\(PESANAN KETIKA MENDENGAR AZAN)/
Subhanallah...! emel ini sedikit sebanyak menyedarkan ku betapa miskin nya
diri ini tentang ilmu Allah.
Pesanan Semasa Mendengar Azan...
 
            Kematian itu pasti menjelma.  Hanya masa dan waktunya yang
            tidak kita ketahui. Cuba kita amati.  Mengapa kebanyakan orang
            yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya
            kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan
            'sakaratul maut'.
 
            Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:  "Hendaklah kamu
            mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan
            lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan,
            kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa
            pun semasa azan berkumandang.  Sebagai orang beragama Islam
            kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu
            kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
 
            Mengapa ketika azan  kita tidak boleh mendiamkan diri?  Lantas
            sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan
            lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita
            semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah
            "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan
            kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allahdgn izinNya
            menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita
            sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
            ini! tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
 
            "Ya Allah!  Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang
            baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah
            "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
            Amin..  amin.. amin  Yarobbal a'lamin.."
 
 **********************************************************************
Terima kasih kepada penghantar email... 
Inilah sebahagian perkara yang kite selalu terlepas pandang.. semoga entry ini akan menjadi peringatan buat kite semua.
HAJI GUNA KERUSI RODA ELEKTRIK/ELECTRIC WHEELCHAIR
6 months ago