyikan pula oleh penyanyi pujaan aku Siti Nurhaliza... lagu ni mengingatkan aku pada memori dulu, sewaktu aku bergelar pelajar di UUM dulu. Masa tu aku duduk sorang2 dalam bilik..ye lah aku nak duduk ngan sapa lagik sbb aku dah memang kena duduk bilik tu sorang2. Masa aku kebosanan lagu ni lah yang temankan aku..aku suka sangat..berapa kali ulang.. aku ni kalau dah suka something tu, yang tu jeklah aku suka...

Lepas tu pulak masa hati aku di calari oleh orang yang aku sayang dulu, lagu ni jugak yang temankan hidup aku... aku hidup dalam dunia aku yang tersendiri,hanya orang yang memahami aku yang tau aku macam mana..

Memang pada luarannya aku ni seorang yang ceria, tapi dalam hati aku ni, bercampur baur.. masa aku dikecewakan dulu, memang hati aku sakit sangat,tapi aku tetap tersengih sengih kat orang lain, tetap buat lawak kat kengkawan aku, tapi dalam hati sebenarnya Allah je yang tau...

Bulan Julai ni mengingatkan aku peristiwa silam aku, saat di mana aku "dilepaskan" oleh orang yang aku sayang... bulan Julai ni jugaklah melakar memori yang menjadi titik kelam dalam hidup aku.. bulan Julai jugak telah mengenalkan aku erti kekecewaan yang tak pernah aku alami, bulan Julai ni jugak memberi aku pengalaman tentang apa itu kekecewaan seperti yang dialami oleh watak-watak wanita yang dikecewakan........

Hmm... tak tau lah kenapa aku membangkitkan memori silam aku yang aku tak mau lagi ingat... sampai sekarang kesannya masih ada dalam diri aku walapun peristiwa tu dah lama berlalu, lebih kurang 2 tahun lalu.... dan kesannya sampai sekarang "aku kurang percaya pada kaum lelaki"

Monday, July 05, 2004

Thanks A Lot My Friends

Assalamualaikum...apa kabo sumer?
wah.... pepagi aku bukak blog aku terkejut tengok perubahannya... nampak lebih cantik dari yang aku buat dulu..
Terima Kasih pada kengkawan yang membantu diri aku ni... terutamanya pada Miss Nile, Miss Tipah dan Mr Bard... thanks kengkawan... aku hargai sangat.. kalau nak harapkan aku yang buat..memang takkan jadi camtu la muka blog aku ni... maklumlah, aku kan bizi jek dengan dunia aku yang tersendiri... thanks a lot my friend (my new friends)
walaupun kite baru saja berkenalan di alam siber ini namun korang sumer tetap membantu diri ini.. terima kasih..
Ya Allah gembiranya hati ini..
Buat Mr Alfi.. sorry ek..sbb aku rasa bersalah bagi hak yang ko telah amanahkan pada aku tu pada orang lain.. sbb aku ingat maybe aku akan dapatkan yang lain untuk ko sebelum ko mintak... sorry... dan buat Mr Alfi terima kasih banyak sbb sudi masuk blog ni...nanti kalau rajin lagik masuk ar tengok ek...