Tuesday, October 26, 2004

sabarlah

\(SABARLAH)/


Ila,ayah bert br jer meninggal.Hadiahkan fatihah.
Sender:
Kak Sue
Sent:
25-Oct-2004
01:03:06


Innalillahi wainna ilaihi raajiuunn...
Aku terbaca mesej ni masa aku terbangun subuh tadik. Ya Allah.. sabarlah Bert menempuh dugaan demi dugaan di bulan mulia ini.. banyak kejadian dah menimpa dia.. bermula dengan kakak dia yang sakit selepas melahirkan, diikuti kehilangan AEK 561 nya sewaktu awal Ramadhan, dan yang lebih menyedihkan pemergian
ayah yang dikasihinya di Bulan Ramadhan juga.. sabarlah Bert..ini dugaan Allah.. tabahlah menghadapinya.
Titisan airmata membasahi pipi ini di subuh hari. Bila
mengenangkan peristiwa yang berlaku pada kawan aku merangkap housemate aku.
Aku pernah alami benda ni semuanya. Aku kehilangan abah sewaktu aku masih kecik lagik..di waktu2 aku masih memerlukan kasih sayang seorang abah. Abah aku meninggal pada 09021991. Masa tu aku br darjah 5. Lepas abah meninggal jek hidup kami sekeluarga mula berubah.. untuk teruskan kehidupan emak terpaksa keluar bekerja. Bayangkan emak aku yang selama ni jadi surirumah sepenuh masa, tiba2 kena keluar bekerja. Mula2 tu emak ambik upah jek buat kerja2 kampung, yelah masa tu emak mana tau nak kerja kilang..emak dulu mana lah sekolah, so dia takut nak cuba. Kadang2 aku pon akan ikut mak p kerja. Kehidupan aku masa kecik2 tak macam budak2 lain yang sama umur ngan aku masa dulu.
Masa cuti skolah kawan2 aku dok umah main, yelah budak2kan, mustilah main jek kerjanya, tapi zaman kanak2 aku, aku habiskan masa tolong mak aku. Kekadang aku tolong nenek aku, dapatlah upah sket.At least aku bleh ringankan beban mak aku.
Walaupon lepas pemergian abah hidup kami tak mcm dulu, tp mak tetap tabah.Aku tak pernah tengok mak nangis. Dia wanita hebat. Dia selalu nasihatkan aku supaya jadik orang yang bersyukur dan bersabar dengan dugaan Tuhan. Mak slalu cakap walaupon kite hidup susah tp ada lagik uran lain yang lebih susah.
Adus... aku tak bleh terus criterkan riwayat hidup aku yang lalu, air mata ni asyik mengalir jek.. malu ar uran kat opis tgk...mata bengkak..
Bulan Ramadhan ni jugak mengingatkan aku pemergian Abang kesayangan aku kembali ke pangkuan Ilahi. Masa tu 13122001. Bersamaan 28 Ramadhan. Masa tu kebetulan kiterang sumer nak balik kampung. Aku trime panggilan dr kakak aku. Akak aku kata Abang aku meninggal masa azan maghrib malam jumaat. Aku tatau nak buat apa masa tu.Perasaan aku masa tu Allah je yang tau.Sepanjang perjalanan tu aku hanya mampu berdoa semoga aku sempat jumpa jasad dia buat kali terakhir.. Sepanjang 12 jam
dalam perjalanan tu aku tak tentu arah.. kawan2 aku, Kak Izzah,Kak Has yang tenangkan aku (kat sini lah bermulanya detik perkenalan aku ngan seseorang, yang aku tak nak ingat dah).Macam2 halangan yang aku hadapi sepanjang nak balik ke Johor dari UUM tu yang aku tak mampu nak criterkan.. (air mata ini akan menitis lagik), tp Alhamdulillah, akhirnya doa aku dimakbulkan,aku sempat jumpa dengan abang aku walaupun hanya jasad saja yang terbaring kaku.
Ya Allah, aku tak mampu lagik nak teruskan. Air mata ini makin menitis laju.. sorry.

No comments: