Saturday, September 11, 2004

kucin

\(SEEKOR KUCING ITU)/



Seekor kucing itu
Aku tidak tahu asal usulnya
datang ke dalam hidup ku dan hidup kami sekeluarga
membawa sinar kebahagiaan

Kerana dia resahku hilang
kerana dia aku boleh tertawa riang
dengan wajah comelnya
dengan suara manjanya
dengan liuk lentoknya
aku rasa bahagia mempunyai seekor kucing itu

Dan apabila dia menginjak dewasa
apabila fitrah kejadian makhluk dilaksanakan
lalu lahirlah zuriatnya
kali ini dia sudah berteman
bukan seekor tetapi berekor-ekor
kini dia mempunyai anak-anak yang sangat comel
persis diri seekor kucing itu
Ah...bahagianya seorang aku
apabila mempunyai seekor kucing itu

dan kini dia masih seekor kucing itu
bersama zuriat-zuriatnya dia tetap di hati kami sekeluarga
kami akan membelai dan menjaga mereka
selagi ada hayat di kandung badan
kerana seekor kucing itu
telah membawa kebahagiaan
kepada kami sekeluarga

*******************************************
Percaya tak percaya, aku dah berjaya create satu sajak..walaupun aku sedang berada di lab dengan ditemani oleh pelajar-pelajar se5 dan juga Am dan Tan...
Namun idea aku tetap keluar, walau pun tahapa-apa...tapi sekurang-kurangnya mengurangkan kerinduan aku pada kucing-kucing aku yang tersayang....

Sajak "Seekor Kucing Itu" aku dedikasikan khusus buat kucing aku iaitu Onggek... kerana dialah ibu segala ibu kucing kat rumah aku..
meow....
keh keh keh..
Sayoonara

No comments: