Friday, December 10, 2004

\(Aku dan keyboardku)/



Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Apa khabar adik-adik,anak-anak, saudara dan saudari yang sedang membaca blog ini(aku tukar tang nih),mudah mudahan semuanya dalam keadaan ceria,sihat dan bahagia.. huh..muqaddimah yang aku amik dari rakaman ceramah Dato Hj Fadzilah Kamsah yang bertajuk Ceria.. ha..korang kena ceria macam aku gaks..
Ada orang yang begitu concern ngan entry aku kebelakangan ni,terharunya aku... beliau kata entry aku kebelakangan ni muram.. ye ke? aku tak perasan pun.. yang aku tau,aku menulis mengikut kata hati..mcm yang aku buat sekarang nih.. hati berkata-kata,jari jemari menaip.
Hidup aku ni kadangkala perlukan motivasi.. kalau aku tak memotivasikan diri aku,maka aku akan down.. mulalah aku tak betul..fikir yang bukan-bukan..mulalah pakcik Negative datang kat aku, kadang-kadang tak pasal-pasal orang lain pon terkena tempiasnya, mcm yg jadik kat Epol ari tuh, kan epol kan?kan? Sorilah pasal ari tu yek Pol ek...

Kalau korang perasan,hari tu aku dah masuk balik umah baru aku.. tp aku mcm tak puas ati jek kat umah baru aku nih, tak baper clear kan? korang nak komplen apa2 ker? Si Ju dah komplen..susah nak baca katanya, aku pun rasa gitu gaks kot. Tapi aku suka umah aku sbb banyak bunga-bungaan...banyak sakura, tu yang aku suka.

Kat sini aku nak kongsi sket pasal apa yang aku dapat dari Dato Fadzilah Kamsah..
(aku menaip sambil mendengar ceramah)
*************************************************************
Petua untuk mendapatkan keceriaan...

1.Lakukan ibadah dengan sempurna
Keceriaan yang hakiki datangnya dari rahmat Allah.
Untuk mendapat keceriaan,kebahagiaan jangan lupa,jangan abaikan ibadah.

2.Niat
Kita perlu pasang niat dan berdoa utk mendapatkan keceriaan.
Contohnya...
"Ya Allah,seandainya KAU panjangkan umurku esok,jadikanlah aku ceria,bahagia,sihat,beriman dan dapat buat apa pun dengan sebaik mungkin."

3.Memaafkan semua orang
Sebelum tidur,maafkan semua kesalahan orang lain. Tak kisahlah dia buat apa pun kat kita..ini bertujuan untuk menyucikan hati dan melapangkan hati.

4. Programkan minda untuk positif
Sebelum tidur,program minda kita,diri kita untuk bersikap positif dan cemerlang.
"Ya Allah,esok pagi aku ingin bangun pagi dalam keadaan positif,ceria,cemerlang,bahagia"
InsyaAllah bila kite bangun pagi,mudah-mudahan Allah akan rangsang minda kita untuk bersikap positf.

Persoalannya,MENGAPA KITA MESTI SEDIH,PADAHAL KITA BOLEH CERIA ALL THE TIME.

Ha..camner? dapat ilmu tak? nnt ada masa,aku sambung lagi petua seterusnya. ni baru 4,ada banyak lagik. nnt kite boleh kongsi sama-sama ek..
So,semoga ilmu yang sedikit ni dapat kite manfaatkan,dapat kita cambahkan,dapat kita amalkan dalam kehidupan seharian kite.

Sakuraku menulis:- Farah, akan ku bubuh stokinku itu dengan labuci-labuci dan manik-manik supaya tidak tersilap lagi.Pahtu jgn awak plak tersilap pakai stokin kita.Muahahahahaha....

aku yg besh

Assalamualaikum

Hai kengkawan,adik2,abang2,kakak2, achik2 sumer..pekabo? ish windunyerrr ngan blog tersayang ni.. walaupun baru beberapa hari tak melihat wajah blog aku ni mcm dah bertahun2 tak tgk...
Baru ari nih dpt mengupdate..kang kalu aku kata aku merajuk....korang tak bleh trime..so aku katalah aku busy..mmg lately ni aku kesibukan dan menyibukkan diri... kekadang kesibukan nih besh jugak kan? oleh itu sibuk-sibukkanlah diri anda.. jangan menyibuk hal orang lain udah ler...

Monday, December 06, 2004

ku serah cinta


\(Ku Serah Cinta)/

Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini


Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Pahrol Md. Juoi (Genta Rasa Publishing)
Penyusun Muzik : Belle
Penerbit : Isman Isam
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.



Ni antara lirik lagu yang menyentuh hati aku, aku suka lirik lagu ni..
Hari-hari aku dengar lagu ni...maken terasa kebeshannya....

uupps lupa nak menceritakan sesuatu...hari tu aku balik kampun...ada hal... pahtu masa aku tgh kemas-kemas brg nak balik tmpt aku mencarik rezeki nih... tiba-tiba Irfan telah mengucapkan something yang aku rasa best sangat... dulu,masa mula2 aku dpt anak sedara aku tak terasa feel tuh..tp kali ni,aku terasa sangat...
Masa tuh aku tgh kemas baju masuk beg, handphone aku ada kat atas meja..
Tiba-tiba Irfan kata Cu..nih"... dia ulang banyak kali... masa tu jugak aku peluk dan cium pipi gebu dia tuh...
Akhirnya...akhirnya dia panggil aku Usu..walaupon dalam pelat-pelat dia tuh..selama nih dia panggil aku "mak"..mama dia pun dia panggil mak..asal nmpk org pompuan jek dia panggil mak.. tp hari tu aku rasa betul2 best...
Dah puas aku ngaja panggel usu,tp dia tak bleh ..tp ari tuh,akhirnya terkeluar jugak kata-kata keramat tu dari bibir mungil dia tuh..
Thanks Irfan... Usu sayang sangat kat Irfan.