Saturday, October 23, 2004

kiciknye ati

\(KECIK ATI)/

Assalamualaikum...
huwaaa... tgk entry aku tuh.. kekecilan hati sedang berlaku dalam organ tubuh aku nih.., takper lah aku kecik ati pon sapa peduli..takder sapa kesah pon,paling2 aku yang tanggung sensorang... ala iela, macamlah tak biasa kecik ati..
Bagaimana bisa ku coretkan dan kugambarkan perasaan aku. waduh waduh.. sukar sekali sih.. ..
hmm..takper lah nak buat cemana..sabo jeklah.. m(_ _)m

Friday, October 22, 2004

bulan puasa

\(Bulan puasa,bulan biasa)/
Assalamualaikum...
21 October 2004, 7 Ramadhan 1425... 7 hari di bulan ramadhan (lbh glemer sebagai bulan puasa)...
Selalunya selain bulan puasa ni,waktu makan kite berbeza... tp bila tiba bulan puasa ni waktu makan semua org islam sama jek... bila dgr jek azan masing2 mula makan... berbanding dengan bulan-bulan biasa.. ikut suka jek nak mengunyah... sambil kerje pon buleh mengunyah...lps tu tengahari jek sumer orang dlm ofis menghilangkan diri pergi carik makanan... berbanding bulan puasa nih..sumernye stay kat ofis..tak pon ada yang rajin p surau... p tidor lah tuh....
Waktu bangun pagi pon dah lain...jd baek sikit..bangun awal,sediakan makanan untuk bersahur.Kalau bulan2 biasa.. dgr azan masih boleh tarik selimut... tp aku rasa aku semakin baek plak bila bulan puasa..yek ar..bangun pukul 4 lebih.. prepare sahur...pahtu kalau dtg baek aku mmg aku tak tido dah pahtu.
Sembahyang subuh pon di awal waktu..lepas orang azan jek terus solat subuh... pahtu buatler apa yang patut untuk bekalan di "sana". Yek ar bulan2 biasa mana ada waktu selama bulan puasa nih..itulah hikmah di datangkan bulan ramadhan nih ek...rasa mcm banyak masa untuk diri sendirik.


Erm.. selalu kalau bulan puasa nih.. mak aku tak masak tengahari kat umah..yek ar bulan puasa,sapa nak makan... sian kucing2 aku tuh..aktiviti kucing2 aku pon turut berbeza.Kucing2 aku tuh pon turut berpuasa... macam tau2 jek dia bila tiba bulan ramadhan nih org tak masak..dan mereka anak-beranak tak banyak kerenah.Selalunya kalau bulan biasa pantang jek, sikit-sikit mintak makan, sabo jeklah. Sampai tak larat nak bg makan dah kucing2 aku tuh,selagi tak dapat makan selagi tu lah dia akan kejar kiteorang, bergesel2 kat kiteorang nih.. nak tak nak terpaksalah bg makan kan..
Kucing2 aku ni bulan puasa dia paham..masa sahur tu lah Onggek dan anak2 berserta cucu2nya akan bangun jugak.. nak bersahur..selalu tuh..huh..selagi tak kejut bangun pagi selagi tulah dia tak bangun dr katil aku tuh (katil aku sekarang dah jadik hak milik onggek anak beranak)..pastu siang2 dia melepak lah..baring jek.. kurang dah aktiviti luar, selalunya mereka ni jarang berada di rumah..asyik outstation jek.. bila lapo br balik..tp bulan puasa ni depa tido jek.. puasalah katakan.. pahtu bila time berbuka jek semua dah tertongok kat tepi tudung saji... time tulah mak aku bg depa mkn.. bijak bijak... tengok sedangkan kucing pon puasa, buat malu jek kat orang yang berakal tp tak puasa tuh.. baek korang insaf sebelom terlambat.
Atas tuh gambo kucing2 aku masa puasa (kenkonon gambo kucing aku lah,pinjam sat gambo,gambo kucing2 aku takder )

Thursday, October 21, 2004

diari ramadhan


\(DIARI RAMADHAN)/

4.00 pagi - Bangun
Berdoalah kepada ALLAH dengan doa :
"Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan".
Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak mungkin kebaikan pada hari itu.
Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi - Solat Sunat
Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku solatsunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun.
Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah dan menyesali segala dosa.
- Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku solatsunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.Selepas sembahyang, berdoalah kepada ALLAH.

- Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku solatsunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.
Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali.Ketika sujud terakhir baca 11 kali, "Laillahailla anta subhanakainni
kuntuminaz zolimin" dan sertakan di dalam hati segala hajat kita.
- Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku solatsunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan solatwitir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, mohon agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita dan amalan
kita, serta memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi - Bersahur

5.30 pagi - Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau
berselawat. Solatsunat Subuh, solatSubuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar
solatatau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi - Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh
bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan
yang kita buat.
10.00 pagi - SolatSunat Dhuha
Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : "Sahaja aku solatsunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala".
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg
sia-sia.
Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang,
bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim
mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.
12.45 tgh. - Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersolatdengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai
solatsunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg. memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg. - Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.Bersujud syukurlah setelah selesai solatsunat dan wirid sebagai berterima
kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg. - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur. Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg - Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa.Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka
dapat hanya lapar dan dahaga", mohonlah kepada ALLAH agar amalan kita diterima.
Apabila masuk watu Magrib, Bacalah doa dan berbuka :
"Ya ALLAH , Ya Tuhanku , kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah
aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka".
Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air,
terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan
berat.

8.00 mlm. - Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana
fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk,seelok-eloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang
baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm. - Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : "Sahaja aku berpuasa hari esok
untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku, tahun ini kerana ALLAH Taala". (JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :
"Dengan namaMU Ya ALLAH, aku hidup dan mati".
Ingatlah tidur adalah mati yg. sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH
ketika tidur.

Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga segala amalan kita diterima dan
diberkhati ALLAH. InsyaALLAH
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Kalau aku dah copy paste artikel ,tu maknanya aku dah kekeringan idea...tp artikel ni best jugak... ada sesetengah tu jek yang aku boleh ikut... yang lain tu kalau boleh diusahakan... diusahakanlah.. semoga aku akan mendapat petunjuk yang benar..Amin..
Tata.. \(^*^)/


Wednesday, October 20, 2004

aiman

\(Aiman Oh Aiman)/

Assalamualaikum..
Apa kabo? sihat? salam ceria salam sayang dari sakuraku untuk sumer pengunjung setia blog ni.. puasa tak ari ni? jgn ponteng puasa..nanti tokleh raya...
Aku nak mulakan dengan laporan pemantauan jarak jauh aku ngan anak-anak sedara aku yang tersayang tuh... semalam petang aku call umah, Daniel yang angkat phone.. suara ceria jek..aku dah mula pelik..

Usu nyer: Abang puasa tak nih?
Daniel : puasa lah usu, dah 4 hari dah (huiyoo, menghitung hari betul dia), Adek tak puasa usu..dia makan kat sekolah tadika tadik.(Ayat berbaur tak puas hati)
Usu nyer : haik? tak puasa ke? takperlah adek kan dah puasa 1 hari semalam....lagipon adek kecik lagik, tak apa..Abang penat tak puasa nih?
Daniel : taklah usu... biasa je...
Usu nyer: ok..good.. panggil emak..


Pahtu aku pon berbual ngan mak aku..mak kata Aiman makan kat sekolah dia tadik,pahtu mak tanya kenapa makan kat sekolah..dia boleh kata "ala, kat sekolah makanlah dulu,nanti balik umah baru puasa"..Ya Allah, tergelak aku mak citer camtuh..Aiman Oh Aiman... mengapa jadik begitu..siaplah,musti kena lecture ngan mama dia bila mama dia balik.. aku nak cakap ngan dia, dia plak takmo..takut kena lecture ngan aku lah tu...
Ehehe..merekalah penghibur hati kami sekeluarga... tgk perangai sorang-sorang..kekadang tergelak,kekadang geram.. itulah ragam budak-budak..
Ish..korang udah beli baju raya ka? aku baru beli subuh tadik..huiyoo..beli baju raya subuh2 tuh,takpa..sejuk sket bila pakainya.. ala..tuan umah aku br balik dr kelantan pagi tadik, so kami bertiga pon beli ler kain tuh,nak buat baju raya ler kenkononnya.. cantik gak..aku pilih kain kaler gold..huiyyooo..bergemerlapan ler aku raya nih... Farah beli
kain sutera kaler purple, ju plak beli 2 helai kain sutera tuh,kaler purple ngan peach...
tp kain jeklah.. nak jahitnya satuhal.. takperlah bawak balik kampung mintak tolong mak jahitkan lah.. actually..mak aku kata kakak aku dah belikan kain utk aku.. merah lagi ha... erm..takper ar... rezeki jgn ditolak..kasut raya pon awal2 lagik kakak aku dah belikan,aku dah pakai pon.. tu jeklah kot yang kakak aku sponsorkan..yang lain2 plak aku yang kena sponsor sendirik..
Ish aku ni udah beso pun nak suruh orang sponsor lagik..takpa..ala kakak aku tuh kalau dia tak sponsor aku sapa lagik yang dia nak sponsor..dia mana ada adik lain selain aku nih.. adik tersayang lah katakan.. itulah untung nya jadik puteri bongsu nih..hehehe..

Sayoonara... \(^o^)/

Tuesday, October 19, 2004

daniel

\(WAHAI ANAK SAUDARAKU)/

Assalamualaikum...
Alhamdulillah,dah masuk 4 hari kita berpuasa kan...maksudnya masuk hari ni InsyaAllah, kalau iman anak sedara aku kuat,4 hari jugak anak sedara aku si Daniel tu berpuasa. Semalam call emak, aku seperti biasa akan memantau anak sedara aku tuh..ehehehe...
Sebab sebelum masuk bulan puasa ari tuh aku cakap kat mak suruh Daniel puasa..kalau puasa sehari seringgit..huiyyooo... bukan apa... sbb aku tau dia ni liat sket nak puasa,taun lepas puas disuruh puasa tp tokleh gak sbb dia tak bleh tgk adek2 dia makan atau minum. Pukul 10 pagi dah nak makan.. so,sebagai langkah untuk melatih dia berpuasa aku cuba ar buat cenggitu...kiranya termotivasi sket dia nak puasa.. Tapi harap2 dia tak salah tafsir dengan apa yang aku buat nih.. harap2 dia tak berpuasa untuk dapat ganjaran jek...harap2 dia sedar kewajipan sebagai umat Islam.
Masa malam Ahad tuh si Daniel call aku.
Daniel :Usu, abang puasa su..
Usu nyer: ehehe..bagus bagus..good boy, berapa hari dah abang puasa nih
Daniel : Dah 2 hari lah su,tp Adek tak puasa su..
Usu nyer :takper lah Adek kecik lagik,Abang dah besar kena puasa
Daniel :Ye lah usu,Abang paham

Itulah lebih kurang perbualan aku ngan Daniel,Alhamdulillah tahan gak dia berpuasa.. Semalam sebelum waktu berbuka tuh aku call mak lagik, mak kata Daniel puasa, Aiman pun puasa,Alhamdulillah..adek pon puasa..tp mak kata biasalah puasa budak kecik.. asyik merengek jek.. nasib baek semalam mama diaorang ada.. so takder peluang ler si Aiman tu bukak puasa,sbb mama diorang ni garang..kalau mak aku, rasanya dah lama Aiman tuh bukak puasa,maklumler mak aku ni berjiwa lembut,tokleh dengar budak merengek sket.. macam aku dulu2 ar.. ehehehe..teringat plak kenangan berpuasa masa kecik2 dulu... balik sekolah terus buat muka letih... tp memang letih pun, yelah balik sekolah jalan kaki, jauh ooo... pahtu nak p sekolah agama lagik... pahtu manja2 sket kat mak,terus buleh bukak puasa..ekeke... tak kuat iman betul aku masa kecik2 dulu kan.. ish ish ish.. sbb tulah aku tamau anak2 sedara aku ikut jejak langkah aku masa kecik2 dulu...ahaks
Orang kata melentur buluh biar dari rebung..kang kalu rebung tuh dah jd buluh baru nak lentur, nanti patah...kan dah susah..
Apa-apa pun ALL THE BEST buat anak-anak sedara aku yang tersayang tuh.. ptg ni kena buat pemantauan jarak jauh lagi..nak bagi motivasi sket kat diaorang tu..

ops lupa...ari nih 18/10/2004..
Happy Besarday to Puan Arfah...yang ke 24..Semoga panjang umur murah rezeki... mmuuuaaahhhhh..