Assalamualaikum..
akemashite omedetoo gozaimasu (happy new year)
dah lama tak update... bukannyer apa..biasa ler angin malas turun bersama salji...
untuk kak za dan semua kenkawanku yang tersayang...utk pengetahuan semua..nombor mobile phone ku masih aktif yer..sila sms sahaja... kalau nk call tu memang sangat2 tak digalakkan..kerana akan merugikan kedua2 belah pihak..rugi banyak yer...
ingat tak nombor ku? nombor 0193xxxxxx . nombor johor sudah lama berkubur..dan menurut sumber dari Siah...nombor ku itu telah dirembat oleh orang indon..cemanalah pulak....
untuk pengetahuan semua..aku rasa maybe ramai yg tak tau... masa bulan september tahun lepas.. semasa kiterang p ronda2 utara.. semasa singgah solat di masjid kuala kangsar, handphoneku telah membunuh dirinya dengan terjun ke dalam lubang toilet.. mungkin dia dah
tak sanggup nk meneruskan hidup di dunia fana ini lalu dia pun terjun dalam lubang toilet...huhuhu..terkedu jugaklah.. lepas tu atas ihsan suami tersayang, maka beliau telah membelikan ku handphone baru tapi masih nombor lama...
oleh kerana kes penerjunan diri handphone ku dalam toilet, maka semua nombor2 sahabat2,saudara mara,pelajar2 aku semua dh ilang... tu pun nasib ler aku ingat 2 3 nombor... dan ada jugaklah nombor yg dapat ku jejaki dengan jayanya...
oleh itu bg kawan2 di malaysia silalah sms kalau nak ye... tapi sms jek tau.. dan saya akan mereply menggunakan internet... free beb...hihihihi... nk call pun free... tp fix line jek ar... sbb tu blh dikatakan hari2 aku call mak di kampung..naik boring mak ... asek2 tanya keadaan kucing2 aku tuh..
selit skek..Alhamdulillah kucing siam aku..namanya encik Panda, sudah sembuh dari trauma akibat dikejar anjing dan kucing sarip dol... masa dia sakit aritu aku punyer ler risau..mak aku lebih2 lg ler... maklumler kucin tersayang... siap belikan macam2 makanan lagik tu... tapi bile dah sihat ni..bile encik panda dah sihat..kuat makan lah plak..mak aku bising2 manja ar...sbb si panda ni asek nk makan jek..hihiiihi.. rindu kat kucin2 aku yg dh tinggal 3 ekor itu.. encik panda, encik pendek dan encik chopper....
selit skek gambo encik panda dan encik pendek yg kuat tido.. tadaaaa..kawaii ne.
Yana Jumpa Blogger Salam Tiga Benua di London
7 months ago
No comments:
Post a Comment