Friday, July 01, 2005

subuh

\(Di Suatu Subuh Yang Hening)/)



Pada subuh yang hening,ketika manusia lena diulit mimpi,sejalur cahaya indah terpancar nun di kaki langit. Sadik namanya, dan ia tersenyum memandang sekalian penghuni bumi yang sedang berdengkur.

DAM! DAM! DAM!

Beduk dipalu menyambut kedatangan sadik yang indah kemilau cahayanya. Pukul 6 pagi, berkumandanglah suara muazin di sebuah surau di selatan tanahair,mengejutkan manusia yang masih lena.

ALLAH MAHA BESAR! ALLAH MAHA BESAR!
ALLAH MAHA BESAR! ALLAH MAHA BESAR!

Pukul 6.01 pagi,muazin di surau dan masjid di daerah pula mengalunkan kalimah suci itu. Lantang, tapi menyejukkan dada. Wajah sadik semakin jelas.

Pukul 6.02,laungan yang sama bergema di daerah yang lebih utara, begitulah seterusnya, berganjak dan berganjak tanpa henti di wilayah lain. Pukul 6.05 pagi, berkumandang azan subuh di kota metropolitan yang bernama Kuala Lumpur. Laungan suci mengajak umatNYA menunaikan solat beralun sayu tingkah bertingkah, hamper serentak dari setiap corong pembesar suara. Seluruh kota itu bergema dengan peringatan;

ALLAH MAHA BESAR! ALLAH MAHA BESAR!
ALLAH MAHA BESAR! ALLAH MAHA BESAR!

Pukul 6.06, azan subuh beralih ke daerah lebih utara. Demikianlah aturannya, tidak berhenti-henti, bersahut-sahutan membuka lembaran pagi yang aman permai. Selepas azan berakhir di Perlis, ia berkumandang pula di Selatan Thailand, kemudian terus berganjak dan berganjak, setiap saat, minit dan jam ke Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan serta Afghanistan.

Semasa penghuni sebuah Negara permai bernama Malaysia sedang sibuk bekerja, azan subuh berkumandang pula di Kazakhtan dan Uzbekistan, kemudia menggegar bumi Asia Barat, dari Iran yang berselubung hitam dan Iraq yang sedang bergelut dengan pembunuh berkulit putih, hinggalah ke Turki, seterusnya Eropah.

Di saat matahari mula menuju ke ufuk barat sebuah negara yang permai bernama Malaysia, azan subuh bergema di bumi angkuh bernama Amerika Syarikat dan Kanada.

Seruan suci itu bersambut di Jepun, kemudian di sahut oleh masjid-masjid di Korea, China, Filipina, Vietnam, Laos dan Kemboja tanpa putus walaupun sesaat. Ketika manusia sibuk bekerja di bumi Amerika, sadik yang indah memancar lagi di kaki langit sebuah Negara bernama Malaysia. Wajahnya tetap indah dan berseri, membawa khabar suci untuk yang mengerti.

Pukul 6.01 pagi, seruan azan subuh berkumandang lagi di sebuah surau di selatan tanah air.

ALLAH MAHA BESAR! ALLAH MAHA BESAR!
ALLAH MAHA BESAR! ALLAH MAHA BESAR!
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH!
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH!

Seruan suci di subuh yang hening ini tidak pernah putus di laungkan di setiap inci muka bumi, walaupun sesaat. Namun betapa ramaikah yang sanggup meninggalkan tilam dan katilnya untuk beberapa minit demi menyembah YANG MAHA PENCIPTA??

PETIKAN DARI MASTIKA MAC 2005.

Monday, June 27, 2005

MTEst Reunion

\(Test & SE3 Reunion)/

Assalamualaikum..apa kabo summer? semoga sentiasa dalam redha Ilahi. Amiin.

Hari Sabtu 25 Jun ari tuh, aku p test aka exam.. Exam?? Test?? test mende plak neh.. aku bukannye budat skul lg.. ehehehe ada ar satu exam tuh.. exam utk jadik cikgi.. aku ni dari dulu sebenarnya cukup takut ngan Exam nih.. dengar jek exam atau test, perekse atau semua ayat2 yang membawa maksud yang sama, aku dah mula tertekan.. aku cukup tak suka ngan test,exam,pereksa dan geng2 dia.. huhuhu.. tapi nak buat cemana, utk menguji IQ dan kefahaman kene ar buat jugak..

Aku ni sejak meninggalkan zaman persekolahan, aku dah free dr exam2 nih, tp hari tuh aku kene berhadapan dengan kejadian itu jugak,dah aku register pahtu dapat panggilan utk buat exm tuh..so selamba jek ar, dgn takder preparationnya aku melangkah dengan machonya ke dewan exam.. menggigil gak aku..dah ar tak buat preparation..
Melangkah ke dewan exam, teringat plak zaman aku bergelar student.. sebijik..ada no giliran,ada meje susun satu2,kerusi.. hohohoho teringat plak memori lama..saat aku tertekan menjawab setiap soklan yang menguji minda.. huhuhu..

Tapi masa sesi exam tuh, aku biasa ar,dah tak buat preparation, tanda jek ar..agak2 seswai dan instinct kata ok..itu ar yg aku tanda... hohoho..apa daaaa..susah gak oo soklan dia.. tp aku main tanda jek..objektif jek...buleh main dadu lagik haaa..
hohohoho..apa2pun kalau ada rezki ada ar.. berharap?? tak kot... aku tak nak tanam harapan dah... aku takut nak berharap, sbb aku tau, kalau aku berharap, yang aku harapkan tu lah aku tak dapat.. so redha dan pasrah...

Err.. entry aku kali ni adalah entry berbaur negatif.. dan tak seswai utk diikuti oleh pembaca yang bergelar student.. "AMARAN!!! SILA JANGAN TIRU AKSI INI"