Friday, October 24, 2008

Hujan...dan pisang goreng




Salam...

Hujan...
hari ni di jangka hujan dan dari malam tadi bunyi angin kuat... dah lah duduk tingkat 11... bunyi angin tu sangat menakutkan...
dan pagi ini nampaknya hujan akan turun...
kalau hujan2 macam ni bestnya kalau pekene pisang goreng (walaupun waktu pagi) dengan teh o panas...perrhhh...
bestnyer.. tapi kat sini sekali jek aku pernah buat pisang goreng..tu pun pakai pisang berangan yang dah warna kuning dan masak tu, so kalau masak maka lembik la dia dan byk ar minyak dalamnya..... memang tak best..tp kalau dah teringin sangat sebat je la labuu.....

tgk gambar atas tu cukup menggiurkan..bagi orang2 kampung aku lah kalau makan pisang goreng musti cicah dengan sambal kicap..memang sangat sedap... pisang goreng jadi kurang sedap tanpa sambal kicap... sedap tu kalau kat negeri2 luar orang selalu cakap pisang goreng ala johor sbb makan pisang kene cicah sambal kicap.. pahtu org2 kampung aku jugak kadang2 pisang goreng menjadi menu sarapan pagi....
alahai...bestnyer dapa menikmati pisang goreng cicah sambal kicap tambah plak teh o panas di kala hujan turun ni.... hmm...rindunyerr kat kampung....

Thursday, October 23, 2008

KENTUT

Wahahahhaaa...dapat dari email....
tak pasti la kesahihan bende ni...

Faedah Kentut


WASHINGTON : Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal tetapi pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai faedah kentut.
"Kentut, jika kerap dihidu boleh menyembuhkan perbagai penyakit berbahaya seperti sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis,sakit jantung dan lain lain. Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS telah pulih daripada perbagai penyakit disebabkan menghidu kentut dan ramai lagi berasa lega daripada penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu," kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS.
Katanya, orang ramai mesti menyedari menghidu kentut sebenarnya menabah khasiat untuk kesihatan orang lain.
Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut mempulihkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar, 30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur, kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut. Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari (purata rakyat Malaysia 9 ke 20 das sehari).

Bayangkan kalau rakyat Malaysia mengeluarkan kentut secara serentak beramai ramai..... maka akan hijau dan suburlah bumi Malaysia dan rakyat nya sihat sejahtera sehingga ke liang lahad.

Moral of the story :
Kentutlah merata-rata tempat dan ingatlah orang-orang yang tersayang. Jangan kentut terkeluar kunyit....