Salam.. hari ni hari Selasa..selalunya hari selasa mcam nilah surirumah2 kat Sapporo ni berebut2 ke JUSCO. kenapa? best sangat ker JUSCO tuh?
hihihihi..jawapannya ialah makanan dapur harganya lebih murah pada hari ini.terutamanya telur. pada hari biasa telur dijual pada harga 164 yen lebih kurang gitu ar, tapi hari selasa telur 99 yen jek..tak ker murah tu..tapi stat minggu lepas, setiap orang limit amik 1 bekas telur tu jek(10 biji), dek kerana kemurahannyer kot,so orang berebut2 nak amik banyak buat stok..minggu lepas br aku tau...sebab aku terkene..mungkin ada tulis kot tapi maklumler aku ni tak reti baca tulisan kanji..kalau tulis hiragana ke katakana ker aku buleh baca tapi bukan aku tau pun maksudnya.
.. so masa aku nak bayo tu..makcik kaunter tu dok merepek apa tah pahtu dia amek telur aku yang 2 bekas tu dia simpan..maklumler aku pegi amek 3 bekas..hihihiih..tapi 2 minggu lepas aku amek telur 2 bekas selamba jek, tak bising pun makcik kaunter tu..
hehehehe...apa yang aku suka pasal kedai2 kat jepun ni ialah pelayan2 kedai tak macam kat malaysia..kalau kat malaysia kita masuk kedai jek, jarang yang nk tegur pelanggan, kurang senyuman manis yang dilemparkan.. lepas tu kalau masuk kedai jual2 baju ke jual2 sabun ke, kosmetik ker, mesti nak ikuuuuuuuttt jek..nak membontoottt jek... aku paling menyampah kedai yang ada orang ngekot dari belakang... aku kalau ada kedai yg macam ni elok2 aku nk beli brg terus aku blah.. dari yang bestnyer kat jepun ni tak dek mcam2 tu semua..
kalau masuk jek..diorang akan cakap "irrasshaimase" maksudnya selamat datang.. walaupun pekerja tu tgh sibuk buat kerje dia akan cakap irrasshaimase siap tunduk2 pahtu senyum... pahtu diaorang tak ganggu kite nak shopping... tujuan dia sebut irrasshaimase tu antara yang tersiratnya ialah nk bagitau, kat mana lokasi dia orang so kalau customer ada apa2 senang nak panggil...
lagik kat sini kalau masuk mana2 kedai ke supermarket ker, takder simpan2 beg..main masuk jek..kalau kat mesia kan kene simpan2 beg lah..so kat sini aku dapat rasa, kadar kepercayaan diorang pada pelanggan sangat tinggi..
pahtu kat sini kalau barang2 elektronik(kesihatan) yang aku tgklah contohnya kerusi pengurut, mesin urut kaki ker semua tu pelanggan buleh test dulu... so kat satu ruang tu...berderet lah kerusi urut , mesin urut kaki ke, mesin urut badan ker utk ditry test.. so kalau puas hati buleh beli.. ahahhaa..tapi ramai gak amek kesempatan kat mesin2 tu semua... siap tido2 lagik tu..terutamanya pakcik2 tua ni.. aku kekadang aku buat ar..tapi best ooo massage...ingatkan nk beli ar jugak tp regenye mak ai....mahheiii..
pahtu kat sini kedai2 ni anggap customer adalah raja.. customer is always right..sepatutnya memang camtuh ar kan.. kat sini kalau customer tak puas hati dgn brg2 yg dibeli buleh dipulangkan tanpa banyak songeh... dan berulang kali ar terdengar kat mulut diorang "gomennasai" macam buat salah besar sangt2...
hihihihi... hampir 2 bulan dok sini aku dah makin suka dok sini..cuma nihongo aku ni masih hampes lagik... belajar tak sama dgn realiti..diorang cakap laju sgt... tuh yg kekadang aku tak layan apa yang diorang ni bebelkan..hihihiihii
Yana Jumpa Blogger Salam Tiga Benua di London
7 months ago
No comments:
Post a Comment