\(PESANAN KETIKA MENDENGAR AZAN)/
Subhanallah...! emel ini sedikit sebanyak menyedarkan ku betapa miskin nya
diri ini tentang ilmu Allah.
Pesanan Semasa Mendengar Azan...
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang
tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang
yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya
kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan
'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu
mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan
lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan,
kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa
pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam
kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu
kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas
sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan
lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita
semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah
"Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan
kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allahdgn izinNya
menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita
sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini! tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang
baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah
"Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."
**********************************************************************
Terima kasih kepada penghantar email...
Inilah sebahagian perkara yang kite selalu terlepas pandang.. semoga entry ini akan menjadi peringatan buat kite semua.
Yana Jumpa Blogger Salam Tiga Benua di London
7 months ago
No comments:
Post a Comment