Wednesday, October 13, 2004

tips

\(TIPS MENARIK)/
Anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau
sering rasa mengantuk.
Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah
tersebut...

HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
WARNA: MERAH


kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu
untuk mengurangkan rasa
sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya ,
letakkan tuala lembab
berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan
peredaran dan
melonjakkan adrenalin

MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
WARNA: BIRU


Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada
sesuatu yang berwarna
biru.Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya
dapat mengurangkan
tekanan
darah. Cuba ubah "screen saver" computer anda kepada
warna-warna yang dapat
membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa
tegang

ELAKKAN INSOMNIA
WARNA: MERAH JAMBU


Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang
selesa diwaktu malam, apa
kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda
dengan warna tersebut.
Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan
suasana santai dan
selesa. Suasana yang romantik... !

CERIAKAN MOOD ANDA
WARNA: JINGGA

Apabila anda merasa murung atau cuba untuk
mengembalikan tenaga anda,cuba
sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood
anda akan berubah.

LENYAPKAN KELETIHAN
WARNA: HIJAU


Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai
kesan positif dalam
sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana
harmoni di dalam badan
Selamat mencuba!

No comments: