Friday, August 27, 2004

jendela hati

\(JENDELA HATI)/

Jendela Hati (FIRDAUS)

Aku ingin hidup secerah mentari pagi
Yang menyinari di taman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
Yang terdengar di jendela kehidupan

Aku ingin segala-galanya damai
Penuh mesra membuahkan ceria
Aku ingin menghapuskan duka dan lara
Melerai rindu di dalam dada

Sedamai pantai yang memutih
Sebersih titisan embun pagi
Dan ukhuwah ini pasti berputik
Menghias taman kasih yang harmoni

Seharum sewangi kasturi
Seindah ceria pelangi
Segalanyakan bermula di sini

*************************************

Assalamualaikum..
Sapa nak tau ni sebenarnya lirik lagu nasyid...
Aku suka sangat lagu ni...
Aku rasa..aku rasalah,kalau tak silap aku, lagu ni kumpulan Saujana pernah nyanyikan dulu, pastu bila Firdaus buat album ketiga (CINTA DAN HARAPAN) depa nyanyikan balik lagu ni tapi rentak lainlah(kalau silap tolong betulkan)... aku rasa lagik best ar...
best gak lagu nih...
Erm..sebenarnya aku kekeringan idea nak tulis apa dah..sebenarnya ada bende nak tulis tapi kena tunggu mr mah"mood" datang dulu..baru buleh create idea yang best2...
Ok.. aku nak buat kije dulu..
***Atok san... kesian gambo depa tu dibuat cenggitu... \(^o^)/
Sayoonara

Wednesday, August 25, 2004

nora

\(Nora)/

Assalamualaikum...

Firstly, thanks to my beloved friends , Nora...
Thanks sebab sudi menjenguk blog aku ni...
Dah lama tak dengar kaba berita dia ni..
Sebenrnya cik nor nilah best friend aku kat UUM dulu..
Boleh dikatakan, sejak kenal dia ni,aku kenal orang lain yang wujud dalam UUM tu..
Sebab selama aku study dulu, aku hidup ngan cara aku yang tersendiri..aku tak kenal orang lain dah...Sejak kenal dia ni aku boleh rapat dengan classmate aku sendirik... iaitu Faizul ..tapi skang ni dah ilang balik.. sbb hendpon aku kena ragut dulu, si Faiznya pun dah ilang...
Cik Nora ni jugak ajo aku jadik berani buat apa2, kalau dulu kekadang aku tak berani nak buat apa2 yang aku pikir nak buat.. Boleh dikatakan suka duka kami kongsi sama2...
Thanks Nora...lama dah tak jumpa ko...ko kata ko makin tembam skang ni ek..ahahhaha, aku dapat bayang..ihihiihihi..aku still cam dulu, cuma umur jek dah bertambah..eheheheheheh..
Tabahkan hati menjadi anak rantau kat negeri aku tu..kat sini pun aku sebatang kara cam ko..kat UUM dulupun aku sebatang kara gak.. kekadang hidup merantau dan berdikari ni lah mengajar kite menjadi matang..
OK..all the best in your study...
Nak buat blog cakap ngan aku ek...

hati

/(HATI)\

Hati
Mengapa kau sungguh mulia
Kau mengawal segalanya
Menentukan perwatakan manusia

Hati
Tahukah kau
Terkadang kau
Menyebabkan pergolakan
Menentukan keputusan
Mencetuskan permusuhan

Tetapi
Kau juga
Mencipta bahagia
Menyatukan dua juwa
Menjadikan manusia bersaudara
Meramaikan perwira negara

Apa pun
Kau menentukan segalanya
Kerana insan
Hanya akan mendengar
Kata HATI....

nukilan:
-Fazielah-

Tuesday, August 24, 2004

hermmm.....

/(NOTHING)\

Assalamualaikum...

Nampak tajuk post aku tu?
Nothing.... tak der apa yang best aku nak criter...
(cuba korang tengok "tangan" kat dalam tajuk entry aku tu...selalunya dia akan keatas, kali ni dia ke bawah.... camtu lah perasaan aku skang ni... )
Cuma aku dilanda kesibukan sikit... ikut perancangan, minggu ni aku dah masuk bahagian News Letter, tapi aku terpaksa mengabaikan News Letter tu dulu, sebab si Latest News ni tak siap gik...rasa nak meraung jek ...

Aku tak tau nak tulis apa... aku tatau camana aku nak tulis kat sini apa yang aku rasa sebenarnya.... banyak bende yang aku pikir... /(_ _)\