Thursday, November 04, 2004

version1.0

\(MENJELANG AIDILFITRI version 1.0)/

Assalamualaikum..
Pekabo? poser tak? sapa tak poser tu memang nak kena tarik telinga (ehehehe..mcm ckp ngan anak2 sedara aku).Semalam aku dapat kad raya yang pertama untuk taun ni.. tp budaknya aku tak kenal sgt,yg aku tau budak GRS gak. Budak kelas AE. Sebenarnya dia nak bg Farah jek kad raya,pah tu takut hosmet Farah yang 2 uran nih kicik ati,so dia bg gak ar..lawak jek...dia tak pernah wat salah kat aku tetiba mintak mahap..wakakaka..tp takper..ada gak kad raya..tp yg beshnyer smalam budak tu bg Farah Kad Deepavali..hensem lg gambo hero tuh..aduh!! nak pecah perut aku ketawa..siap ada subtitle lagik tuh kat bawah tulisan tamil tuh..
Eheh.. kad raya br je tulis..tp blom pos gik..rasanya taun nih aku tak eksaitet
sangat mengirim kad raya..pakcik,makcik ngan sepupu kembar aku kat Sabah tu aku tak bg pun,slalunya tetiap taun wajib bagik,taun nih aku malas lah plak lagik pun hujung taun ni dia dah balik menetap kat Pontian dah. So tak yah ar ek... Memandangkan aku nih tak ramai kawan..so kad tu tak banyak, sket jek..maklumler uran cam aku ni sapa nak kawan..kat UUM dulu pon
hidup sebatang kara, takder kawan.Tp Alhamdulillah ada juga makcik Sarah nak amik
aku jd anak angkat dia,walaupon badan aku nih cumel tp ada juga uran sanggup nak
mengangkat aku..keh keh keh..
Persiapan raya
Persiapan raya aku taun ni sama jek ngan taun2 lepas. Takder apa yg besh,cuma taun
ni budget aku lebih pada anak sedara aku yang baru tuh..Nur Insyirah Alwani Binti Januar,
ehehehe..maklumler anak sedara pompuan yang first,so kalu p shopping tu aku pantang
tgk aksesori bebudak pompuan.. sampaikan sepit rambut si Shirah tu dah berapa banyak dah,ari tuh jek aku belikan dia sepit rambut berbulu riang kat dia.Anak2 sedara aku
yang hero2 tuh,aku tatau nak belikan apa..takkan nak beli pistol kot..mmg nak kena tarik tlinger..udah tu aku nak beli apa? dulu aku slalu gak belikan depa baju
..tp baju depa udah berlambak, pahtu udah tak bleh bli baju aku belikan depa buku
plak.."apa lah..tak pandai baca lg udah belikan buku"--ni ayat kakak aku.. dah tu
aku tatau nk belikan depa apa..lainlah kalu budak pompuan,byk bende bleh beli..erm..nak belikan diorang ni apa ar?
Kuih plak,aku rasa taun ni aku tak beli kuih kot, nak buat senirik,sambil2 blajo kan.. kakak aku tu lain ar, kuih tunjuk jek tetiap taun. Taun ni aku nak try buat beskut plak,selalu tu aku buat kek jek.. hmm tu pon masuk budget tuh. Mak aku mmg bersara dah buat kuih,nak soh anak2 dia plak buat kuih raya.
Shahdunya baca blog Epol.. tp nak wat cemana, tanggungjawab kena laksanakan.. takpa Pol aku paham kijer ko tuh.... yang penting buat kerja hati kena iklas..(nasihat
untuk aku gaks)
Buat Ariep..sabar.. Allah dah tentukan rezeki masing2.. yang penting kena usaha,
tawakal dan bersabar..tak rugi jadik uran sabo nih.

Sakuraku---
sedihnya dengar lagu Dendang Perantau..ak utak sanggup nak boh lagu tu kat blog aku ni

mlm lailatul qadar

\(PETUA CARI MALAM LAILATUL QADAR)/

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA)
ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR
(HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA> '> UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

> JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I) AHAD ATAU RABU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN
II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;
III) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;
IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;
V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.
Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 27 ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 9 hb November 2004.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadar ialah :
1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

Wednesday, November 03, 2004

2/11

\(2/11/1973-13/12/2001)/

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu

(lirik lagu Kau Sahabat Kau Teman--Hijjaz)

Assalamualaikum.. lm aku tak menulis kan?..
hari ni 2/11..erm.. apa yg aku nak tulis kali ni maybe criter sedih lagik..
Hari ni kalau nak diikutkan hari ulangtahun kelahiran arwah abang aku...
aku tak nak tulis panjang sbb nnt aku sedih lagik... aku tak mo nangis lagik..tp ni pun aku tgh nangis..harap2 takder orang perasan..
Aku terima ketentuan Allah... Segala2nya Allah yang tentukan..
Aku sayangkan dia,family aku sayangkan dia,tp Allah lbh sayangkan dia...
Semoga Allah tempatkan dia dikalangan hambanya yang beriman...Amin..

Al-Fatihah buat Allahyarham Zaizul B. A.Hamid.