Friday, November 14, 2008

Borinnggg

Boring....

apa lagi ..menghilangkan boring dgn main game masak2 burger....

tp ada ar gak ke kedai membeli barang2 sambil2 exercise....
esok nak menjamu anak2 dara sapporo ni makan kat umah....
alah bukan ramai pun... ada ler dalam 3 orang.... ramai tak anak dara malaysia kat sapporo ni? hihihihihiihhiihi... kat sini ramai bujang teruna jek....
kalau ajak si bujang teruna tu confirm rumah cenonet ni tak muat....
setakat anak2 dara tu boleh le muat lagi.....

maklumler..rumah jepun kan kecik sekecik2nya.....hihihihiihihihi

Thursday, November 13, 2008

MARI MAIN GAME BURGER

Ni ler keje aku lately ni... main game burger...seronok wooorrrr..... sampai lenguh2 tangan main....

Sorry image game ni terlebih ruang plak.... sile ler main game ni...tanoshikatta

Burger Restaurant 2

Wednesday, November 12, 2008

Menu hujung minggu..yummy

Salam...

Saje nak letak menu hujung minggu kami..
hasil air tangan my laling...
so ujung minggu ku beristirehat sahaja...hihihihihihi....



Ni lah rupanya menu ujung minggu kami... kalau tak silap ku namanya Black Pepper Chicken Chop.. hihihi..tercomot sket kat pinggan tu. coslow tu pun buat sendrik gak..
Kebetulan petang tu kak ain dgn abang hardi nak datang plak menjenguk kiterang..biasalah kat sini kunjung mengunjung perkara biasa... so inilah menu yang dihidangkan.... hihihihihi..Alhamdulillah..merasa gak nak makan chicken chop..rasanya??? mmm..sedapp, macam makan kat kedai la plak.... hihihhii...doumo arigatou ne, abangu...

nak resepi? cilok dari myresipi

Black Pepper Chicken Chop

  • *UNTUK DIPERAP*
  • 2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 cm halia (cincang)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos Lee & Perrins
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • garam secukup rasa
  • *SOS BLACK PEPPER*
  • 1/2 botol sos lada hitam
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 3-4 cendawan butang (cincang)
  • 1/2 biji bawang besar (cincang)
  • garam/gula secukup rasa

Cara-cara

  1. gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
  2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
  3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
  4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
  5. tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
  6. caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa. OK?