Thursday, July 15, 2004

Al-Fatihah

\(Al-Fatihah buat Allahyarhamah Nur Atiqah)/

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmaanirrahiim...

SUBANG JAYA 14 Julai - Kanak-kanak berpenyakit bengkak hati kronik, Nur Atiqah Najwa Mohd. Shariff, 14 bulan, meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) pagi ini ketika menunggu untuk menjalani pembedahan pemindahan hati

Al- Fatihah buat Adik Nur Atiqah...
Masa menonton Buletin Utama semalam aku mengalirkan air mata melihat berita pemergian Adik Nur Atiqah sebelum sempat dia menjalani pembedahan pemindahan hati.. Dalam kes ni siapa yang patut di persalah kan? adakah Kementerian Kesihatan atau pun SJMC? Walau apa pun, sudah kehendak takdir, ajalnya sudah tiba. Kita semua hanya mampu mendoakan kesejahteraan buatnya di sisi Allah Yang Maha Esa.. Yang pasti Syurga menantinya...

Al Fatihah juga buat arwah abahku yang di kasihi, Allahyarham A. Hamid B Hj Cheng (9 Feb 1991) dan arwah abangku yang tersayang Allahyarham Zaizul B A.Hamid (13 Dis 2001)
Semoga Allah mencucri rahmat ke atas roh mereka dan semoga mereka ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman...
Aku tak pernah lupakan mereka, setiap hari pasti ku hadiahkan mereka "sesuatu" sebagai tanda kasih sayangku pada mereka...

"Ya Allah KAU cucurilah rahmat ke atas roh mereka, semoga di tempatkan mereka di kalangan hambaMu yang Kau redhai.. ampunilah segala dosa-dosa mereka..
Kau ampunilah segala dosa-dosaku, kuatkanlah keimananku,Ya Allah..Aminnn "



No comments: