\(Hari Wanita)/
Assalamualaikum...
hmmm feeling better..Alhamdulillah..
uiks hari ni HARI WANITA ar.. huiyooo ada gak ek hari wanita.. betapa naifnya aku..aku baru tau pagi tadik masa dgr kat radio. erkk..HARI LELAKI tader ker?
ai..takkan 8 March jek kot nak menghargai wanita.. setiap masa dan setiap saat hargailah kaum wanita.. kaum yang lemah.. errkkk..lemah kerrr??? aku rasa tak..maybe dari segi emosi wanita cukup lemah.. tapi dr segi semangat..kadang2 mengalahkan kaum Adam.. dan kalau ikutkan zaman sekarang nih dari segi tenaga.. lebih kurang sama dah kot.. kaum wanita zaman sekarang ni apa yang orang lelaki buat depa pon buleh buat tau..jangan main2.. cuma kaum lelaki jek ada perkara yang kaum wanita buleh buat tetapi mereka tidak boleh buat dan takkan boleh buat.. apa dia??? hahaha..think yourself lah...
ok ar sempena Hari Wanita nih aku paste jek ar artikel ni..best lah plak.. bangganya aku dilahirkan sebagai seuran wanita.. Dalam kelembutan ada ketegasan.. yes yes..besh besh..Alhamdulillahhh.
SELAMAT HARI WANITA...
Tajuk :WANITA ITU RUMPUT SEMALU
Artikel ini diambil dari koleksi artikel myMasjid :
http://wwwmymasjid.com.my/article/show.asp?id=2076
=============================================================
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada
pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup
apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu
(pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
Yana Jumpa Blogger Salam Tiga Benua di London
7 months ago
No comments:
Post a Comment