Tuesday, August 07, 2007

konvo




Majlis Graduasi Ke 11 Kumpulan Kolej PTPL.

Adakah ini majlis graduasi yang kali terakhir buat aku di Kolej ini? Aku rasa jawapannye ialah YA.

Menghadiri majlis graduasi atau bahasa glemernyer konvokesyen, sangatlah bestnyer.. Ianya mengimbau saat aku berkonvo 4 tahun dulu.. Tetapi bezanya sekarang aku menjadi pemerhati kepada student-student yang berkonvo.. Saat memakai jubah tu yang seronok sebenarnya.. tenaga akademik sedikit over daripada students..hehehhe... seronok tau pakai jubah nih, walaupun macam pingu.. dahlah jubah tu berat, ibarat menggalas beban.. kain tuh tebal woorrr...
Tapi apa2 pun terasa bangga apabila salah seorang bekas student yang aku ajar dinobatkan menjadi Best Student untuk Sains Komputer..Tahniah Bani...

Dan ini juga adalah majlis konvokesyen terakhir aku.. Ada lagik ke peluang untuk aku berkonvo? Aku akan menamatkan khidmatku di kolej ini pada 30 ogos 2007... di saat negara menyambut kemerdekaan, aku pun turut merdeka..merdeka dari dunia kerjaya yang aku sayang.. merdeka dari masuk ke kelas, mengeluarkan suara ibarat memasuki kelas vokal, merdeka dari memikirkan soalan2 yang patut di tanya pada kuiz, assignment, mid term, final exam..merdeka dari membuat dokumen2 pejabat.. pendek kata merdeka dari dunia kerjaya..
Mungkin sampai di sini saja khidmat aku untuk anak2 bangsa.. mungkin selepas ini rezeki ku di tempat lain pula..
Selepas ini jika darling izinkan, aku ingin pulang ke kampung, menghabiskan masa bersama keluarga sebelum berangkat bersama darling...
Inilah Perjalanan Hidupku...