Monday, January 24, 2005

tatau

\(Coretan Selepas Berhari Raya)/

Assalamualaikum..
Selamat kembali.. tadaima... Aduhhh.. sangat penat sihhh.. maklumlah lepas hari raya jek musti letih punye ah..

Kat kampung aku sambutan AidilAdha (mcm nama anak sedara aku.. Mohd IdilAdha)ni cukup meriah.. boleh dikatakan sama jek macam sambutan AidilFitri. Marhaban dari rumah ke rumah wajib ada.Tapi kat rumah aku, depa tak mai..sebabnya tahun ni abang ngan abang ipar aku tak beraya kat rumah aku tuh..so memandangkan tak der sapa melayan mereka semua tuh,maka takder ar depa tuh p umah aku yang terletak di hujung kampung nu.. hari raya ni yang tinggal aku berdua ngan mak aku.. sunyi sepi umah aku tuh.. nasib lah kucing2 aku ada...
Tapi raya ni kira raya yang cukup memenatkan bagi aku.. banyak benda nak di buat. Mana nak buat kuihnya lagik.. penat ooo.. aku ngan mak aku ada masa 1 hari jek nak prepare semua makanan2 sebelum takbir IdulAdha bergema.
Lagi pun raya tahun ni cukup bererti bagi mak aku ngan adik beradik dia yang lain. Sebabnya adik mak aku (pakcik aku) sudah kembali ke pangkal jalan.. hoh? acam lain jek bunyiknya... takder ar.. Pakcik aku yang dah lama berhijrah kat Sabah nu dah balik ke kampung dan bermastautin di negeri Johor buat selama2nya.
Hari sabtu hari tuh mak aku teringin plak nak tidur kat rumah baru pakcik aku tuh..so aku pun ngikut jek ar.. Sepanjang berada kat sana aku rasa banyak pengisian yang aku dapat. Macam2 nasihat pakcik aku kasik.. siap bukak tafsir Al-Quran lagi.. maybe dia tahu anak sedara kesayangan dia nih mmg perlu di motivasi setiap masa..
Setiap kata-kata dia akan aku ingat. Setiap kata-kata dia tuh kena tepat kat batang hidung aku. Huhu..insap..insap.. Pakcik aku siap baca satu-satu ayat Al-Quran tu siap terjemah satu-satu.. bg aku faham.. bagi aku terisi sikit..bagi aku kuat sikit.
Pak cik aku cerita zaman dia muda2 dulu,macam mana liku-liku kehidupan yang perlu dia tempuhi suatu ketika dulu ... dan dia banyak terapkan aku dengan nilai kesabaran.. "Hidup kena banyak sabar,Allah Taala dah tentukan semua..kite manusia ni kena berusaha dan tawakkal jek"..
Ye ye.. InsyaAllah .. kite akan ingat semua.

* kenapa aku terasa sangat busan hari ni?

No comments: