Wednesday, August 18, 2004

hepi besday

\(KELEBIHAN BULAN REJAB)/

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya
Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi
s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan
Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
*Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu,
MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan
perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah
di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur). Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas
segala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh
tahun dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab
dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim
di hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat
seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti
puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang
meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib
baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah
tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap
sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat,
dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab
seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan
seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah
daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah
jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta
ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku
ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah
pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan
tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi
ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau
adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu
dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya.
Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana
kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada
bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam
syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya
berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70
dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar
nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat
ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi
Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat,
pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan
Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap
hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan
berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri
keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN
ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
*****************************************

Assalamualaikum...
Sebelum tu aku nak cakap, aku ada tambah something dalam page aku... first skali yang bunga-bunga kat bawah setiap entry aku, pastu.. bahagian special thanks tu..bukan apa aku buat bende tu, untuk menghargai kengkawan aku sumer, yang menyedari kehadiran seorang usu di sisi mereka... pastu ruangan lakaran minda..ruangan ni untuk aku berkarya..ehehehe..chewah berkarya kunun... pastu bahagian kalendar..aku aku ada tambah kalendar hijrah..bukan apa ramai orang tak tau bulan islam..termasuklah aku..yang depa tau, Ramadhan ngan Syawwal jek..yang lain tak pasti..

Sekarang ni dah masuk bulan rejab kan?

The conversion result is: Friday 1 Rajab 1400 A.H.
The conversion result is: Tuesday 1 Rajab 1425 A.H.


Erm.. maksudnya hari ni, hari ulang tahun kelahiran aku dalam bulan Islam... "Hepi Besaday" untuk seorang Usu.. yang ke 25 tahun? haaa???? 25 tahun dah aku???? tuanyaa!!! Dah tua dah aku rupanyer..ehehehe..sebenarnya dah lama sedar tapi buat-buat tatau jek.. anggap jek diri sentiasa muda...tapik bawak-bawak ler bertobat ekk, ni ingatan untuk aku, hidup kat dunia sekejap jek...

Ukes... C U ..MMUUAAHHHH \(^*^)/

No comments: