Friday, July 30, 2004

\(Sutera Kasih-In-Team)/



Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya

************************************


Aku suka sangat2 lagu ni....
aku pernah meneteskan ayer mata dengar lagu ni..kebetulan masa tu jiwa tengah kacao kan...
huhuhuhu...sedey ooo.... dan menginsafkan..
enddzzzzz

Thursday, July 29, 2004

99 langkah

\(99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN)/

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena
sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak
berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti mengobrol yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merusakan;
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang


ENDZZZ.........

Wednesday, July 28, 2004

balik kampung

\(BALIK KAMPUNG)/

Asslamualaikum..




















Pepagikan masa aku tgh lintas jalan akak aku sms... soh balik kampung..
Erm... pastuh ingat nak call mak aku tapi tak sempat plak...
Pastu tengahari akak aku call tanya jadik tak balik kampung aku kata jadik jek lah...
Masa tu aku dah amik form cuti dah..aku cuti ari Isnin..
Pastu aku call mak aku... mak aku kata kenduri apa plak ni.. aik? dah akak aku kata kenduri..ish apa ni... pastu mak aku kata ooo... nak buat baca-baca sket jek sbb durian dah tinggal sikit.. so depa nak tinggalkan untuk aku, takut nanti aku nangis tak berlagu sebab tak tinggalkan drian kat aku...

Ingat gak depa kat aku... ish ..mustila depa kena ingat kat aku.. aku kan anak kesayangan + adik kesayangan+ anak sedara kesayangan... muahahahhahaha....

Lagipun dah lama aku tak balik kampung rindu ngan mak aku, anak-anak sedara aku tu..kucing-kucing aku lagik... aku rasa kalau aku balik nanti sure kucin-kucin aku tunggu aku macam biasa kat depan umah makcik aku..biasalah aku ngan kucing-kucing aku tu ada instinct..... tau jek bila aku balik, kucing aku yang suka merayap kat umah orang tu pun boleh stay kat umah sampai aku balik semula... cayalah...


Tuesday, July 27, 2004

ONGGEK OH ONGGEK

\(BESTNYER)/

Assalamualaikum...

Ehehehehe...pagi tadik call mak... tanya kabo..ala biasalah aku ni hari-hari aku call mak aku, paling lama pun 2 hari aku tak call.. bertuah sungguh mak aku dapat anak cam aku kan? ihiihihiihihih...

Macam biasa, mesti aku tanya pasal mak aku,family aku... sebab semalam anak buah aku diraikan... buat majlis potong jambul.. meriah sunggug kata mak aku, siap pasang balai tu, macam pengantin,masa abang aku kawen dulu pun tak rupa itu... ish ish meriahnya... rugi betul aku tak ikut serta kan? Mak aku kata si Shirah tu tidur jek kerjenyer, orang datang ramai-ramai pun dia bantai jek tido..jangan sampai bawak ke besar ko asyik tido sudah lah Shirah oii... Ish lama benor tak jumpa anak-anak sedara aku ni..

Setiap kali aku call mesti aku tanya pasal anak-anak buah aku yang 4 orang ni... kalau ada yang tak tau, meh sini aku nak kabo.. aku stakat ni ada 4 orang anak sedara.. ala aku tak der plak gambo depa ni.. takper , nanti aku dapatkan aku post kat sini ek...

1.Anak sedara sulung aku Ahmad Daniel B. Nordin- darjah 1, panggil Abang
2.Anak sedara aku no. 2 Ahmad Danish Aiman B.Nordin - 6 tahun.sekolah tadika,panggil Adik
3.Anak Sedara aku no.3 Ahmad Khafizul Irfan B.Nordin - 1 tahun lebih, panggil Ipang
4.Anak sedara aku no 4 Nur Insyirah Alwani Bt Januar - 1 bulan lebih,panggil Shirah

Ehehehehehe..itulah barisan anak-anak sedara aku stakat ni... Semua nama depa tu aku yang kasik kecuali Daniel, tu abang ipar aku yang kasik nama.. pastu yang berderet bawah tu aku yang kasik nama...Biasalah aku kan Jabatan Pendaftaran dalam family aku tu..muahahahhahaha..

Pastu , macam biasa bende yang aku tanya lagik ialah kucing-kucing aku.. mak aku kata Onggek beranak lagik, dapat 3 ekor anak lagik, huiyooo Onggek..dasyat tol ko ni, dah tua pun buleh beranak lagik, gigi dah tak der pun ko bleh beranak gik ek...
Onggek ni sbnrnya kalau aku buleh rekodkan bilangan anak-anak dia ni dah dekat 100 ekor aku rasa, bayangkan kalau anak-anak dia idup dan membesar kat rumah aku tu, alamatnya kiterang kene tido luar ler.... sedangkan katil aku kat umah tu pun kucing-kucing aku dah ambik alih, kalau aku balik kampung kau tido kat bawah jek, beralaskan toto bersama-sama mak ngan anak-anak sedara aku ni... yang kucing-kucing aku ni anak beranak landing atas katil aku..mak aku kata tak per lah, biarlah depa tidor situ.. jangan kacao... tapi aku kacau gak... ihiihihiihihihiihi... Syok ooo dapat kacau kucin...



Monday, July 26, 2004

ponteng kelas

\(PONTENG KELAS)/

Assalamualaikum...

Hari ni ada orang ponteng kelas.. ayokk tak tau cikgu marah...ahahahhahah!!!!!!!!
aku dah tak larat sebenarnya nak pegi kelas... dah berapa bulan hidup aku tak macam orang lain..bukan setakat aku sorang lah... member-member course mate aku ni skali tension.... kitorang nak bersosial pun antara kita orang jek... kalau nak diikutkan hari sabtu ahad tu sebenarnya dah malas nak buat projek ni... kitorang pergi kelas pun sbb rasa macam gathering... hari sabtu ahad tu lah kitorang satu kelas ni nak jumpa, bergurau senda semua... ehehehhehehe... terutamanya si OBK tulah... kalau aku tak datang sure dia rindu giler punyer kat aku ni...muaahahahahhahahaha

Apa-apa pun aku dah ponteng hari ni..dok umah tido... dah lama aku tak rasa tido siang kat umah..muahahhahha..tanduk aku naik dah ni... ihihihihihihi....

Sunday, July 25, 2004

email

\(EMAIL DAN PHONE CALL)/

"Hati ini menangis kerana mu..
Andai kau tahu betapa pedihnya hatiku
Rindu ini masih bersisa
Sampai bilakah rindu ini akan terus hadir?
Bilakah hati ini dapat melupakanmu?????????"


Inilah sajak spontan dari seorang aku!!!!! huwaaaa!!!!!!

Semalam lepas solat maghrib, aku baca novel..tetiba aku teringat kat "dia"..air mata aku ni dengan mudahnya mengalir lagik....aku tak dapat bendung rindu aku pada "dia"... aku nangis nasib baik kak Sue tak perasan sbb aku tutup muka pakai bantal....

Lepas reda sket aku p kat depan amik baju aku.. handphone aku tinggal dalam bilik..tak lama tu kak Sue panggil samil bawak handphone aku..
Tengok-tengok missed call.. tgk nombor 03954xxxxx.."dia" lagi!!!!!!!!!!
Kenapa time aku ingat "dia" kenapa time tu jugak "dia" akan datang????
Kenapa????????????????????? semalaman aku tunggu kalau-kalau "dia" call..tp tak der, sebab aku dah prepare apa aku nak luah kat "dia".. Dan sepanjang malam tu JIWA AKU KACAU!!!!!!

Pagi ni aku p kelas aku bukak email, email khas untuk aku berdua dengan dia dulu... aku bukak email, dia balas......
Hati aku berdegup kencang...
"Saya tak berniat utk melukakan hati awk cuma hati saya yg masih "ingat" akan awk..... " huwaaaa!!!!!!!!!!! "Baiklah kalau itu yg awk minta.....TERPULANGLAH pd awk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! " mak ai banyaknyer tanda seru..marah giler kat aku tu..tapi siapa patut marah siapa ni? nasib baik aku dalam kelas, ramai orang,kalau aku sensorang dah lama banjir tempat ni....
HUWAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku tak tau nak ngadu kat sapa!!.. memang aku tak nafikan aku masih ingatkan dia, tapi apa yang dia buat kat aku ni amat menyeksa jiwa aku, sampai sekarang parut luka yang dia tinggalkan tu masih terasa....

"Ya Allah bantulah hamba Mu ini, dalam meniti hari-hari yang akan datang, kuatkanlah semangatku ini Ya Allah.. Amin Ya Rabbal Alaminnn"