Friday, July 23, 2004

Hari Jumaat Yang Bahagia

\(Hujan Rahmat)/

Assalamualaikum...

Hm.. pagi tadik dapat lah aku bangun solat sekejap..Alhamdulillah... tercapai hasrat aku..

Pepagi nak p kerje hujan plak... tapi redah jek... hujan rahmat kan..Alhamdulillah.. pastu naik bas kat PKNS...

Hari ni kat opis tak buat kerje pun, kerje dah siapkan.. tinggal nak tukar dari Windows XP Home ke Pro jek, tak tau lah bila siapnya.. buleh buat ker tak...
kerje aku ari ni dok baca artikel jek.

Hmmm tak tau nak kata apa.. so lazy lah.. dont know what to do....


ERMMMMMMMM..............

EENNNNNNNNNNDDDDDDDZZZZZ

KHAMIS yang BAHAGIA

\( MALAM JUMAAT YANG BAHAGIA)/

Assalamualaikum...
Alhamdulillah....
Pagi tadik aku dapat buat qiyamullail.... bangun kol 4...ihiihihi..aku harap hari ini dapat menjadik detik permulaan dalam hidup aku untuk aku mulakan perjalanan ibadat aku.. Semoga segala amalanku ini di terima Allah...

Alhamdulillah jugak kerja-kerja aku dah siap, tinggal nak pergi jumpa Cik Miza esok untuk proses perbincangan seterusnya.

Balik kerje Kak Sue amik..rupanya dia puasa, selamba aku belikan dia cucuq udang, tu nasib baik aku tak makan dalam kete...

Balik kitorang masak..aku masak ayam masak lemak cili padi,kak su masak makanan lain... ehehehehe, berjaya buat masak lemak tu.. dan masak lemak cili padi tu mengingatkan aku pada masakan masa aku kerje kat kat Gardenia dulu, kalau setiap hari Rabu memang hari yang aku nantikan sebab hari Rabu jek Gardeni sediakan masak lemak cili padi,sambal terung , huh..bestnyer....

Malam plak lepas semayang sumer tengok tv... ehehehhe dah lama sebenarnya aku tak tgk tv malam-malam ni.. selalu tidoq awai..

Erm.. tapi malam tadik kire aku tidoq awai gak ar , sebab aku tertidor masa tgh baca novel... terbangun pukul 3.30 pagi...


Marilah kite sama-sama mendoakan Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Aziz cepat sembuh dan di beri kesihatan... Semoga Allah memanjangkan usia beliau dan di beri kesihatan..Amin Ya RAbbal Alamin..

ENDZZ

Thursday, July 22, 2004

biasa jek

\(Hari Yang Men"tension"kan)/

Assalamualaikum..

Aku rasa hari ni cukup menensionkan bagi aku.... mana taknya... flash yang aku buat tu dalma lbh kurang 2 minggu, burn macam tu jek... tak bleh pakai... huwaaa!! last-last create satu lagik file... dalam lbh kurang 2 jam lebih dah siap... ffuuuhhh... legaa..... aku buleh senang ati sket... sia-sia jek si burhan kena marah ngan aku... ahahhahaha..suri ekkk..

Dalam minggu ni aku rasa aku tido cepat, lepas maghrib jek aku tido.. pastu dalam pukul 2 ,3 pagi aku bangun... Alhamdulillah..at least aku buleh buat ibadat tambahan... bacaan Alquran aku pun dah sampai surah Al-A'raf... Alhamdulillah..semoga Allah bagi aku kesempatan lagik untuk baca ayat suci Al-Quran ni... bila aku baca kitab suci ni hati aku jadi lapang..hilang segala rasa tertekan..yang ada cuma perasaan ingin tahu.... sebab aku baca terjemahan sekali kan..tu yang rasa makin best tu..

Dan aku rasa makin cetek ilmu aku, bila aku makin baca cerita-cerita Islam dalam forum islam,bila aku baca hadith-hadith..aku rasa banyak bende yang aku tak tau... dan hati aku meronta-ronta nak tau... Aku harap aku akan dipertemukan dengan insan yang boleh memberi aku tunjuk ajar dalam mengenal agama ku sendiri,dalam ilmu ukhrawi ini... Aminnn Ya Rabbal Alamiiinnn...

Wednesday, July 21, 2004

Senaman Zahir & BAtin

\(SENAMAN ZAHIR DAN BATIN)/

Setiap pagi kita bangun pagi sama ada bangun pukul 5, 5.30, 6 atau 6.30

adalah lebih baik jika bangun lebih awal dan elakkan dari terlebih tidur.

Andai kata bangun pukul 6 pagi, buka saja mata ucapkanlah Alhamdulillah.

Kemudian:-

1. Lakukan sedikit senaman ringan.

2. Sebelum masuk bilik air minumlah segelas kecil air suam dan masuk bilik air.

3. Lakukan pembersihan badan seperti mandi dan gosok gigi dengan betul.

4. Untuk memulakan mandian, mula dari bawah kaki dibawa ke atas badan sehingga ke atas kepala.

5. Selepas mandi biarkan seketika sambil lap badan dengan tangan sebelum menggunakan tuala. Selepas selesai mandi, kenakanlah dengan pakaian yang sesuai, bersih dan disertakan dengan bau-bauan wangi. Solat subuh dua rakaat dan berdoa. Kemudian buat persiapan diri sama ada untuk ke tempat kerja atau ke tempat belajar.

6. Ketika mengadap cermin, baca doa dan senyum selama 30 saat.

7. Pastikan sarapan pagi tidak ditinggalkan. Sarapan pagi sangat penting untuk pembentukan rutin makanan sepanjang hari.

8. Pada tengah hari, makan tengah hari juga perlu dan tidak patut ditinggalkan. Biarpun sedikit, tapi ianya perlu diambil.

9. Ketika makan,jangan makan bersulamkan air. Makan dahulu dan tunggu seketika sebelum minum air. Dan amalkan minum air yang banyak. Jangan diselalukan minum air sejuk atau air batu. Sekali-sekala tak mengapa.

10. Selepas makan tengah hari, berkumurlah untuk membersihkan dalam mulut.

11. Selepas itu lakukan solat Zohor.

12. Pada waktu petang hadapilah hidangan petang dengan meminum teh atau kopi panas. Lakukan sedikit senaman ringkas atau senaman berat jika ada masa terluang. Lakukan senaman atau kerja yang mengeluarkan peluh selapas solat Asar.

13. Kemudian pergi bersihkan diri dengan mandi. Lakukan mandian seperti pagi tadi dan jangan lupa berus gigi.

14. Pada waktu malam, selepas solat Magrib, lakukan pembacaan Al-Quran.Paling kurang pun satu muka surat. Kemudian lakukan solat Isya. Ketika hendak masuk tidur, baca doa-doa ringkas. Sebelum tidur, cuci muka dan berus gigi.

15. Tidurlah pada waktu awal dan bangun untuk solat tahjut dua rakaat.

Sekian...
Wassalam

Tuesday, July 20, 2004

TAktau nak tulis apa

\(Amalan Minum Rasulullah S.A.W)/

Assalamualaikum...Bismillahirrahmaanirrahiimmm..
Kat sini aku nak berkongsi ngan kengkawan semua apa yang aku baca pasal amalan minum Rasulullah S.A.W.. baca, jangan tak baca. Rugi kalautak baca....

Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk.Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1.Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2.Mencuci perut
3.Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4.Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5.Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebihbesar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk" Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar.Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan

Ringkasan adab minum

1.Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2.Bacalah " Bismillah"
3.Minum dengan tiga nafas
4.Minum dalam keadaan duduk
5.Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6.Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7.Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8.Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain
9.Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
10.Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
Jazakallah hu khairan kathiraa

Monday, July 19, 2004

KISAH LAMA

\( PANGGILAN YANG TAK DIUNDANG )/

Assalamualaikum..

Erm... tak tau nak kata apa..apa yg aku tau aku tgh geram ni... nak tau pasai pa?
pepagi tadik dlm kol 6.30 dapat 2 missed call... aku tgh tidoq lagik masa tu..siap bunyi ringtone aku tu (PULANGKAN)masuk dalam mimpi aku..
pastu tak lama tu bunyik lagi buat kali ke tiga... yang ni aku dah tahap sedar diri dah.. aku tgk nombor... 03954xxxxx.... erm... dlm kepala otak aku ni fikir maybe Alex kot, nak suruh datang kelas pepagi... pastuh aku angkat.. aku tersentak..aku kenal suara tu... ARRRRGGGGGGGHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!! tidak!!!!! kenapa mesti dia.... aku tak tau nak kata apa..aku tanya mana dia dapat nombor aku, dia kata dia carik.. aku tak terlintas plak nak cakap apa tujuan dia carik aku, call aku...maklumlah aku tengah mamai masa tu.

Pastu dia cakap kenapa tak bangun solat lagik..."awak, dah pukul 6.30 ni, tak solat lagik ker? kalau saya tak kejut tadik awak tak bangun solat lah ek" .. ek elleh dia ingat aku ni apa? abis selama ni dia tak kejut aku , selama tu lah yek aku tak solat subuh.. banyak cantik... nak tunjuk baik lah tu.. pastu aku terus tamatkan talian...

Lepas solat subuh, baca Al-Quran semua.. tengok-tengok ada missed call.. mamat ni lagik... lepas tu ada lagik call tapi aku tak jawab..aku biar jek telefon aku berdering... lantak dialah.. adalah dalam 6 kali dia telefon tapi aku tak jawab.. padan muka.. tak sedar diri, dah jadik laki orang pun nak kacau aku lagik, dia ingat aku ni apa? tercabar betul jiwa aku ni.. yang aku peliknya mana dia dapat nombor aku ni, aku sms Nora, dia kata tak tau...

Sampai kelas aku telefon mak aku, mak aku kata ada kawan aku call, lelaki.. dalam hati aku..Sah si hantu ni call umah aku, mana dia dapat nombor umah aku ni. Mak aku kata kakak aku yang jawab, dia kata nama dia Karim (Karim?????????? banyak cantik, menyamooo) dia kata kat kakak aku dia belaja sama ngan aku kat UUM.. banyak cantik, aku mana ada kawan lelaki kat UUM terutama nama Karim.. pandai lah ko nipu mak ngan kakak aku ek..

Seharian jiwa aku dilanda kekacauan... Huwaaaaaaaaa!!!!!!!!! kenapa ko muncul lagik dalam hidup aku di saat aku tengah bahagia dengan kehidupan aku.. ko tu dahlah dah kawin, tak lama lagik nak jadik bapak budak.. kenapa ko kaco idup aku lagik...
Kat kelas aku hantar email kat dia.. aku harap dia baca email tu, sebab dia ni banyak email taktau mana satu yang dia guna.........

Malamnya aku dah pasang ayat kalau dia call lagik, tp masalahnya aku ni tokleh nak marah orang, sebab nanti aku tak sampai hati, hati aku ni cepat cair bila dengar suara dia... walau pun dia dah buat aku macam ni..huwaaa.... lagi pun kalau aku marah nanti dia makin suke kacau aku.. huwaaa, aku harap dia takkan kacau aku lagik lepas ni..

"Ya Allah tabahkanlah hati hamba Mu ini... Amin Ya Rabbal Aalamiin"