Saturday, August 21, 2004

novel

\(SESUCI CINTA)/



SINOPSIS SESUCI CINTA
Nuraina,gadis biasa yang tidak punya apa-apa. Dia pernah terluka dan kerana itu pelarian adalah satu cara untuk mengembalikan harga diri yang telah dirobek dan dihina. Walau setinggi mana cintanya pada Armand, dia sedar cinta tanpa harta tidak ke mana. Bertahun lamanya di rantau orang, jauh dari keluarga tercinta, akhirnya apa yang diimpi jadi nyata. Kepedihan dan kekecewaan terubat dengan kehadiran Behzad yang dapat menerima dia seadanya. Namun manusia... sehebat mana pun merancang, tapi TUHAN yang menentukan. Lambaian Istana Al-Hambra membawanya ke Andalusia, Sepanyol. Tanpa terduga, dia bertemu kekasih lamanya, Armand. Pertemuan yang tidak disangka-sangka itu lantas mengetuk hatinya semula. Dia tahu lelaki yang dikasihi itu tidak pernah bersalah. Dialah yang sebenarnya beralah terlalu mudah. Kini dia keliru! Antara kasih dan kasihan. Antara cinta barunya dengan nostalgia cinta pertamanya. Cuma manusia sering terlupa, realiti tidak seindah mimpi. Cukupkah dengan lafaz cinta sahaja boleh menjanjikan bahagia? Cukupkah..?
*****************************************************************************

Assalamualaikum...

Kat sini aku post kan novel Sesuci Cinta, novel ni lah yang aku baca sepanjang minggu ni... siap berebut ngan Kak Sue nak baca.lama gak aku amik masa nak baca novel ni..malam tadik jek sampai pukul 3 pagi aku baca..

Kalau korang nak tau aku seorang penggemar novel, terutama novel jiwang-jiwang camni..ekekekek, tapi so far aku tak pernah beli lagik, kat umah aku kat kampung almari kakak aku tu penuh ngan novel..macam2 novel ada, sebab kakak aku ni suka beli,baca,simpan, baca balik novel2 dia..aku just tukang baca jek..

Kebanyakan novel yang aku baca tu, aku akan hayati betul2, kira menghayati watak lah ni.. siap nangis2 lagik.. aku part2 sedih ni aku tak boleh, cepat jek meleleh air mata aku..kira aku ni murah air mata, siap bengkak2 mata sebab nangis baca novel..kiranya kalau aku jadik pelakon, award pelakon air mata tu boleh jatuh kat akulah tetiap tahun..ekekekekek.. kekadang kalau aku baca novel ni, aku akan terikut2 watak dalam novel tu.. tah apa apa jek..tu yang aku jadik sensitif sket tu..

Tapi kan satu jek yang aku rasa tak berapa bestlah pasal cerita dalam novel depa ni... setiap watak hero dan heroin tu musti yang heroin tu, cantik sangat, elegan, menarik, hero plak, hensem, kaya, macho.. part tu aku boring..sebab semua penulis ni watak dia musti gambarkan yang macam tu..

Cuba buat macam watak aku ni..ehehehhehe..
Selain daripada cerita cinta-cinta cuba buat crite cam orang tak der kijer yang tgh carik kijer ker..orang kampung yang susah2 ker, penoreh getah ker..pemandu teksi ker, polis ker... pastu cuba bagi watak orang yang sederhana, takderlah lawa giler, biasa2 jek..cuba buat camtu..at least kite bleh ar kongsi-kongsi.. kalau yang lawo2, hensem2 sumer, tokleh masuk watak sangat ar.. chewahhh..

Apa2 pun aku suka membaca, tak kira lah apa2 pun.. so far buku yang aku beli untuk tahun ni, sumernya karya motivator pujaan aku.. DR.HM Tuah Iskandar.. (NAK KE TAK NAK dengan MEMBINA IMAGINASI CEMERLANG). Ada kat atas katil aku, tak sempat abis lagik..ada sesapa nak pinjam? \(^o^)/

No comments: