Wednesday, February 16, 2005

IDC

\(IELA DONT CRY )/

IELA DONT CRY (IDC) tiru Diman. Kalau Diman dengan DDCnya..aku plak dengan IDC aku...
kenapa tetiba aku create IDC? Aku pun tak tau.
Yang pasti apa yang aku rasa sekarang takkan ada sapa boleh mentafsirkannya.
Korang pernah rasa macam apa yang aku rasa? Tetiba ko rasa sayuuuuu jek.. jiwa ko rasa kosong.. ko nak mengadu setiap apa yang tersirat dalam benak korang tapi ko tak tau nak mengadu kat sapa.. ko rasa sediihhh sangat. Ko nak bercerita apa yang ko rasa ..tapi ko takder orang yang berhampiran ngan ko yang akan mendengar setiap luahan hati ko.Ko pandang kiri kanan ko yang ada hanya pelbagai objek yang bisu.Apa yang korang akan buat kalau korang dalam situasi nih? Aku seperti biasa..insan yang pemurah air mata macam aku ni..akan mudah melampiaskan perasaan dengan air mata . Untuk apa air mata ini? andainya dengan mengalirnya air mata ini bisa mengubat semua kelukaan... andai air mata ini bisa membasuh seribu kesedihan... biarlah ianya mengalir... mengalirlah kau wahai air mata semahu-mahumu. Andai dengan mengalirnya dirimu bisa membuatkan sekeping hati kembali ceria.
Hmmm.... aku pun tak tau kenapa kesedihan tiba tiba jek bertamu dalam hati aku. Sepanjang perjalanan balik aku mengalirkan air mata .. sehinggakan masa mengadap Tuhan Yang Esa air mata aku masih mengalir... lencun telekung aku... adakah ini air mata keinsafan? kalau ya..Alhamdulillah.. tapi kalau sebaliknya?Alangkah ruginya aku.
Aku tak tau macam mana nak menggambarkan perasaan aku melalui penulisan. sedangkan aku rasa tujuan jurnal ini di cipta adalah untuk melampiaskan perasaan.
IELA DONT CRY....

No comments: