\(Mini Gathering)/
Sudah hampir 2 tahun kami tidak bertemu,khabar berita jarang sekali...
Kami berkenalan dan berkawan rapat sejak dari Pusat Matrikulasi lagi... kali terakhir kami bertemu ialah pada hari konvokesyen UUM ke 15, kami sempat bergambar..bercerita.. selepas itu masing2 hilang tanpa khabar berita..
Semalam 19 Jun bertempat di MidValley, kami merancang mengadakan pertemuan semula antara kami bertiga. Ieda, merangkap roomate aku masa matriks dulu dan Musliha, merangkap classmate aku..
Setelah masing2 mempunyai kerjaya sendiri akhirnya kami bertemu. Alhamdulillah, ikatan ukhuwah semakin erat.. rasanya macam tak cukup masa nak bersembang lagi.. terubat segala kerinduan yang bermukim di hati selama 2 tahun tidak bersua..macam2 cerita yang keluar..segala kenangan sewaktu bersama dulu di buka kembali.. memang menyeronokkan..
Ieda, masih seperti dulu.. Mus pulak semakin berisi sikit..amboi, senang hati ker? ehehehe.. dari MidValley kami beransur ke KLCC pulak uuntk berposing. ahahaha.. Besh besh..seronok sangat , tapi kalau Yaty ada kan besh... kami bertiga berusaha juga untuk mencari beliau.. entah di mana gerangan beliau berada... kalau ada sesiapa yang terjumpa ngan beliau sila hubungi aku ek?
PAKAI TONGKAT DAH
18 hours ago
No comments:
Post a Comment