Friday, December 31, 2004

2004

\(SAYONARA 2004)/

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
I'm Back...
Salam sayang buat semua... \(^o^)/
Apa kabo?Korang sumer sihat ka? Uish udah lama tak balik umah... dah ada sarang spiderman nampaknya...(sambil bergerak perlahan2 mencari penyapu dan menyapu sumer sampah sarap yang ada)
Jutaan kemaafan di pinta pada tetamu-tetamu blog Sakuraku nih,bukannya sombong atau tak mo layan,cuma kesibukan dunia mengatasi segalanya..ish ish ish dahsyat..Sudah lama tidak meng"update"kan blog..Bagi pihak Sakuraku saya sangat menghargai kunjungan saudara saudari sekalian. Kesibukan "bertapa" di suatu tempat tu menyebabkan saya tidak dapat menulis di sini..
Chewah..ayat skema..

Trime kasih pada jiran-jiran sebelah (Acik Ju ngan Acik Pa'ah) yang sudi menengok-nengokkan umah saya nih.. Lupa plak..time kasih pada Pak cik Epol yang aku lantik jadik "jaga kontrek" sepanjang ketiadaan aku di alam blog nih..ehehehehe..
Time kasih pada Zikri sbb buat link Sakuraku nih kat blog Zikri dia. Dan pihak Sakuraku dah buatkan link Zikri kat blog Sakuraku nih. Dan pada tetamu-tetamu Sakuraku yang nak berkawan dan berkenalan tuh... sila,sila masuk..mari berkenal-kenalan.. dan temanya ialah "BERKENAL-KENALAN BAIK UNTUK KESIHATAN"..saya sangat mengalu-alukan..ish ish..malu ler plak..

Aku pun udah kehilangan idea nak tulis apa..selama ni aku banyak idea, bila time nak menulis, inilah outputnya,padahal sebelum ni memacam input aku dah rancang..last-last ini jek yg kluar. Itulah lemahnya manusia nih, yang hanya mampu merancang..tp Allah yang tentukan semuanya..Allah Maha Tahu apa yang terbaik.

Hari ni aku rasa nukilan terakhir aku dalam blog nih.
Hah??? nukilan terakhir?? nak p mana???
ehehehehe..bukan nak p memana pun,cuma nukilan terakhir dalam tahun 2004 nih.. Esok kan dah masuk 2005.

Tahun 2004 mengukir sejarah tersendiri dalam perjalanan hidup seorang aku.. Pelbagai peristiwa suka dan duka ditempuhi. Tahun 2004 juga merupakan tahun yang bermakna bagi aku sbb aku berjaya menghasilkan blog aku,yang menjadi impian aku sekian lama..dari alam kampus lagik aku bercita2 nak buat blog tapi baru tahun ni aku berjaya.. Terima kasih kepada yang menunjuk ajar.

Tahun 2004 juga menyaksikan pelbagai peristiwa yang berlaku dalam negara dan luar negara. Dan di akhir 2004 ini juga menyaksikan peristiwa sedih yang berlaku di negara kite dan juga di negara jiran.. Tak payah lah aku nak cerita lebih lanjut,
korang pun sedia maklum.. Tsunami sudah tak asing lagi bagi semua orang.. Aku tak sanggup nak tengok penderitaan mereka. Aku hanya mampu bersimpati terhadap mereka, mendoakan keselamatan mereka. Ni semua peringatan dari Allah... peringatan Allah
kepada hamba2nya yang lupa diri. So..sedar-sedarlah diri sket..

Tanda-tanda qiamat dah banyak berlaku, baik tanda-tanda kecil mahupun yang besar..
So.marilah kite merenung-renungkan hadis-hadis nih..

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
1.Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
2.Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3.Zakat dijadikan hutang
4.Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
5.Anak derhaka terhadap ibunya
6.Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
7.Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8.Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9.Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
10.Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11.Arak sudah diminum secara berleluasa.
12.Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13.Para artis-artis disanjung-sanjung.
14.Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
15.Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi” (Hadis Riwayat Bukhari)
*****************************************************************************8
Okes..mari kite sama-sama menyedarkan diri.. mana yang tak sedar lagik tu, bawak-bawaklah berjaga..bangkit lah dari lenamu...ingat pesan Pak Lah.. toksah ar nak bercount down count down lagik..kalu nak sgt bercount down tu, p kat masjid bercount down.. ni peringatan utk aku jugak. ha.. ingat tu iela.

Ukeslah..esok dah tahun baru.. masuk bulan Januari.. ramai family aku sambut "besarday"
1. 1 January --> Abang aku.. Januar. Huish patut pun nama Januar..lahir awal January kan.
2. 2 January --> Kakak aku.. Indah.
3. 7 January --> Anak sedara kesayangan aku.. Irfan.. muah muah muah..
4. 15 January --> Abang Ipar aku.. Abang Din.

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN BUAT MEREKA!! SEMOGA PANJANG UMUR DI MURAHKAN REZEKI DAN DIRAHMATI ALLAH.

Ucapan ni juge ditujukan pada sesapa yang sambut "besar day" mereka.

"SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!! SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KITA SEMUA"

No comments: