Tuesday, February 12, 2008

baru muncul

Salam..
haii..kini ku baru muncul..
kalendar bulan februari ni banyak terisi dengan beberapa aktiviti.
Bermula dengan aktiviti Kimono bagi gakusei Nihongo Salon pada 1 Feb.
Lepas itu pada 2 feb pulak ada majlis tahlil kat rumah kak Zana dan Abg Mahzan. So kami warga Sapporo pakat2 masak utk majlis tahlil buat Allahyarhamah ibunda Abg Mahzan yang baru meninggal. Kesian juga sebab diorang tak dapat balik Malaysia.
Selepas itu start 5 feb sampai 11 feb acara tahunan di Sapporo iaitu Snow Festival diadakan di Odoori Park. Dalam festival ni ukiran2 daripada salji dan ais dihasilkan. Dan ada juga pertandingan ukiran salji bagi negara2 luar. Malaysia pun ada jugak.. tapi tak dapat masuk top 5 walaupun pada aku ukiran diorang cantik. Tahun lepas diorang dapat masuk top 5. Bawah ni aku tepekkan ukiran salji diorang.




Ni dia warga kerja dari Tourism Malaysia..masa ni diorang baru jek sampai.

Sepanjang Snow Festival berlangsung, 3 kali jugak lah aku pergi, first pergi dgn my darling..masa tu diorang br stat nak ukir2, 2nd aku p sorang2 ..masa ni kebetulan salji turun menggila, memang sejuk sesangat..dah lah pegi jalan kaki, balik tu aku menggigil terus. Kali ke 3 sehari sebelum penutup festival, aku pergi bersama my darling .. masa ni memang ramai sangat orang... foreigner pun ramai.. nasib masa ni salji tk turun.. masa tu ada pertunjukan ski skali.. memang best tapi penat ar meround satu Odoori Park..
8 feb plak ada perjumpaan dengan duta Malaysia ke Tokyo kat Prince Hotel.. ni lebih pada majlis makan2 lah di samping sedikit perbincangan tentang masalah dan cadangan pelajar2 Malaysia. Aku pun ngekot gak..hihihiihi..nyibuk jek.
Pahtu semalam, kiterang pegi jenjalan kat Mount Moiwa..
Semua gambo2 berkenaan aku tepek kat fotopages aku...
InsyaAllah minggu depan kami akan ke Abasihiri..nak main salji lagik.InsyaAllah.