Monday, December 06, 2004

ku serah cinta


\(Ku Serah Cinta)/

Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini


Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Pahrol Md. Juoi (Genta Rasa Publishing)
Penyusun Muzik : Belle
Penerbit : Isman Isam
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.



Ni antara lirik lagu yang menyentuh hati aku, aku suka lirik lagu ni..
Hari-hari aku dengar lagu ni...maken terasa kebeshannya....

uupps lupa nak menceritakan sesuatu...hari tu aku balik kampun...ada hal... pahtu masa aku tgh kemas-kemas brg nak balik tmpt aku mencarik rezeki nih... tiba-tiba Irfan telah mengucapkan something yang aku rasa best sangat... dulu,masa mula2 aku dpt anak sedara aku tak terasa feel tuh..tp kali ni,aku terasa sangat...
Masa tuh aku tgh kemas baju masuk beg, handphone aku ada kat atas meja..
Tiba-tiba Irfan kata Cu..nih"... dia ulang banyak kali... masa tu jugak aku peluk dan cium pipi gebu dia tuh...
Akhirnya...akhirnya dia panggil aku Usu..walaupon dalam pelat-pelat dia tuh..selama nih dia panggil aku "mak"..mama dia pun dia panggil mak..asal nmpk org pompuan jek dia panggil mak.. tp hari tu aku rasa betul2 best...
Dah puas aku ngaja panggel usu,tp dia tak bleh ..tp ari tuh,akhirnya terkeluar jugak kata-kata keramat tu dari bibir mungil dia tuh..
Thanks Irfan... Usu sayang sangat kat Irfan.

No comments: